Bolehkah Melakukan Hubungan Intim Semasa Keputihan?

Keputihan merupakan kondisi dimana cecair berbentuk cair atau berwarna putih yang keluar daripada saluran faraj. Hal ini pasti akan dialami oleh setiap wanita dan keadaan ini berkaitan dengan hormon kesuburan iaitu hormon estrogen.

Keputihan bukanlah merupakan satu masalah yang serius untuk kesihatan wanita. Namun bolehkah kita melakukan hubungan seks bersama pasangan ketika faraj kita sedang mengeluarkan cecair tersebut? Ikuti penjelasan yang lebih terperinci di bawah ini.

Bolehkah Melakukan Hubungan Seks Ketika Keputihan?

Keputihan  terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis atau normal dan patologis atau abnormal. 

Keputihan yang normal biasanya akan dialami oleh semua wanita yang sudah mengalami haid. Secara umumnya, keputihan normal akan berlaku menjelang dua minggu sebelum tarikh kita haid, ketika hamil ataupun jika menggunakan pil hormon.

Namun, selamatkah kita jika melakukan hubungan seks ketika sedang berada dalam keputihan? Sebenarnya cecair yang keluar ketika keputihan mempunyai beberapa fungsi. Salah-satunya adalah sebagai pelincir ketika melakukan hubungan intim.

Apabila keputihan berada pada tahap yang normal, faraj kita akan menghasilkan 2-5 ml setiap hari. Namun, ketika berada pada rangsangan seksual, kadar cecair keputihan akan bertambah banyak dan menjadi ‘pemudah’ untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Oleh itu, jika keputihan anda berada pada tahap normal dan bersifat fidiologis, tiada masalah untuk anda melakukan hubungan intim bersama pasangan anda.

Namun, keputihan patologis atau tidak normal biasanya terjadi akibat infeksi daripada bakteria dan parasit. Ketika cecair yang keluar daripada faraj anda memiliki gejala yang tidak normal, anda disarankan untuk tidak melakukan hubungan intim. 

Beberapa gejala keputihan tidak normal iaitu:

  • Berbau
  • Berwarna kekuningan atau kehijauan
  • Berwarna putih dan bergumpal seperti susu basi
  • Faraj berasa pedih,gatal dan sebagainya

Hubungan Seks Ketika Keputihan, Apa Kesannya bagi Pasangan?

Berhubungan seks ketika keputihan adalah normal boleh dilakukan. Kesan berhubungan intim ketika keputihan normal umumnya tidak ada untuk pasangan anda.

Sebaliknya,mengadakan hubungan intim ketika muncul keputihan abnormal adalah tidak disarankan. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan rasa kurang selesa keyika berhubungan intim.

Selain itu, dikhuatiri pasangan anda juga boleh dijangkiti penyakit seksual (PMS) apabila keputihan abnormal yang anda alami disebabkan oleh infeksi. 

Beberapa contoh IMS atau jangkitan seksual yang boleh menimbulkan gejala keputihan adalah gonoretrikomoniasis, dan klamidia. Apabila penyakit ini sudah berjangkit kepada pasangan anda, anda dan pasangan harus segera merawat keadaan ini kerana dibimbangi akan bertambah parah.

Untuk menghindari daripada keputihan abnormal khususnya yang disebabkan oleh IMS, anda boleh melakukan beberapa cara di bawah ini:

  • Hindari hubungan seksual berisiko, seperti berganti pasangan
  • Gunakan kondom apabila berhubungan intim untuk menghindari infeksi seksual
  • Lakukan rutin pemeriksaan IMS, anda dan pasangan
  • Segera berjumpa doktor apabila ada gejala keputihan yang abnormal

Beberapa cara mencegah keputihan berlebihan atau tidak normal lain adalah:

  • Pastikan bahagian faraj selalu bersih, bilas dengan air bersih dari sisi depan ke belakang
  • Keringkan bahagian faraj dan sekitarnya setelah mandi, buang air kecil, atau buang air besar
  • Hindari daripada membersihkan faraj dengan produk pembersih area kewanitaan seperti cairan, spray, dan bedak. Cara ini dapat menyebabkan terganggunya keseimbangan flora normal di area vagina 
  • Jangan menggunakan seluar (termasuk seluar dalam) yang terlalu ketat
  • Ganti seluar dalam setiap hari
  • Gunakan seluar dalam yang bahannya menyerap peluh seperti

Baca Juga:6 Tips Bulu Mata Lentik Dan Lebat Tanpa Bulu Mata Palsu

Tiada masalah untuk berhubungan intim dengan pasangan, selagi keputihan yang anda alami adalah keputihan normal. Jika berasa ragu dengan jenis keputihan yang dialami, tidak ada salahnya untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: