Kerap Sendawa Dan Kentut? Ini 6 Cara Buang Angin Dalam Badan!

Anda sering sendawa dan buang angin? Ingin tahu cara yang terbaik untuk buang angin dalam badan? Jangan risau, anda di tempat yang betul! Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dirisaukan dengan sendawa dan kentut yang berlebihan.

Namun, jika ia berlaku terlalu kerap dan mengganggu kehidupan seharian, sudah pastilah kita akan cari jalan untuk menghentikannya, bukan? Untuk pengetahuan anda, gas yang terhasil daripada proses pencernaan merupakan tanda usus kita sihat.

Malah, dengan melakukan beberapa perubahan gaya hidup, anda dapat atasi masalah angin yang berlebihan.

Perut juga akan rasa lebih selesa jika anda bersenam, makan dengan sihat dan juga mendapatkan tidur yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, cara di atas mungkin tidak berkesan untuk semua orang. Ada orang perlukan tip lain untuk buang angin dalam badan.

Namun, jika anda terlalu kerap sendawa dan kentut, ini mungkin tanda penyakit. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami simptom lain seperti sakit perut atau sembelit.

Jadi, jika anda sudah cuba banyak tip namun perut anda masih lagi rasa tidak selesa, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk rawatan!

6 Cara buang angin dalam badan

Tahukah anda, seorang manusia normal akan sendawa dan buang angin 14 hingga 23 kali sehari? Banyak bukan! Jadi, jangan terkejut jika badan anda berangin dan perlu ‘melepaskan gas’ lebih banyak dari biasa.

Sebahagian besar daripada gas yang dilepaskan ini sebenarnya merupakan gas yang anda telan sepanjang hari. Kadangkala, kita ‘tertelan’ angin tanpa sedar, terutamanya ketika bercakap dan sewaktu makan.

Jadi, wujudkah cara buang angin dalam badan secara semula jadi? Jawapannya, ya!

1. Cuba makan dengan lebih perlahan

buang angin dalam badan

Kadang-kadang, perut kita jadi berangin sebab kita makan terlalu laju. Semasa makan, kita secara tidak sengaja telah ‘tertelan’ sekali angin. Kalau boleh, cuba kunyah perlahan-lahan.

Elakkan makan secara tergesa-gesa. Selain itu, jangan minum sambil berjalan, memandu atau semasa berbasikal. Berhenti dulu seketika sebelum makan atau minum.

2. Kurangkan makanan yang berangin

Anda suka minum teh ais, makan makanan manis dan berkanji?

Tahukah anda, semua makanan ini punca badan menjadi berangin! Untuk buang angin dalam badan, cuba kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula.

Minuman berkarbonat dan gula getah juga boleh menjadi penyebab angin dalam badan.

Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan yang menghasilkan gas seperti susu, keju, brokoli, kubis, kekacang, bawang dan sebagainya sebenarnya baik untuk badan. Namun, anda perlu kurangkan pengambilannya untuk mengelakkan masalah angin dalam badan.

3. Berhenti merokok untuk buang angin dalam badan

buang angin dalam badan

Setiap kali anda menghisap rokok atau vape, anda akan turut menelan angin. Individu yang kerap merokok selalunya mempunyai masalah angin yang lebih teruk daripada orang lain.

Jadi, berhentilah merokok. Lagipun, merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri, ia juga mendatangkan kesan negatif kepada orang lain.

4. Cuba makan ubat pembantu pencernaan

Ada banyak suplemen, ubat atau enzim yang dapat membantu pencernaan di kaunter farmasi. Jika anda tidak pasti, tanya sahaja pada jurujual atau ahli farmasi yang bertugas.

Ubat pembantu pencernaan bukan sahaja dapat membantu anda buang angin dalam badan,ia juga mudah didapati dan selalunya tidaklah begitu mahal. Malah, ubat ini juga dijual secara over-the-counter, jadi anda tidak perlukan preskripsi doktor.

5. Cuba makan activated charcoal

Sama seperti ubat pembantu pencernaan, activated charcoal juga boleh didapati secara over-the-ccounter di farmasi berdekatan.

Menurut sebuah kajian kecil yang dimuatkan di dalam Journal of Ultrasound, pengambilan activated charcoal mungkin dapat membantu mengurangkan masalah perut kembung. Ubat ini juga berkesan untuk mereka yang mengalami masalah cirit-birit.

Walaupun kajian masih lagi terhad, activated charcoal merupakan ubat yang selamat untuk dimakan. Berbeza dengan arang yang digunakan untuk membakar, activated charcoal telah melalui pelbagai proses yang membuatkannya selamat untuk dimakan.

6. Banyakkan bersenam untuk buang angin dalam badan

buang angin dalam badan

Tidak dinafikan, bersenam merupakan cara yang terbaik untuk buang angin dalam badan. Gerakkan badan dan tingkatkan aktiviti fizikal untuk membuatkan sistem pencernaan anda kembali aktif.

Cuba lakukan senaman berintensiti sederhana 4 hingga 5 kali seminggu. Anda juga boleh cuba berjalan kaki selepas makan untuk buang angin yang terperangkap di dalam perut.

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Masalah angin dalam badan selalunya akan sembuh sendiri tanpa bantuan doktor. Malah, jarang sekali simptom ini menandakan masalah kesihatan yang lebih serius.

Walau bagaimanapun, jumpa doktor jika masalah ini berlarutan. Jika anda alami simptom lain seperti:

  1. Cirit-birit.
  2. Sakit perut yang teruk.
  3. Darah dalam tinja.
  4. Penurunan berat badan yang drastik.
  5. Sakit dada.
  6. Hilang selera makan.

Semua simptom di atas mungkin menandakan masalah pencernaan yang lebih serius.

Walaupun anda mungkin malu atau segan untuk bercakap dengan doktor mengenai kondisi anda, ingatlah, kesihatan anda lebih penting! Jangan biarkan rasa malu menghentikan anda daripada mendapatkan rawatan.

Rujukan

  1. 10 Tips to Help You Stop Farting. https://www.healthline.com/health/how-to-stop-farting.
  2. Belching, gas and bloating: Tips for reducing them. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739.
  3. 8 Easy Ways to Tame Excessive Gas. https://www.everydayhealth.com/digestive-health/treatment-for-excessive-gas/.
  4. Alpha-galactosidase versus active charcoal for improving sonographic visualization of abdominal organs in patients with excessive intestinal gas. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3565684/.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: