Cara Memilih Shampoo Untuk Rambut Gugur | Ketahui Puncanya!
Rambut adalah mahkota setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita. Oleh itu, penjagaan rambut termasuklah pemilihan shampoo amat penting kerana ia akan membentuk imej seseorang dan paling penting, memastikan keselesaan diri.
Terdapat pelbagai jenis rambut seperti keriting, lurus, ikal dan lain-lain; bergantung pada genetik dan juga cara penjagaan.
Namun begitu, pelbagai masalah rambut tetap sering berlaku walaupun macam-macam produk telah digunakan, contohnya seperti masalah rambut gugur.
Nak Pilih Shampoo Untuk Rambut Gugur? Ketahui Puncanya Dahulu!
Sebelum itu, kita perlu mengetahui punca-punca masalah keguguran rambut berlaku barulah boleh cari jalan penyelesaiannya dengan mudah. Dengan itu, anda pasti akan menemui shampoo untuk rambut gugur yang terbaik dipasaran!
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya ialah;
- Tekanan
- Keturunan/Genetik
- Rawatan perubatan (contohnya; kimoterapi)
- Hormon kurang stabil
- Emosi atau trauma fizikal
- Pengayaan rambut yang berlebihan atau melampau
- Kerap menggunakan pengering rambut
- Masalah kesihatan
- Penurunan berat badan yang melampau
- Menyikat rambut ketika basah
- Merokok (terutama jika anda lelaki)
- Dan lain-lain
Setelah mengenal pasti punca keguguran rambut, anda boleh memilih shampoo yang dapat mengatasi masalah tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengubah gaya hidup agar masalah keguguran rambut dapat diselesaikan dengan cepat.
Pemilihan shampoo yang sesuai dapat:
- Membantu menguatkan rambut dan folikel rambut supaya ia tidak mudah gugur
- Menebalkan setiap helaian rambut
- Membaiki aliran darah pada kulit kepala anda agar pertumbuhan rambut berlaku
- Membersihkan folikel-folikel rambut daripada kotoran, sebum berlebihan dan produk rambut yang melekat pada kulit kepala yang akan menghalang pertumbuhan rambut baru
- Merawat kulit kepala yang gatal
- Menawarkan pengawalan minyak
3 Bahan Utama Yang Perlu Ada Dalam Shampoo Untuk Rambut Gugur
1. Ketoconazole: Membaiki kepadatan rambut dan merawat kulit kepala daripada kelemumur dan pityriasis fungus.
2. Kafein: Menghalang pengeluaran folikel rambut yang terbantut disebabkan oleh peningkatan testosteron.
3. Biotin: Menguatkan rambut anda dan ianya penting untuk folikel-folikel rambut sihat.
Cara Memilih Shampoo Untuk Rambut Gugur
Pertama sekali, anda perlu perhatikan dan kemudian tentukan jenis rambut dan kulit kepala anda. Ini adalah amat penting untuk memastikan tiada reaksi negatif akan diterima ketika menggunakan shampoo.
Kulit kepala yang berminyak tidak sesuai dengan shampoo yang mempunyai kandungan pelembab yang sangat tinggi. Manakala, kulit kepala yang kering dan berwarna perlukan shampoo yang mampu melembabkan kulit kepala.
- Rambut Berminyak; Sesuai dengan shampoo dengan pH seimbang
- Rambut Kering; Sesuai dengan shampoo yang mempunyai bahan yang melembabkan kulit kepala
Kemudian, cari tahu kandungan shampoo yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut anda. Hal ini adalah amat penting untuk memastikan shampoo tersebut tidak merengsakan kulit kepala anda!
Tips: Bahan alternatif semula jadi adalah lebih bagus untuk kulit kepala walaupun ia tidak begitu berbuih. Maka, carilah shampoo yang mengandungi bahan-bahan alternatif semulajadi.
Seterusnya, elakkan shampoo yang mengandungi bahan-bahan yang tinggi kandungan kimia dan boleh merosakkan rambut & kulit kepala. Antaranya ialah;
- Sulfate (sodium lauryl sulfate, myreth sulfate, dan ammonium lauryl sulfate)
- Alkohol
- Pewarna tiruan
- Pengawet (paraben)
- Pewangi tiruan (Phthalates, Propylene Glycol)
Tips Penjagaan Agar Rambut Lebih Kuat & Sihat
- Cuci rambut selang sehari atau ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Jangan cuci rambut setiap hari!
- Pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu sebelum membasuh rambut agar ia mudah untuk dicuci dan tidak kusut. Rambut yang kusut mempunyai risiko untuk gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.
- Guna syampu dan perapi yang sesuai.
- Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia akan menyebabkan tekstur rambut menjadi lebih kasar, kering dan menggerbang.
- Gunakan getah rambut yang diperbuat daripada material lembut seperti satin ataupun baldu. Dan, jangan ikat atau sanggul rambut anda terlalu ketat!
Kesimpulan
Anda boleh cuba dapatkan produk-produk shampoo di drugstore berdekatan anda untuk merawat masalah keguguran rambut. Elakkan penggunaan produk yang tidak di diketahui keberkesanannya.
Selamat mencuba!
Kredit: bestbuyget.com, hellodoktor.com