Cara Hilangkan Kahak Dekat Paru Paru & Kerongkong – Ini Tips Berguna Untuk Semua!

Masalah kahak atau lendir yang terdapat pada kerongkong adalah perkara normal yang sering dialami oleh  semua orang. 

Sebenarnya, lendir tersebut adalah mukus yang dihasilkan oleh membran mukus dan sentiasa ada di tubuh kita.

Ia akan melekit dan bertindak untuk memerangkap sesuatu seperti virus, habuk, allergen dan lain-lain. Membran mukus ini merangkumi bahagian mulut, hidung, tekak, sinus, paru-paru. 

Apabila terdapat banyak bendasing yang cuba masuk ke dalam tubuh kita,  semakin banyak mukus akan dikeluarkan. Itulah yang kita kenali sebagai kahak dan hingus. Walau bagaimanapun, mukus tidak dapat dikesan semasa anda sihat. 

Berikut ialah  tips dan cara hilangkan kahak dekat paru-paru & kerongkong yang boleh digunakan oleh semua peringkat umur.

Sebenarnya bukanlah menghilangkan tetapi mengurangkan kahak yang dikeluarkan oleh lapisan membran mukus. 

Cara Hilangkan Kahak Dekat Paru Paru & Kerongkong 

  1. Menggunakan Pelembap Udara

Mungkin anda pernah dengar rawatan menggunakan stim bagi menghilangkan kahak. Namun selain itu terdapat cara lain yang boleh dilakukan iaitu dengan memakai ‘humidifier’ sepanjang hari. 

Cara Hilangkan Kahak

Humidifier adalah alat yang berfungsi untuk menjaga kelembapan udara di dalam ruangan. Dengan melembapkan udara di sekitar anda, ia dapat membantu melegakan saluran pernafasan termasuklah mencairkan kahak. 

Oleh itu penggunaan ‘humidifier’ atau pelembab udara adalah amat disarankan. Selain itu, ia selamat digunakan walaupun dalam jangka masa yang panjang terutamanya untuk bayi. 

  1. Minum Air Secukupnya

Untuk mempercepatkan kahak hilang, anda perlu mengekalkan tahap hidrasi tubuh. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya, terutamanya air suam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.

Selain minum air, pengambilan makanan yang berkuah seperti sup ayam juga boleh membantu mengekalkan tahap hidrasi tubuh anda. 

  1. Ambil Makanan Dan Minuman Yang Mengandungi Limau/Lemon, Halia & Bawang Putih

Ketiga-tiga bahan ini boleh membantu memulihkan sistem pernafasan. Jadikan ia salah satu bahan dalam menu makanan atau minuman anda.

Contohnya seperti, air lemon halia, air madu limau, banyakkan campuran bawang putih dalam masakan dan sebagainya. 

Selain itu anda juga boleh cuba amalkan akar licorice, ginseng, buah delima, jambu, beri, echinacea dan sebagainya untuk membantu menghilangkan kahak dekat paru-paru anda. 

  1. Air Garam 

Terdapat banyak kegunaan air garam salah satunya adalah untuk membantu mencairkan kahak yang melekat pada belakang tekak.

Selain itu, ia  juga bertindak sebagai pembasmi kuman terutamanya bakteria di dalam kawasan mulut. 

Cara Hilangkan Kahak

Caranya ambil  satu sudu garam dan campurkan sedikit air. Hirup campuran air garam tersebut  sambil condongkan kepala anda ke belakang sedikit. Ambil masa beberapa minit untuk berkumur-kumur dan buang. 

  1.  Pengambilan ubat-ubatan

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang anda boleh ambil bagi membantu menghilangkan hack hack dekat paru-paru dan juga kerongkong,  antaranya ialah  dekongestan,  ekspektoran,  dan juga ubat sapuan. 

 Mari kita rungkai satu persatu mengenai tiga jenis ubatan ini. 

– Dekongestan: Berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada hidung dan membuka saluran pernafasan anda. 

Selain itu Ia juga membantu untuk mengurangkan lendir yang mengalir daripada hidung. Anda boleh dapatkannya dalam bentuk tablet atau kapsul, cecair, serbuk berperisa, semburan hidung dekongestan

– Ekspektoran:  Sejenis ubat batuk yang digunakan untuk membantu membersihkan lendir (kahak) dari saluran pernafasan anda.

– Ubat sapuan: Ubat sapuan ini seperti minyak angin namun ia berupaya untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menyapu ubat ini pada kawasan dada dan leher tiga kali sehari sehingga kahak anda berkurangan. 

Contoh ubat sapuan yang anda boleh gunakan ialah Vicks, Minyak Kayu Putih, dan sebagainya. 

Sumber: https://www.doctoroncall.com.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161