Cara Mencegah Penyakit Jantung, Ini Tipsnya!

Penyakit jantung adalah merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Bahkan, ia bukan sahaja menyerang warga yang berusia tetapi turut menyerang belia awal 20-an.

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung iaitu faktor pemakanan, amalan cara hidup tidak sihat dan faktor genetik atau keturunan. 

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit jantung berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.

Oleh itu, penjagaan jantung adalah sangat penting. Mari ketahui cara mencegah penyakit jantung seperti yang disenaraikan di bawah. Jom!

 Cara Mencegah Penyakit Jantung

  1. Berhenti Merokok/Vape & Jauhi Asapnya
Cara Mencegah Penyakit Jantung

Merokok adalah merupakan punca utama pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru, kanser mulut dan juga penyakit jantung. Malah, ia bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi juga orang lain. 

Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok/vape boleh merosakkan jantung dan saluran darah and. Asap rokok/vape berupaya mengurangkan oksigen dalam darah anda, lalu menyebabkan tindak balas sistem badan anda untuk meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. 

Kesannya, jantung anda terpaksa bekerja lebih keras untuk terus membekalkan oksigen ke seluruh badan dan yang paling penting, otak anda. Selain itu, ia juga akan menyebabkan  saluran darah menjadi sempit yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi lalu menyebabkan penyakit jantung. 

  1. Rajinkan Bersenam

Tingkatkan kesihatan anda dengan rajinkan bersenam sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dengan bersenam, anda dapat mengekalkan berat badan ideal sekaligus menyihatkan jantung. 

Berat badan yang tidak terkawal berupaya menyebabkan saluran jantung anda tersumbat lalu menyebabkan penyakit jantung. Disamping itu, senaman juga membantu jantung anda mengepam darah ke seluruh tubuh dengan lebih baik. 

  1. Pemakanan Yang Sihat 

Tahukah anda, pemakanan adalah merupakan salah satu punca utama pelbagai penyakit berlaku. Oleh itu, mengamalkan pemakanan yang sihat merupakan insiatif penting untuk menjaga kesihatan. 

Pastikan anda mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, daging tanpa lemak dan ikan, makanan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, bijirin penuh, lemak sihat seperti minyak zaitun daripada sumber tumbuhan untuk memperbaiki tekanan darah dan kadar kolesterol dalam badan.

Elakkan makanan yang mengandungi:-

  • Garam
  • Gula
  • Karbohidrat yang telah diproses
  • Alkohol
  • Lemak tepu dan lemak trans
  1. Tidur Yang Mencukupi

Tidur yang cukup adalah amat penting untuk memastikan kesihatan anda terjamin. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari. Ini merupakan salah satu cara mencegah penyakit jantung yang paling senang.

  1. Kurangkan Tekanan

Tekanan atau stress juga adalah antara punca penyakit jantung berlaku. Hal ini kerana apabila anda mengalami stress, tekanan darah anda juga berisiko untuk meningkatkan sekaligus menyempitkan saluran darah yang mengalir ke jantung. 

Tambahan pula, sekiranya sedang mengalami stress, kita akan cenderung untuk memakan sesuatu yang tidak sihat seperti makanan ringan, pengambilan kopi berlebihan atau melakukan aktiviti yang tidak sihat yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit jantung. 

  1. Lakukan Pemeriksaan Secara Berkala
Cara Mencegah Penyakit Jantung

Ini adalah perkara yang sering terlepas pandang oleh individu yang merasakan dirinya sihat. Anda disyorkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi menegtahui tahap kesihatan anda. Lebih-lebih sekiranya anda tergolong dalam kumpulan berisiko seperti berusia lanjut dan sebagainya. 

Kesimpulan 

Penyakit jantung boleh dihindari sekiranya anda mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Jagalah jantung anda sentiasa!

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/, https://hellodoktor.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161