Cara Hilangkan Sedu Dengan Mudah, Jom Cuba!

Sedu adalah merupakan salah satu gejala semulajadi yang pastinya pernah berlaku pada setiap orang. Ia terjadi apabila otot diafragma yang terletak di bahagian bawah paru-paru mengecut tiba-tiba lalu menyebabkan individu tersebut menarik nafas tiba-tiba semasa peti suara masih tertutup. 

Secara ringkasnya, ia adalah  tindak balas yang terjadi apabila kita mengeluarkan gas terkumpul daripada perut.

sedu

Sedu terjadi biasanya disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah pengambilan makanan yang masam atau pedas, minum alkohol, minum berkarbonat, stress, perut berangin dan sebagainya. 

Sebenarnya, sedu boleh berhenti secara natural atau sendirinya. Namun, adakalanya ia mengambil masa beberapa tempoh sehingga boleh mengganggu keselesaan. 

Cara Hilangkan Sedu Dengan Mudah

Berikut ialah beberapa cara dan tips untuk menghilangkan sedu yang anda boleh cuba. Jom baca!

1. Bernafas dengan teknik dan postur yang betul

sedu
Kredit: wikihow

Pernafasan dan postur tubuh mempengaruhi tindak balas diafragma anda. Bernafas dengan betul boleh membantu merehatkan diafragma dan mengelak ia mengecut secara tiba-tiba. Anda  boleh cuba beberapa teknik bernafas dengan betul dibawah:-

  1. Kawal pernafasan anda dengan menarik nafas secara perlahan dengan kiraan 5 atau 10 kemudian, hembuskan perlahan-lahan dengan kiraan 5 atau 10 juga. Atau; 
  1. Ambil satu beg kertas kemudian tekupkan ke hidung dan mulut anda. Bernafas secara perlahan-lahan. Jangan gunakan beg plastik tau. Atau; 
  1. Lakukan tekanan pada otot diafragma anda. Duduk berlunjur dengan kaki anda ke hadapan dan bengokkan tubuh anda ke hadapan, cuba capai hujung kaki anda. Selain itu, anda juga boleh cuba peluk lutut anda (bawa lutut ke bahagian dada) selama 2 minit. Tindakan ini akan membantu memberi tekanan kepada diafragma anda. 
  1. Cuba buat valsalva maneuver. Keluarkan gas dari tubuh anda tanpa membuka hidung atau mulut anda atau meneran tanpa mengeluarkan nafas. 

2. Tekan titik akupresur (‘acupressure’)

Titik akupresur adalah merupakan tekanan yang dilakukan pada titik-titik tertentu/sensitif di badan anda yang mampu memberikan kelegaan.

sedu

Melakukan tekanan pada titik ini akan membantu otot diafragma anda untuk lebih rileks. Anda boleh cuba melakukan tekanan pada titik akupresur berikut:-

  1. Beri tekanan pada otot diafrgma ada dengan menekan bahagian atas abdomen anda (kawasan ulu hati). Atau;
  1. Tekan tapak tangan anda dengan menggunakan ibu jari. Atau; 
  1. Tutup hidung anda menggunakan ibu jari dan telan air liur dalam keadaan hidung anda tertutup. 

3. Ambil makanan/minuman yang sesuai 

sedu

Terdapat beberapa jenis makanan/minuman yang boleh membantu mengurangkan sedu dengan memberi stimulasi kepada saraf tertentu. Berikut ialah antara makanan/minuman yang anda boleh cuba untuk melegakan sedu:-

  1. Minum air sejuk agar saraf vagus anda boleh menghasilkan stimulasi bagi melegakan sedu. Anda juga boleh berkumur dengan air sejuk selama 10 saat, atau;
  1. Minum air suam secara perlahan-lahan tanpa berhenti bernafas ketika minum. Atau;
  1. Ambil satu sudu madu dan masukkan ke dalam mulut. Pastikan madu tersebut telah larut di mulut anda sebelum menelannya. 

4. Beri rangsangan pada saraf phrenic

Seterusnya, anda boleh cuba gosok atau tepuk bahagian belakang anda merangsang stimulasi saraf ini. 

5. Alihkan fokus

Ini adalah merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk anda lakukan. Dengan mengalihkan fokus anda, sedu boleh hilang secara sendiri. Jalani aktiviti harian anda seperti biasa. 

Kesimpulan

Walaupun sedu adalah perkara normal, namun sekiranya anda mengalami sedu lebih daripada dua hari secara berterusan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Hal ini kerana, sedu berterusan boleh menjadi petanda anda mengalami penyakit seperti multiple sclerosis, asid refluks atau angin ahmar. 

Sumber: https://thediagnosa.com/, https://www.hmetro.com.my/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161