Cara Membezakan Diarea Biasa dan Diarea COVID-19

Virus Covid-19 tidak hanya menimbulkan gejala kepada saluran pernafasan sahaja, tetapi boleh mengakibatkan gejala lain seperti batuk,demam, sakit sendi dan diarea. Untuk pengetahuan anda, sebanyak 9 peratus daripada pesakit Covid-19 akan mengalami gejala diarea.

Diarea disebabkan Covid-19 berbeza dengan diarea biasa. Namun apakah perbezaanya dan apakah cara untuk membezakan gejala ini? Semak penjelasan yang kami sediakan di bawah ini.

Perbezaan Diarea Biasa dan Diarea COVID-19

Diarea yang berpunca daripada Covid-19 dan diarea biasa sangat sukar untuk dibezakan. Namun, gejala diarea yang dihidapi oleh pesakit Covid-19 lebih teruk dibandingkan dengan diarea biasa.

Kedua-dua jenis diarea ini boleh dibezakan melalui punca sahaja. Diarea biasa berpunca daripada bakteria seperti Escherichia coli atau virus norovirus. Sementara diarea COVID-19 adalah salah satu gejala akibat jangkitan virus SARS-CoV-2. 

Selain daripada punca diarea, tiada perbezaan yang ketara berbanding diarea biasa dan diarea Covid-19. Namun jika seseorang yang mengalami diarea ketika Covid-19, pasti akan disusulu dengan gejala lain seperti:

  • Penyumbatan penafasan
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Kehilangan deria bau dan deria rasa
  • Sesak nafas
  • Batuk

Selain daripada diarea, pesakit COVID-19 juga akan mengalami gejala gastrointestinal (GI) atau masalah pencernaan sebagai berikut:

  • Mual
  • Nafsu makan menurun
  • Sakit perut
  • Muntah

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di jurnal International Emergency Nursing, seramai 90 orang yang dijangkiti COVID-19 akan mengalami gejala diarea yang berlaku sekitar selama 5 hari.


Ciri-Ciri Diarea COVID-19

Untuk mengetahui perbezaan antara diarea COVID dan bukan COVID, anda boleh perhatikan ciri-cirinya seperti berikut:

1. Tekstur Najis Berair

Masih dalam kajian yang sama dengan sebelumnya, seramai 64 peratus pesakit COVID-19 dilaporkan mengalami gejala diarea berair. 

Najis berair menunjukkan bahawa anda telah kehilangan banyak cecair di dalam tubuh. Hal ini dapat menyebabkan dehidrasi. Ini menjadi penyebab mengapa penting bagi pesakit COVID untuk kekal dehidrasi ketika mengalami diarea.

2. Najis Berwarna Kuning

Kajian lain yang telah diterbitkan dalam Clinical Gastroenterology and Hepatology juga menjelaskan bahawa kondisi najis akibat diarea COVID-19. Kebanyakan pesakit akan mengalami najis berwarna kuning.

Virus Covid-19 akan menyebabkan diarea menjadi kuning kerana bahan kumuhan bergerak terlalu cepat melalui usus. Ketika najis bergerak cepat daripada keadaan yang normal, usus boleh menyerap lemak menerusi najis tersebut.

Namun, ketika najis keluar terlalu cepat, lemak tidak akan menyerap secara maksimum. Lemak inilah menjadi punca najis kita menjadi warna kuning.

3. Kumuhan Berwarna Hijau

Selain berwarna kuning, diarea COVID-19 juga akan menyebabkan najis menjadi warna kehijauan. Ini terjadi akibat lemak tidak dilepaskan dengan baik. Akibatnya hempedu yang ada pada najis akan menyebabkan diarea berwarna hijau. 

Hempedu merupakan zat yang dikeluarkan oleh kantung hempedu dan hati untuk membantu pencernaan lemak.


Cara Menangani Diarea COVID-19

COVID-19 adalah penyakit yang masih baru dan masih banyak memerlukan kajian lebih lanjut. Oleh itu, sehingga kini masih belum ada cara menangani yang khusus untuk mengubati diarea yang berpunca daripada virus SARS-CoV-2 ini.

Namun, jika anda memiliki gejala diarea ketika dijangkiti COVID-19, cubalah untuk melakukan rawatan bagi mengubati penyakit ini.

Rawatan diarea yang boleh anda lakukan di rumah, antaranya adalah:

  • Meningkatkan dos cecair dalam badan agar kekal dehidrasi dengan minum banyak air putih dan makan makanan yang berkuah seperti sup
  • Makan makanan yang tidak menjadi punca diarea dan hindari makanan yang masam atau pedas
  • Perbanyakkan berehat untuk meningkatkan sistem imunisasi.
  • Minum ubat anti mual, seperti dimenhydrinate atau obat ondansetron, jika diperlukan. Pastikan anda mendapatkan konsultasi terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil ubat untuk diarea
  • Jika anda mengalami dehidrasi yang teruk ketika diarea, anda mungkin memerlukan cecair intravena (IV) untuk membantu tubuh kekal dehidrasi

Hal lain yang perlu dititipberatkan ketia diarea COVID-19 adalah menjaga kebersihan tandas. Meskipun penularan COVID-19 melalui najia masih dalam kajian, tetapi tidak ada salahnya untuk menjaga kebersihan dan mencegah penularan. 

Lakukan juga langkah-langkah berikut jika anda mengalami diarea akibat COVID:

  • Pastika selalu menutup pintu tanda dan bersihkan tandas selepas digunakan
  • Jangan letakkan bekas tisu tandas berdekatan dengan tong sampah. Alangkah Sebaiknya, pisahkan sampah tisu tandas dalam satu plastik
  • Bersihkan tandas secara teratur, pastikan anda membersihkan bahagian hujung pintu dan bahagian-bahagian yang mudah terdapat virus.

Baca Juga: Tanda Kanser Perut, Rasa Kenyang Walaupun Makan Sedikit?

Jika anda mengalami diarea dan gejala COVID-19 yang lain, segera kuarantinkan diri di rumah dan lakukan tes COVID-19 dengan kadar segera. Pastikan anda menggunakan pelitup muka ketika keluar rumah dan menjaga jarak.

Semoga bermanfaat!

Rujukan

International Emergency Nursing. Diakses 2022. Clinical characteristics of diarrhea in 90 cases with COVID-19: A descriptive study. 

American Journal of Gastroenterology. Diakses 2022. Digestive Symptoms in COVID-19 Patients With Mild Disease Severity: Clinical Presentation, Stool Viral RNA Testing, and Outcomes. 

Clinical Gastroenterology and Hepatology. Diakses 2022. Diarrhea During COVID-19 Infection: Pathogenesis, Epidemiology, Prevention, and Management.

World Health Organization. Diakses 2022. Diarrhoeal disease

Healthline. Diakses 2022. How to Manage Diarrhea When You’ve Developed COVID-19

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: