Boleh Merawat Buasir?, Ini 7 Khasiat Buah Tin!

Buah tin adalah merupakan salah satu buah yang ada disebut di dalam kitab suci al-quran. Nama saintifiknya ialah, Ficus carica dan juga dikenali dengan nama ‘fig’ dalam bahasa inggeris.

Buah tin mempunyai bentuk seperti bebawang berukuran sekitar 3 hingga 10 cm, dengan satu pembukaan kecil (ostiol) pada hujungnya. Ia mempunyai warna kehijauan ketika muda dan akan bertukar kepada warna hijau kekuningan, warna perak, ungu gelap atau warna tembaga mengikut jenisnya. 

Khasiat buah tin

Kulit buah tin mempunyai tekstur yang lembut dan nipis manakala isinya berwarna putih, kuning pucat, pink, warna ros, merah atau ungu dan mempunyai bentuk seperti jerami yang melekat pada kulit sebelah dalamnya. Selain dimakan segar, buah tin boleh dikeringkan. 

Untuk pengetahuan anda, khasiat buah tin terbukti lebih banyak berbanding beberapa jenis buah yang lain kerana ia tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol. Ia mengandungi kandungan galian lebih tinggi seperti kalium, serat dan zat besi. 

Mari kita baca khasiat buah tin yang telah disenaraikan dibawah satu persatu. 

Khasiat Buah Tin 

  1. Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi 

Buah tin mengandungi kalium yang tinggi tetapi natrium yang rendah. Jadi ia boleh menjadi ‘pertahanan’ yang sempurna untuk mengawal tekanan darah tinggi

  1. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Dengan mengawal tekanan darah, secara tidak langsung ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kerana pengaliran darah yang lancar menjamin kesihatan jantung yang baik. 

Buah tin yang telh dikeringkan mengandungi nutrisi yang baik untuk jantung seperti omega 3, omega 6 dan phenol.

  1. Mengawal Paras Gula Dalam Darah 

Kaya dengan kandungan asid absisik (Abscisic acid), buah tin boleh membantu mengawal paras gula dalam darah dan sangat baik untuk dimakan oleh pesakit diabetes. 

Asid absisik  merupakan phytohormone yang boleh membantu meningkatkan toleransi glukosa dan mempunyai beberapa kesan positif lain terhadap kesihatan seseorang. Ekstrak asid absisik daripada buah tin dipercayai berkesan untuk mengurangkan tindak balas glukosa dan insulin selepas makan. 

  1. Menyelesaikan Masalah Penghadaman

Seperti buah-buahan yang lain, buah tin juga kaya dengan kandungan serat yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah berkaitan sistem penghadaman seperti sembelit. Ia juga mengandungi pektin, serat larut yang boleh merangsang pergerakan usus yang sihat. 

Bukan itu sahaja, kandungan serat yang tinggi juga membantu untuk memberi rasa kenyang yang agak lama sekaligus sangat baik sekiranya anda bercadang untuk diet. 

  1. Merawat Buasir

Sekiranya anda mempunyai masalah buasir, anda boleh cuba ikhtiar dengan buah tin. Caranya mudah sahaja, rendam buah tin kering di dalam air selama satu malam, dan minum pada keesokannya harinya di waktu pagi. 

  1. Mengawal Paras Kolesterol

Berdasarkan kajian (Phytotherapy Research), buah tin terbukti boleh meningkatkan profil lipid dan meningkatkan kolesterol HDL (baik). 

Kandungan serat yang terdapat dalam buah tin bukan sahaja membantu mengatasi masalah penghadaman, malah turut bermanfaat untuk mengawal paras kolesterol. Apabila serat bergerak melalui saluran penghadaman, ia boleh menyapu gumpalan kolesterol yang berlebihan dan boleh membawanya ke sistem perkumuhan untuk disingkirkan daripada badan. 

Kandungan pektin yang ada dalam buah tin juga membantu untuk mengawal paras kolesterol anda. 

  1. Petua Tradisional Untuk Masalah Seksual

Buah tin digunakan secara tradisional di benua kecil India dan beberapa bahagian lain di dunia untuk mengatasi masalah disfungsi seksual.

Ia juga dipercayai dapat membantu masalah kesuburan wanita dan lelaki. Hal ini mungkin kerana ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi dan khasiat yang baik untuk stamina tubuh badan. 

Kesimpulan 

Khasiat buah tin sememangnya tidak dapat diragukan lagi. Namun begitu, jangan ambil berlebihan kerana ia boleh menyebabkan cirit birit, kerosakan gigi (buah tin kering mengandungi gula yang banyak), dan boleh mengakibatkan pendarahan sekiranya diambil selepas pembedahan. 

Sekiranya anda mempunyai reaksi alahan terhadap buah ini, pastikan anda mendapatkan nasihat ahli perubatan sebelum memulakan sebarang pengambilan. 

Sumber: 

https://bidadari.my/, https://www.organicfacts.net

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161