Gastrik atau gastritis adalah merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti makan makanan pedas terlalu kerap, tidak makan pada waktu yang tepat, jangkitan dan sebagainya. 

Antara simptom yang seringkali dirasakan apabila ia menyerang ialah, sakit bahagian perut, pedih ulu hati, ada kalanya rasa panas di dada, rasa tercekik dan masam atau pahit di tekak bahkan boleh menyebabkan muntah-muntah serta demam. 

Kesannya, ia memberikan rasa tidak selesa pada tubuh dan menyebabkan tubuh lemah longlai akibat kesakitan pada tempoh beberapa waktu malah boleh jadi berhari-hari. 

Oleh itu, mari baca perkongsian di bawah mengenai cara hilangkan gastrik dengan berkesan agar anda tidak terseksa lagi. Teruskan membaca!

Cara Hilangkan Gastrik 

Kadang kala gastrik menyerang tanpa diduga lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai kekangan untuk pergi ke hospital atau klinik bagi mendapatkan ubat dan rawatan. 

Jangan risau, anda boleh cuba cara-cara hilangkan gastrik seperti yang disenaraikan dibawah ini untuk membantu melegakan gastrik anda. Namun begitu, perlu diingatkan, tidak semua kaedah ini berkesan untuk setiap individu. 

  1. Ekstrak Bawang Putih

Kajian mendapati ekstrak bawang putih dapat membantu mengurangkan gejala gastrik. Anda boleh cuba menggunakan cara ini sebagai salah satu ikhtiar; hancurkan bawang putih atau cincangkan halus-halus dan makan. Anda juga boleh memakannya bersama buah kurma dan lain-lain sekiranya tidak begitu gemar dengan bawang putih. 

  1.  Makanan Mengandungi Probiotik

Seperti yang kita ketahui, probiotik adalah merupakan bakteria baik yang sangat baik untuk sistem penghadaman kita. Bukan itu sahaja, ia juga sangat bermanfaat untuk membantu menghentikan penyebaran bakteria (H.pylori) sekaligus membantu mengurangkan gejala gastrik. 

Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt, kimchi, sauerkraut dan sebagainya.

  1. Minyak Pati (Serai, dll)

Minyak pati seperti serai, pudina, halia, bunga cengkih dan sebagainya didapati dapat membantu meningkatkan daya tahan diri terhadap H.pylori dan juga melegakan simptom gastrik yang anda alami. 

NOTA: Minyak pati bukan untuk dimakan, sebaliknya ia boleh dicairkan (diluted) dengan minyak pembawa untuk disapu pada kulit. Ia juga boleh digunakan dalam peresap (diffuser). 

  1. Teh Hijau + Madu

Pengambilan teh hijau bersama madu manuka juga dipercayai mampu melegakan simptom gastrik dan membantu melawan jangkitan bakteria di saluran pencernaan. Anda boleh cuba minum satu gelas teh hijau bersama madu manuka ketika sedang gastrik. 

  1. Jangan Makan Berlebihan 

Elakkan makan secara berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala gastrik yang anda alami. Makan makanan yang berkhasiat dan secukupnya sahaja. Jangan makan terlalu kenyang terutamanya ketika sedang mengalami gastrik. 

  1. Elakkan Makan Makanan Yang Menyebabkan Keradangan 

Untuk mengurangkan dan melegakan gastrik yang anda alami, anda perlu elakkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan keradangan seperti, makanan yang telah diproses, gluten, makanan berasid, bergula, pedas dan juga alkohol. 

  1. Berhenti Merokok & Pengambilan Ubat Tahan Sakit Berlebihan 

Ketika sedang mengalami gastrik, jangan merokok! Adalah lebih baik sekiranya anda hentikan segera tabiat merokok tersebut selamanya demi kesihatan anda. 

Selain itu, elakkan mengambil ubat tahan sakit secara tidak terkawal dan berlebihan. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan kanser perut serta membuatkan gastrik anda bertambah teruk. 

  1. Jangan Stress/Tekanan

Bertenang, dan jangan stress. Stress boleh menambahkan lagi rasa sakit dan gejala gastrik anda. Urut perlahan-lahan bahagian tubuh yang dirasakan sakit dan segera berikhtiar untuk melegakannya. 

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi cara hilangkan gastrik yang anda boleh cuba dirumah. Walaubagaimanapun, sila dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar perubatan dengan segera sekiranya perlu. 

Leave a comment

Your email address will not be published.