7 Cara Hilangkan Angin Dalam Badan, Barulah Perut Rasa Selesa!

Sedang mencari cara hilangkan angin dalam badan? Jangan risau, anda berada di tempat yang betul!

Kita semua mempunyai masalah gas. Walaupun ia sesuatu yang memalukan, kentut dan sendawa merupakan sesuatu yang normal. Malah, hampir 10% orang dewasa mengalami masalah gas yang berlebihan.

Namun, bukan semua jenis gas adalah tanda masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, pasti ramai yang rasa tidak selesa jika kerap sendawa dan kentut, terutamanya selepas makan.

Untuk mengurangkan masalah gas, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengamalkan diet yang sihat.

Jika anda makan makanan yang berkhasiat dan mengurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan gas, masalah kentut dan sendawa yang dialami pasti akan berkurangan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan banyak lagi perkara untuk mengurangkan masalah perut kembung dan angin dalam badan.

Mari ketahui cara hilangkan angin dalam badan. Tetapi, sebelum itu, jom ketahui mengapa badan kita sering rasa ‘berangin’.

Mengapa kita sering mengalami masalah gas?

Cara hilangkan angin dalam badan

Ada tiga cara untuk mengurangkan gas dalam badan. Selalunya, badan akan melepaskan gas dengan cara sendawa, kentut atau muncul sebagai perut kembung.

Perut kembung berlaku disebabkan angin yang terperangkan di dalam usus besar dan kecil. Kemudian, angin ini akan keluar dari badan sebagai kentut. Orang dewasa selalunya akan kentut sebanyak 12 ke 25 kali sehari. Banyak bukan!

Gas yang terhasil di dalam usus selalunya terdiri daripada oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan juga metana.

Walau bagaimanapun, peratusan komposisi ini mungkin berbeza mengikut beberapa faktor seperti makanan yang diambil dan juga tahap fermentasi yang berlaku dalam perut.

Bukan itu sahaja, tabiat pemakanan tertentu juga boleh menyebabkan masalah angin dalam badan menjadi bertambah teruk. Adakah anda suka mengunyah chewing gum atau bercakap semasa makan? Jika ya, semua ini boleh menjadi penyebab badan berangin.

Sayur yang keras seperti kobis dan makanan seperti roti juga boleh menyebabkan anda kerap kentut dan sendawa disebabkan saiznya. Jika anda tidak mengunyah dengan betul, anda akan ‘tertelan’ angin yang akan menyebabkan masalah gas menjadi semakin serius.

Jika anda kerap mengalami masalah angin, menyimpan ‘diari makanan’ mungkin dapat membantu.

Malah, ini juga merupakan salah satu cara hilangkan angin dalam badan yang berkesan kerana anda boleh pantau semula makanan yang dimakan untuk mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan anda mengalami masalah perut kembung.

7 Cara hilangkan angin dalam badan

Cara hilangkan angin dalam badan

Sebenarnya, ada banyak cara untuk hilangkan angin dalam badan. Menurut Mayo Clinic, ada 7 cara yang berkesan untuk mengurangkan masalah perut kembung. Antaranya:

  1. Makan dan minum dengan perlahan. Ini merupakan cara yang termudah untuk hilangkan angin dalam badan. Selain itu, jangan makan ketika anda tergesa-gesa. Rileks dan cuba nikmati waktu makan.
  2. Elakkan pengambilan makanan yang bergas. Jika anda suka minum air gas atau gula-gula cola, inilah masanya untuk berhenti. Minuman berkarbonat bukan sahaja bahaya untuk kesihatan, ia juga boleh buatkan anda tidak berhenti sendawa!
  3. Kurangkan makan chewing gum. Apabila anda mengunyah, anda akan turut sama ‘menelan angin’ tanpa sedar. Mereka yang kerap kunyah gula-gula getah juga akan mengalami masalah kembung perut yang lebih kerap daripada orang lain
  4. Jangan merokok atau vape. Kedua-dua amalan ini boleh meningkatkan risiko kanser. Bukan itu sahaja, mereka yang kerap merokok juga lebih cenderung untuk mengalami masalah gas.
  5. Cuba periksa gigi anda. Kadangkala, masalah gigi boleh menyebabkan badan anda berangin, lebih-lebih lagi jika anda memakai gigi palsu.
  6. Cuba bergerak dengan lebih aktif. Selepas makan, cuba berjalan seketika. Amalan ini mungkin membantu sebagai cara hilangkan angin dalam badan.
  7. Rawat masalah pedih ulu hati. Mereka yang mengalami masalah heartburn lebih berisiko untuk mengalami gas. Dapatkan rawatan untuk rawat kondisi ini secepat mungkin. Lama-kelamaan, masalah gas anda juga akan beransur pulih.

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Cara hilangkan angin dalam badan

Walaupun masalah gas merupakan sesuatu yang normal, ia tidak sepatutnya berlaku secara keterlaluan.

Jika anda telah melakukan pelbagai cara hilangkan angin dalam badan, namun masalah tidak juga pulih, sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan pandangan pakar.

Jumpa doktor secepat mungkin jika anda mengalami simptom lain seperti:

  1. Cirit-birit
  2. Sakit perut yang serius
  3. Darah dalam tinja
  4. Penurunan berat badan yang ketara
  5. Tidak ada selera makan
  6. Sering sakit dada

Semua simptom ini mungkin adalah tanda masalah kesihatan yang lain. Jumpa doktor secepat mungkin walaupun anda mungkin rasa malu dengan simptom yang dialami.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: