Buah Durian Belanda: Benarkah Ia Berkesan Untuk Merawat Kanser?

Pernahkah anda dengar mengenai durian belanda, sejenis buah eksotik yang sangat popular di negara kita? Buah durian belanda juga dikenali sebagai Annona muricata, soursop, guanabana, graviola atau custard apple.

Pada bahagian luarnya, buah ini dipenuhi duri yang tajam. Namun, isinya manis seakan-akan gabungan buah strawberi, nanas dan epal. Durian belanda dikatakan berasal daripada Afrika Selatan dan Afrika Tengah.

Selain itu, durian belanda juga dipercayai mengandungi pelbagai jenis manfaat untuk kesihatan. Antaranya, ia mungkin dapat mengurangkan inflamasi, meningkatkan sistem imun badan dan memudahkan pencernaan.

Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan lebih lanjut mengenai buah durian belanda serta manfaatnya terhadap kesihatan!

Fakta nutrisi

Menurut USDA, secawan durian belanda (225g) mengandungi:

  • Kalori: 148
  • Lemak: 0.7 g
  • Sodium: 31.5 mg
  • Karbohidrat: 37.8 g
  • Serat: 7.4 g
  • Gula: 30.5 g
  • Protein: 2.3 g
  • Vitamin C: 46.4 mg
  • Kalium: 626 mg

Durian belanda juga kaya dengan antioksidan, sejenis bahan yang dapat melindungi sel badan daripada kerosakan.

Diet yang kaya dengan antioksidan mungkin dapat membantu melindungi badan daripada pelbagai penyakit, terutamanya penyakit jantung atau kanser.

3 Khasiat buah durian belanda terhadap kesihatan

Durian belanda bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga dijual dalam bentuk lain seperti teh, kopi dan sebagainya.

Malah, ada juga orang yang menggunakan daun durian belanda untuk merawat luka dan menghentikan jangkitan!

Selain itu, durian belanda juga mungkin dapat:

1. Membantu mencegah kanser

Menurut sebuah kajian pada tahun 2018, ekstrak durian belanda mempunyai potensi untuk merawat kanser.

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menentukan sama ada ekstrak buah ini benar-benar berkesan dan tidak akan menimbulkan kesan sampingan yang serius.

Disebabkan data yang tidak mencukupi, pakar melarang penggunaan durian belanda sebagai ubat melawan kanser.

Oleh sebab itu, jangan mudah terpedaya dengan produk-produk di luar sana yang kononnya dapat merawat kanser dengan pengggunaan ekstrak durian belanda.

2. Mungkin baik untuk kesihatan sistem penghadaman

buah durian belanda

Durian belanda mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. Oleh sebab itu, ia mungkin dapat membantu melancarkan proses penghadaman.

Jus buah ini juga merupakan sejenis diuretik yang dapat ‘mencuci’ usus dengan cara mengkumuhkan lebihan garam dari badan.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan ke atas haiwan makmal, jus durian belanda didapati dapat memulihkan ulser dalam perut.

3. Buah durian belanda dapat melawan inflamasi

Sama seperti beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, durian belanda juga kaya dengan pelbagai jenis antioksidan.

Antioksidan ini dapat membantu badan memperbaiki sel yang rosak dan melawan inflamasi dalam badan.

Kesan sampingan buah durian belanda

buah durian belanda

Buah durian belanda mungkin boleh membawa kesan sampingan kepada badan, terutamanya jika ia diambil dalam bentuk teh.

Individu yang mungkin terdedah dengan kesan sampingan durian belanda:

  1. Jika anda menghidap diabetes.
  2. Jika anda mengambil ubat-ubatan untuk melawan hipertensi.
  3. Anda menghidap penyakit hati.
  4. Anda mempunyai masalah buah pinggang.

Menurut kajian, graviola, sejenis komponen dalam durian belanda boleh menyebabkan masalah pergerakan dan myeloneuropathy, sejenis penyakit yang menyerupai Parkinson.

Malah, buah ini juga boleh menjadi toksik dalam dos yang tinggi. Bahan di dalam teh durian belanda juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah tinggi dan diabetes.

Pakar menggalakkan agar orang ramai menjauhi produk yang menggunakan ekstrak atau teh durian belanda. Dua produk ini mungkin akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Kesimpulan

buah durian belanda

Tidak dinafikan, durian belanda mempunyai 100 kebaikan terhadap kesihatan.

Sebab itulah, buah durian belanda terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan. Ia juga digunakan secara turun-temurun untuk merawat STI seperti herpes.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan penggunaannya tidak terbukti oleh sains. Jadi, berhati-hatilah jika anda ingin gunakan durian belanda untuk merawat penyakit tertentu terutamanya kanser.

Hingga kini, masih belum ada bukti saintifik yang dapat menyokong penggunaan atau manfaat durian belanda untuk merawat penyakit tertentu.

Namun, beberapa jenis kajian mendapati bahawa durian belanda mungkin dapat meningkatkan sistem imun badan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: