Cara Kecutkan Cyst, Elakkan Dibedah!

Apa Itu Cyst?

Untuk pengetahuan anda, cyst adalah merupakan satu ketumbuhan abnormal yang biasanya berbentuk seperti ketulan atau benjolan. Ia yang mengandungi cecair sama ada air, cecair becampuran protein atau darah, darah beku, darah haid, minyak atau lemak. 

Cara Kecutkan Cyst

Cyst ini juga kadang kala boleh terjadi bersama dengan ketumbuhan daging seperti kanser, rambut, tulang dan banyak lagi.

Biasanya cyst ini tidak membahayakan dan bersifat tidak berbahaya. Walaubagaimanapun, cyst perlu disingkirkan atau dikecutkan untuk mengelakkan ia memberi kesan kepada fungsi tubuh kita.

Persoalannya, bagaimanakah cara kecutkan cyst?

Cara Kecutkan Cyst

  1. Ubat-ubatan

Terdapat ubat-ubatan tertentu yang boleh membantu untuk mengecutkan cyst serta berperanan sebagai ubat penahan sakit. Anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor sebelum memulakan pengambilan apa-apa ubatan.

  1. Mengurangkan Berat Badan 

Salah satu cara yang agak berkesan untuk mengecutkan cyst adalah dengan menurunkan berat badan untuk membolehkan tubuh anda berfungsi dengan baik. 

  1. Amalkan Pemakanan Seimbang

Pemakanan yang seimbang dapat mencegah pelbagai penyakit termasuklah membantu untuk mengecutkan cyst. Anda boleh cuba amalkan petua-petua tertentu sebagai ikhtiar dan cara kecutkan cyst. 

Sekiranya mempunyai PCOS, anda disarankan untuk mengubah diet pemakanan bagi mengurangkan risiko mengembangkan diabetes atau sista ovari.

  1. Bersenam

Amalkan gaya hidup sihat dan rajinkan bersenam. Jangan sesekali abaikan kesihatan badan anda. Melakukan aktiviti fizikal dan regangan dapat mengurangkan sakit berkaitan cyst disamping membantu mengurangkan berat badan. 

  1. Mengawal emosi

Pastikan emosi anda sentiasa dalam keadaan stabil. Tahukah anda, emosi yang stabil dapat membantu mengurangkan tekanan sekaligus membantu mengekalkan kesihatan anda. 

Gejala Cyst

Menurut laman web doctoroncall.com, gejala cyst yang anda boleh kenalpasti adalah seperti berikut:

  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Kitaran haid tidak normal atau tidak sekata
  • Pedarahan yang tidak normal
  • Kerap membuang air kecil
  • Pembuangan air besar bermasalah
  • Abdomen membesar tetapi tidak hamil
  • Berlaku keguguran berkali-kali
  • Mandul
  • Tiada selera makan
  • Kurang berat badan
  • Loya dan muntah

Sekiranya cyst tersebut bersifat luaran seperti pada kulit. maka ianya bersifat seperti berikut:

  • Terdapat ketumbuhan atau benjol pada kulit
  • Terasa panas pada kawasan tersebut
  • Sekiranya benjolan ditekan akan meninggalkan cap
  • Di bahagian tengah benjolan tersebut akan ada titik hitam
  • Demam
Benjolan disebabkan oleh cyst

Kesimpulan 

Anda perlu sentiasa memerhatikan cyst tersebut sekiranya terdapat pada tubuh anda. Pastikan anda segera mendapatkan rawatan jika ia kelihatan membesar dan menyebabkan kesakitan. Jangan biarkan sehingga menyebabkan mudarat kepada tubuh anda. 

Sumber: https://www.doctoroncall.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161