Tembikai: 5 Khasiatnya Untuk Kesihatan + Tip Pilih Tembikai Manis!

Tembikai atau Citrullus lanatus merupakan sejenis buah yang sedap, manis dan sangat kaya dengan nutrisi. Menurut Healthline, anda boleh makan mana-mana bahagian tembikai termasuklah kulit dan bijinya.

Selain itu, buah ini kaya dengan vitamin A, vitamin B6, vitamin C, likopena, antioksidan dan asid amino. Ia juga mengandungi potassium yang baik untuk tekanan darah.

Menurut pakar, buah yang kaya dengan antioksidan dan asid amino membolehkan badan berfungsi secara optimum.

Malah, asid amino sangat penting untuk badan. Ia merupakan bentuk protein yang paling kecil dan digunakan hampir dalam kesemua fungsi badan!

Ingin tahu kebaikan lain yang boleh anda dapati daripada setiap gigitan? Jom, ikuti penjelasan kami mengenai khasiat tembikai dan kebaikannya untuk kesihatan kita.

Fakta menarik tentang tembikai

  1. Tembikai mengandungi banyak air.
  2. Ada lebih daripada 1200 jenis tembikai di seluruh dunia.
  3. Ia dijual dalam bentuk kotak di Jepun.
  4. Mengandungi hanya 40 kalori per cawan.
  5. Orang Amerika Syarikat paling banyak makan buah ini.
  6. Ia dapat mengurangkan inflamasi badan.
  7. Ia tidak mengandungi sebarang kolesterol jahat! Jadi, buah ini amat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Fakta nutrisi

tembikai

Menurut Healthline, tembikai mengandungi pelbagai nutrisi seperti termasuk, magnesium serta vitamin A dan C. Ia juga rendah kalori – hanya 46 gram sahaja setiap cawan.

Berikut ialah khasiat dalam 1 cawan (152 gram) tembikai:

  • Kalori: 46 gram
  • Karbohidrat: 11.5 gram
  • Serat: 0.6 gram
  • Gula: 9.4 gram
  • Protein: 0.9 gram
  • Lemak: 0.2 gram
  • Vitamin A: 5% daripada keperluan harian
  • Vitamin C: 14% daripada keperluan harian
  • Kalium: 4% daripada keperluan harian
  • Magnesium: 4% daripada keperluan harian

Tembikai juga kaya dengan citrulline, sejenis asid amino yang boleh meningkatkan prestasi senaman!

5 Sebab mengapa anda perlu makan tembikai

Selain rasanya yang manis dan sedap, buah ini mengandungi pelbagai nutrisi yang penting untuk badan. Antaranya:

1. Dapat membekalkan badan dengan air yang mencukupi

tembikai

Badan kita memerlukan air yang mencukupi. Dehidrasi boleh menyebabkan badan kita keletihan. Malah, ia juga boleh menyebabkan simptom seperti sakit kepala dan otot serta masalah tekanan darah.

Buah tembikai terdiri daripada 92% air. Malah, 20% cecair yang badan kita perlukan sebenarnya datang daripada makanan!

Jika anda tidak gemarkan air kosong, anda boleh makan lebih banyak tembikai untuk menghilangkan kehausan.

2. Mungkin dapat menurunkan berat badan

Disebabkan kandungan kalorinya yang rendah, anda boleh makan sepotong besar tembikai tanpa perlu rasa risau.

Pengambilan buah-buahan yang kaya dengan serat dapat membuatkan anda rasa lebih kenyang tanpa perlu risau mengenai jumlah kalori yang diambil.

Malah, rasanya yang manis juga akan membuatkan anda rasa ‘puas hati’ ketika makan! Jadi, kebarangkalian untuk anda mencari makanan lain yang tidak sihat mungkin dapat dikurangkan!

3. Tembikai baik untuk kulit dan mata

Buah ini juga kaya dengan karotenoid, salah satunya ialah beta karotena yang badan akan tukarkan kepada vitamin A.

Vitamin ini juga dikenali sebagai pro-vitamin A yang dapat membantu memastikan badan dan mata kekal sihat.

4. Kaya dengan likopena

tembikai

Buah ini juga kaya dengan likopena yang didapati dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. Malah, ia juga baik untuk kesihatan jantung dan mata.

Tambah lagi, likopena dalam buah tembikai juga lebih mudah diserap oleh badan. Ia dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes jenis 2.

5. Mungkin baik untuk menurunkan tekanan darah

Anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi?

Kajian menunjukkan, fitonutrien dalam buah tembikai, terutamanya L-citrulline mungkin dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Malah, ia juga boleh meningkatkan prestasi senaman dalam kalangan orang dewasa. Walau bagaimanapun, janganlah bergantung 100% dengan tembikai semata-mata.

Untuk mendapatkan jantung yang sihat, anda perlu bersenam, berhenti merokok dan makan secara sihat.

Tip pilih buah:

Untuk mendapatkan likopena yang maksimum, pilih buah tembikai yang berwarna merah pekat dan bukannya kuning.

Bukan itu sahaja, semakin masak dan manis buah tembikai, semakin tinggilah kandungan likopenanya.

Jadi, tunggu apa lagi. Jom, makan buah tembikai!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: