Nak Tahu Cara Diet Yang Betul? Psst… Ini 4 Rahsia Orang Yang Berjaya!
Mencari cara diet yang betul merupakan langkah yang paling penting sebelum bertindak menguruskan berat badan.
Tetapi, mengapa? Untuk pengetahuan anda, mereka yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat selalunya akan mempunyai masalah kesihatan pada masa hadapan.
Malah, tabiat pemakanan yang tidak betul juga merupakan punca berat badan anda naik mendadak.
Jika anda ingin mula berdiet, anda perlu patahkan tabiat lama. Cuba buka buku baru dan amalkan pengambilan makanan yang sihat sebagai cara diet yang betul.
Tetapi, tak pasti hendak mula dari mana? Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
4 Cara diet yang betul
Menurut Cleaveland Clinic, ada beberapa langkah yang anda perlu ambil untuk memastikan anda melakukan diet dengan betul.
Benar, pemakanan yang sihat sangat penting. Namun, ia akan menjadi lebih penting sekiranya anda ingin menurunkan berat badan.
Ada banyak jenis diet yang berbeza. Namun, bukan semua diet berkesan untuk semua orang.
Jadi, pasti ramai yang rasa keliru mengenai cara pemakanan yang sebenar untuk menurunkan berat badan.
Di bawah, kami akan jelaskan cara diet yang betul supaya anda boleh menurunkan berat badan secara sihat.
Malah, mereka yang berdiet dengan cara ini selalunya dapat mengekalkan berat badan mereka dalam tempoh masa yang panjang!
1. Jangan berlapar!
Jangan sesekali berlapar jika anda ingin berdiet. Jika tidak, metabolisme badan boleh jadi lebih perlahan.
Malah, anda juga lebih berisiko untuk mengalami penyakit yang kronik akibat diet yang tidak sihat.
Mereka yang berlapar juga lebih berisiko mengalami efek yo-yo. Efek ini merupakan salah satu kesan buruk yang berlaku kepada mereka yang berlapar untuk menurunkan berat badan.
Malah, efek ini juga akan buatkan anda turun berat badan dengan drastik, tetapi berisiko untuk mengalami kenaikan berat badan semula pada masa hadapan.
2. Elakkan terlalu asyik mengira kalori
Benar, untuk menurunkan berat badan, anda perlu mengurangkan pengambilan kalori harian. Tetapi, janganlah terlalu asyik mengira kalori.
Makanan yang kita ambil lebih daripada nombor semata-mata.
Malah, badan kita perlu menggunakan kalori sebagai tenaga untuk aktiviti harian. Tanpanya, anda akan rasa letih, lesu dan tidak bermaya!
Pilih makanan yang kaya dengan nutrisi dan lengkap dengan vitamin, mineral, serat, protein dan lemak sihat untuk kekal sihat walaupun semasa berdiet.
Tidak mengapa jika berat badan anda turun kurang dari sangkaan. Lagipun, sebarang penurunan adalah baik untuk kesihatan kita!
3. Ambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Jus buah atau sayur merupakan pilihan minuman yang sihat. Namun, tidak ada gunanya jika ia mengandungi banyak gula.
Minuman yang manis boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Akibatnya, kita akan rasa lebih penat, lapar dan mula mengidam untuk makan macam-macam jenis makanan.
Lebih baik jika anda makan buah dan sayuran segar daripada minum jus atau smoothies. Lagipun, kedua-dua makanan ini kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan perut!
Cara diet yang betul 4: Tinggalkan gula!
Gula yang berlebihan merupakan punca obesiti, diabetes jenis 2 dan penyakit kronik yang lain. Malah, ia juga merupakan penyebab utama sakit jantung!
Jika anda inginkan cara diet yang betul, pastikan anda kurangkan gula dalam makanan. Badan anda pasti akan berterima kasih!
Malah, mereka yang cuba meninggalkan tabiat mengambil gula secara berlebihan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berjaya dalam diet masing-masing.
Mereka juga kurang berisiko untuk mengalami penambahan berat badan pada masa hadapan.
5 Tip untuk diet berkesan dari pro
Selain tip di atas, ada beberapa lagi tip lain yang boleh kami kongsikan sebagai cara diet yang betul:
- Sediakan makanan dari rumah. Jika boleh, pelbagaikan jenis lauk supaya anda boleh pilih sayur, buah dan makanan berlainan warna untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang berbeza.
- Jika boleh, buat pelan pemakanan setiap minggu. Jika anda lakukan ‘meal planning’, anda boleh siapkan makanan dengan cepat dan pantas.
- Gabungkan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Selain buah-buahan segar, anda juga boleh makan buah-buahan dalam tin sebagai ganti.
- Minum lebih banyak air kosong. Kurangkan pengambilan gula. Pasti anda akan turun berat dengan lebih cepat.
- Makan sedikit, tetapi banyak kali. Makan 3 kali sehari dan selitkan waktu snacking di antara waktu makan tersebut. Namun, jangan makan secara berlebihan pula!