Cara Mengeluarkan Darah Haid Yang Tidak Keluar & Puncanya

Cara Mengeluarkan Darah Haid Yang Tidak Keluar

Apabila sudah mencapai umur baligh, wanita akan mengalami haid atau menstruasi. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak ilmu pengetahuan mengenai darah haid yang perlu diketahui dan dipelajari.

Hal ini adalah penting untuk memudahkan urusan seharian wanita, penjagaan, dari segi kesihatan termasuklah ibadah terutamanya bagi yang beragama islam. 

Darah haid tidak keluar

Secara umumnya,  kitaran haid akan berlaku setiap bulan  berbeza mengikut individu. Setiap kali  mengalami menstruasi atau haid,  kuantiti darah yang keluar  juga akan berbeza-beza.  Adakalanya kuantiti darah yang keluar deras (banyak) dan sebaliknya. 

Antara masalah mengenai darah haid yang sering berlaku ialah apabila darah haid tidak keluar walaupun sudah melebihi tempoh waktu datang haid yang sepatutnya. 

Oleh itu,  untuk perkongsian kali ini kami akan kongsikan mengenai cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar dan juga punca-punca yang menyebabkan situasi ini berlaku. 

Mari teruskan membaca. 

Punca Darah Haid Tidak Keluar 

Punca-punca darah haid tidak keluar boleh disebabkan oleh perkara di bawah, antaranya ialah:

  • Baru melahirkan & masih menyusui anak
  • Gangguan hormon tiroid
  • Menggunakan kontrasepsi yang berkaitan hormon
  • Anemia atau kurang darah
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Stress
  • Malfungsi ovarium
  • Menopause
  • Kelainan struktur rahim dan saluran reproduksi (contohnya seperti tidak terbentuknya rahim, vagina, dan sebagainya. Pesakit memang merasakan tanda-tanda dan gejala haid seperti senggugut setiap bulan namun tidak ada darah haid yang keluar)
  • Jangkitan
  • Dan pelbagai lagi!

Mengeluarkan Darah Haid Yang Tidak Keluar

Persoalannya, bagaimana cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar?

Cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar adalah bergantung pada punca masalah tersebut berlaku.

Contohnya seperti, darah haid tidak keluar disebabkan oleh kelainan  struktur rahim dan saluran reproduksi maka, cara untuk menanganinya ialah dengan rawatan perubatan mengikut cadangan pakar perubatan.

Tetapi, anda boleh juga mencuba tips dan cara mengeluarkan haid seperti yang disenaraikan di bawah. 

1. Minum Air Secukupnya

Amalkan meminum air Yang secukupnya untuk mengelakkan badan kita kekurangan cecair ataupun mengalami dehidrasi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya ketika anda sedang mengalami menstruasi. 

Cairan yang cukup didalam tubuh badan boleh membantu melancarkan darah haid dan mengelakkan tubuh anda lemah. 

Pastikan anda minum air putih secukupnya atau anda boleh juga mengamalkan pengambilan minuman sihat seperti jus buah.  elakkan minuman yang berkafein,  bergula,  dan beralkohol.

2. Kompres Bahagian Bawah Rahim 

Anda juga boleh cuba meletakkan tuala suam di bahagian rahim untuk membantu melancarkan aliran darah dan melonggarkan otot-otot rahim agar darah dapat keluar dengan lancar.

Cara ini juga boleh membantu melegakan dan mengatasi masalah sakit perut disebabkan oleh haid. 

Anda boleh dapatkan produk khusus (heat pack) untuk melegakan masalah haid di mana-mana farmasi berdekatan anda. 

3. Amalkan Gaya Hidup Sihat 

Jangan malas bersenam.  dengan bersenam anda dapat meningkatkan hormon endorfin yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan juga melancarkan aliran darah. 

Lakukan senaman sekurang-kurangnya sekali seminggu. Anda boleh lakukan aktiviti seperti berjalan, berjoging, skipping, dan sebagainya untuk membantu  mengeluarkan darah haid yang tidak boleh keluar disebabkan aliran darah yang tidak lancar. 

4. Elakkan Stress

Tekanan yang melampau boleh  mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan kita termasuklah menyebabkan  kitaran haid yang tidak teratur,  hormon yang tidak seimbang,  dan sebagainya. 

Lakukan aktiviti positif yang boleh mengurangkan tahap stres atau tekanan anda untuk mengelakkan masalah kesihatan berlaku. 

5. Amalkan Pengambilan Herba Yang Sesuai

Contoh herba yang anda boleh amalkan ialah halia, kayu manis, serbuk teh dan sebagainya. Amalan memakan herba yang sesuai  boleh membantu melancarkan aliran darah sekaligus membantu untuk mengeluarkan darah haid yang tidak keluar. 

6. Amalkan Pengambilan Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

Antara sebab darah haid tidak boleh keluar adalah kerana tubuh badan anda kekurangan darah atau mengalami anemia. 

Oleh itu,  pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah,  hati ayam,  daun bayam dan sebagainya. 

Kesimpulan

Pastikan anda pergi berjumpa doktor dengan segera sekiranya mengalami  sebarang  masalah kesihatan berkaitan dengan haid atau menstruasi untuk mengetahui punca dan rawatan yang sesuai. 

Jangan hanya mengharapkan tips-tips daripada internet untuk jangka masa yang panjang. 

Sumber: https://www.honestdocs.id

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161