Cara Efisien Bersihkan Kipas Dinding Tanpa Kotorkan Lantai!
Kipas dinding adalah merupakan salah satu keperluan yang sering digunakan dalam kediaman. Paling tidak, satu ruangan di kebanyakan rumah pasti memiliki kipas dinding. Penggunaan secara terus menerus menyebabkan kipas dinding ini mudah berhabuk. Lalu mengakibatkan bilah kipas berpusing perlahan.
Untuk membersihkan kipas dinding biasanya ia agak memakan waktu yang banyak. Hal ini kerana, kipas perlu dibuka dan bukan sahaja kipas yang perlu dibersihkan malah seluruh ruangan. Hal ini kerana, habuk-habuk daripada kipas akan jatuh ke lantai dan mengotorkannya.
Tetapi anda jangan risau, untuk artikel pada kali ini kami akan kongsikan cara-cara membersihkan kipas dinding tanpa perlu dibuka dan yang paling penting, tidak mengotorkan lantai anda!
Tips & Cara Bersihkan Kipas Dinding
- Anda perlu siapkan bahan-bahan berikut untuk dijadikan sebagai bahan larutan: Cuka, Baking Soda, Pencuci Pinggan Mangkuk. Jangan lupa juga sediakan plastik besar yang mempunyai saiz lebih kurang sama dengan kepala kipas anda.
- Campurkan semua bahan dan jadikan sebagai larutan. Untuk bersihkan satu kipas, anda disyorkan campurkan setengah gelas cuka, tiga sudu makan baking soda dan dua sudu makan sabun pencuci pinggan mangkuk.
- Kemudian, campurkan dan biarkan semua bahan larut dengan sekata.
- Seterusnya, masukkan larutan tersebut ke dalam botol spray. Ini adalah untuk memudahkan anda membersihkan bilah kipas kelak.
- Spray bahan larutan tadi ke bilah-bilah kipas dinding anda yang kotor dan berhabuk itu. Pastikan anda spray larutan tersebut secara merata sehingga membuatkan habuk-habuk di kipas dinding anda kelihatan lembap dan basah.
- Setelah itu, bungkuskan kepala kipas anda dengan plastik. Sekiranya tidak mempunyai plastik, anda juga boleh gunakan sarung bantal. Asalkan muat la ye kepala kipas tu. Pastikan tidak ada bahagian yang terbuka. Kalau tak, nanti habuk akan jatuh terkeluar.
- Sekarang, anda perlu tekan suis dan hidupkan kipas dinding tersebut. Boleh pilih kelajuan yang paling maksimum dan biarkan kipas hidup selama lebih kurang lima minit untuk pastikan habuk-habuk semua tertanggal dengan jayanya.
- Setelah yakin semua habuk-habuk tertanggal dengan jayanya, buka plastik/sarung bantal yang anda gunakan dengan cermat.
- Siap! Kipas dinding anda berjaya dibersihkan tanpa mengotorkan ruangan dan lantai anda.
Tips Memasang Kipas Dinding
- Pilih Lokasi Yang Sesuai
Lokasi meletakkan kipas adalah amat penting. Pastikan anda tidak memasangnya terlalu tinggi atau terlalu rendah, kerana jarak dan kecekapan penyejukan kipas efisien hanya pada jarak tertentu. Kipas harus dipasang betul-betul pada jarak yang lebih tinggi daripada kepala.
- Kipas Dan Penghawa Dingin
Sebenarnya, kipas dan penghawa dingin dapat berfungsi bersama: satu menyejukkan, yang lain membawa udara sejuk secara merata di dalam bilik. Oleh itu, gabungan dua ini bukan sahaja dapat menjimatkan bil elektrik tetapi juga membantu mengurangkan kapasiti dan frekuensi kerja penghawa dingin.
- Biarkan Kipas Berputar Ke Beberapa Arah Lain
Pastikan anda letakkan kipas dikawasan yang membolehkan kipas berputar ke beberapa arah. Ini membantu menyejukkan ruangan anda secara sekata.
- Jangan Buka Tingkap
Elakkan membuka tingkap apabila kipas dihidupkan pada pukul 11 pagi hingga 4 petang. Dalam tempoh dari pukul 11 tengah hari hingga 4 petang, suhu udara luar meningkat dengan sangat tinggi, sekiranya tingkap dibuka, panas dari luar akan memasuki ruangan anda.
Oleh itu, pada masa itu anda harus mengelakkan dari membuka tingkap dan pada masa yang sama gunakan tirai, penutup dll untuk mengurangkan jumlah haba yang memasuki rumah.
- Pilih Kipas Dinding Yang Sesuai Dengan Keperluan Anda
Memilih kipas elektrik yang sesuai untuk keperluan anda akan memberi anda keselesaan dalam penggunaan dan yang paling utama, pilih kipas yang boleh menjimatkan tenaga elektrik.
Sumber: my.webtech360.com