Cara Menanam Daun Selom & Kegunaannya

Daun Selom

Daun selom adalah merupakan ulam-ulaman yang terkenal dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia boleh dimakan begitu sahaja selepas dicuci bersih dan juga sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti masak lemak cili api, kerabu, dan sebagainya. 

Daun ini sangat mudah tumbuh dan membesar dengan cepat. Tipsnya, anda perlu potong ia selalu. Semakin dipotong, semakin subur daun ini tumbuh. Nak tahu cara menanam daun selom? Jom baca perkongsian di bawah. 

Cara Menanam Daun Selom

Daun Selom

Disebabkan daun selom mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat, ramai yang membuat keputusan untuk menanam pokok selom bagi mendapatkan daunnya. Nak tanam daun ini tidaklah susah mana, mudah je. 

Berikut ialah langkah-langkah menanam daun selom yang anda boleh cuba. 

1. Mula-mula, ambil beberapa batang selom dan potong mengikut ruasnya. 

2. Kemudian, rendam di dalam air. Di bahagian ruas tersebut akan keluar akar selepas beberapa hari, biasanya lima hingga ke tujuh hari. Sepanjang tempoh itu, jangan lupa ganti air rendaman tersebut setiap hari.

3. Apabila akarnya sudah muncul, anda boleh pindah tanam ke tanah. Tanam batang selom tersebut secara melintang. Anda kena pastikan pastikan tanah sentiasa lembap agar ia boleh tumbuh dengan subur. Siram selalu. 

Kini, anda hanya perlu tunggu hasilnya. Apabila daunnya sudah merimbun, bolehkah dipetik dan digunakan dalam masakan ataupun untuk merawat sakit. 

Kegunaan Daun Selom Dalam Kesihatan

1. Melegakan demam dan selesema. 

2. Mengurangkan jaundis.

3. Membantu merawat hepatitis.

4. Menghilangkan mabuk akibat minum alkohol.

5. Melegakan sakit perut, mengurangkan angin dalam badan.

6. Meredakan batuk.

7. Penawar keracunan.

8. Membantu meredakan sakit kepala. 

9. Menjadi pembuka selera.

10. Melancarkan penghadaman.

11. Akarnya digunakan untuk rawatan buasir.

Kegunaan Daun Selom Dalam Masakan

Daun Selom

1. Menjadi perasa dalam sup (daunnya dimasukkan ke dalam sup, makanan berkuah)

2. Dijadikan ulaman (daun dan batangnya yang masih muda)

3. Akarnya boleh direbus dan dijadikan minuman

4. Dicampur dalam masak lemak cili api. 

5. Boleh dicampurkan di dalam telur goreng. 

6. Dijadikan lauk sayur. 

7. Dijadikan hiasan untuk lauk (daunnya yang masih muda)

8. Digabungkan dengan sayur-sayuran lain dan terletak di bawah makanan laut.

9. Digunakan dalam resipi sebagai tekstur tambahan.

10. Gabungan baik dengan makanan lain seperti tauhu, daging, makanan laut, cendawan, sawi, bayam, daun kekwa, dan pelbagai lagi. 

Khasiat Daun Selom

1. Baik Untuk Kesihatan Kulit. 

Kandungan fenolik di dalam daun ini membantu untuk menyihatkan kulit dan membekalkan kolagen pada kulit. Ia juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV dan mengurangkan keradangan kulit. 

2. Baik Untuk Kesihatan Jantung.

Daun selom mampu membantu mengawal dan membetulkan ritma jantung anda yang tidak normal. Kandungan flavonoidnya juga membantu merawat keradangan pembuluh darah. 

3. Mengurangkan Keletihan

Ekstrak daun selom boleh meningkatkan enzim yang menukarkan gula kepada tenaga menyebabkan anda lambat untuk merasa letih. Selain itu, ia juga membantu memulihkan otot-otot yang keletihan. 

Sumber: https://www.healthbenefitstimes.com/water-dropwort/, https://www.rasa.my/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161