Cara Hilangkan Batuk Secara Berkesan Dari Rumah

Terdapat banyak cara untuk hilangkan batuk yang mengganggu tak kira siang atau malam.

Mungkin ramai yang menganggap batuk ini sebagai penyakit namun ia sebenarnya adalah tindakbalas badan apabila hidung dan tekak diserang bakteria, habuk atau bahan kimia.

Apabila benda asing masuk dalam saluran hidung dan tekak, paru-paru akan keluarkan lendir atau mukus sebagai perangkap.

Daripada situlah badan mukus boleh terhasil di tekak. 

Baca Juga : Ubat Sakit Tekak Untuk Rawatan Segera di Rumah

cara hiilangkan batuk
Kredit Foto : vicks.com

Cara Hilangkan Batuk

Batuk boleh dirawat dengan mudah di rumah dengan beberapa cara :

1. Beli Ubat Batuk Tanpa Preskripsi (Over The Counter Medicine)

Kebanyakan ubat batuk boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi.

Namun, terdapat banyak jenis ubat batuk membuatkan kita mudah tersalah beli.

Oleh itu, kita perlulah kenali 4 jenis ubat batuk dan fungsinya dalam melegakan jenis batuk yang berbeza.

  • Expectorant : Untuk melegakan batuk berkahak.

Boleh dijumpai dalam bentuk sirap atau pil.

Contoh jenama ubat batuk jenis expectorant : Syrup Rhinatiol, Tablet Mucinex

cara hilangkan batuk
Kredit Foto : bigpharmacy.com.my
  • Antitussive : Juga dikenali sebagai ‘cough suppressant’ dan sesuai untuk merawat batu kering atau batuk tanpa kahak.

Boleh dijumpai dalam bentuk sirap dan pil.

Contoh jenama ubat batuk antisussive : Syrup Sedilix DM, Syrup Cough-En, Tablet Copastin

cara hilangkan batuk
  • Herbal Based : Menggunakan herba sebagai bahan aktif.

 Sering menjadi pilihan kerana tidak menyebabkan mengantuk dan dianggap selamat untuk diambil oleh wanita hamil.

Contoh jenama ubat batuk Herbal Based : Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika

Antihistamin : Menggunakan bahan aktif antihistamin bagi meredakan batuk namun boleh menyebabkan mengantuk.

Terdapat juga ubat batuk gabungan seperti expectorant dan antihistamin bagi memenuhi keperluan anda.

Bagi mendapatkan ubat batuk yang sesuai dengan masalah batuk anda, dapatkan nasihat daripada ahli farmasi untuk sarankan jenis ubat batuk yang terbaik.

2. Madu

Sejak beratus tahun, khasiat madu sering diangkat sebagai penawar semulajadi bagi sakit tekak dan batuk.

Sebuah hasil kajian mendapati madu dapat merawat batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan.

Bagi melegakan batuk di rumah, anda boleh mencampurkan madu dengan air suam atau teh herba.

Anda juga boleh menambah perahan lemon untuk meredakan hidung tersumbat.

3. Probiotik

Batuk sering dikaitkan dengan sistem imun badan yang lemah.

Probiotik adalah mikroorganisma yang mampu memberikan manfaat kesihatan kepada tubuh.

Walaupun ia tidak dapat merawat batuk secara terus, probiotik sangat membantu dalam menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Bakteria baik ini pula berfungsi dalam meningkatkan sistem pertahanan badan bagi mengelakkan badan dari pelbagai penyakit termasuklah batuk.

Selain supplemen probiotik yang dijual di farmasi, ia juga boleh didapati secara semulajadi daripada makanan seperti tempe, kimchi dan yogurt.

4. Daun Pudina

Daun pudina cukup terkenal sebagai ramuan penawar semulajadi sejak dahulu.

Kandungan mentholnya melegakan sakit tekak, menghilangkan kahak serta mengelakkan masalah hidung tersumbat.

Anda boleh dapatkan manfaatnya daripada minum teh pudina atau menghidu wap air panas yang diletakkan minyak daun pudina.

5. Berkumur Dengan Air Garam

Kaedah ini merupakan yang paling mudah untuk dilakukan untuk melegakan tekak gatal akibat batuk.

Anda boleh mencampurkan ¼ sudu garam ke dalam secawan air suam dan kumur untuk legakan tekak dan kurangkan batuk.

6. Halia

Halia yang sering digunakan secara tradisional bagi membuang angin dalam badan juga didapati berkesan dalam melegakan batuk kering atau batuk asma.

Sebuah kajian mendapati potensi halia dalam melindungi laluan pernafasan daripada keradangan.

 Anda boleh sediakan teh halia di rumah dengan menambah 20 ke 40 gram hirisan halia ke dalam secawan air suam.

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Batuk yang biasa boleh dirawat dari rumah secara semulajadi atau menggunakan ubat yang boleh dibeli di farmasi.

Namun, anda perlulah merujuk kepada doktor segera jika batuk yang anda alami disertai dengan gejala lain seperti :

  • Badan menggigil
  • Demam dengan suhu badan melebihi 38˚C
  • Batuk dengan kahak berbau dan berwarna hijau atau kekuningan
  • Badan lesu
  • Batuk berdarah
  • Sengal badan

Jika kaedah di atas tidak berkesan dan batuk berlarutan selama beberapa hari, anda perlulah segera berjumpa dengan doktor.

Anda mungkin memerlukan rawatan lanjut dan pemeriksaan kesihatan yang terperinci untuk merawat batuk yang dialami.

Sumber :

4 Jenis Ubat Batuk Paling Berkesan

maskulin.com.my

The Best Natural Cough Remedies

https://www.healthline.com/health/allergies/best-natural-cough-remedies

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85