Cara Meningkatkan Metabolisme, Turunkan Berat Badan Dengan Mudah!
Metabolisme Itu Apa?
Metabolisme adalah merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Yunani (metabolḗ) yang membawa maksud perubahan atau transformasi. Dalam erti kata yang lain, metabolisme adalah satu perubahan yang berlaku disebabkan oleh tindak balas kimia dalam badan.
Ia juga merujuk kepada jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.
Setiap individu mempunyai kadar metabolisme yang berbeza bergantung kepada beberapa faktor contohnya komposisi tubuh, jumlah otot dan lemak, umur, genetik dan sebagainya.
“Saya makan sikit je, tapi badan naik pula”
Mesti ramai yang pernah alami situasi ini kan. Makan sedikit tapi berat badan bertambah juga. Hah, ini menunjukkan kadar metabolisme anda yang rendah.
Kadar metabolisme yang rendah menyebabkan proses pembakaran kalori menjadi lambat. Hal ini menjadikan kalori yang anda ambil melalui makanan tidak diproses dengan laju sekaligus menyebabkan ia bertukar menjadi lemak.
Selalunya, individu yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
Oleh itu, untuk mencapai berat badan yang ideal, anda perlu meningkatkan proses pembakaran kalori iaitu dengan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.
Berikut merupakan cara meningkatkan metabolisme dengan berkesan. Mari baca!
Cara Meningkatkan Metabolisme
1. Makan Makanan Yang Berkhasiat
Metabolisme adalah berkait rapat dengan pemakanan dan persediaan nutrien. Pastikan anda makan pada waktu yang tepat untuk mengelakkan perut anda kelaparan yang boleh menyebabkan metabolisme anda kurang kerana tubuh anda telah mendapat ‘signal’ untuk menjimatkan tenaga.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk sentiasa mengambil sarapan pagi bagi mengurangkan risiko obesiti.
Perkara ini telah dibuktikan melalui beberapa kajian. Hal ini kerana, sarapan pagi yang berkhasiat boleh membantu membuatkan anda kenyang lebih lama dengan melambatkan pencernaan.
Tambahan pula, anda juga disyorkan untuk makan snek dengan kerap dengan kuantiti yang sedikit (berpatutan) bagi meningkatkan metablisme tubuh.
Ini adalah untuk mengelakkan perut anda kosong yang menyebabkan anda makan berlebihan pada waktu makan seterusnya serta membuatkan fungsi tubuh menurun.
Tetapi jangan pilih snek yang tak sihat tau. Pilihlah makanan yang berkhasiat, mempunyai kandungan fiber dan protein yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi dan sebagainya.
2. Minum Air Secukupnya
Selain pengambilan makanan yang berkhasiat, anda juga perlu minum air secukupnya.
Tahukah anda, dengan minum yang secukupnya (8-12 gelas sehari seperti yang disarankan oleh pakar) boleh membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
Bahkan, terdapat kajian (University of Utah) yang mendapati bahawa individy yang minum 8 hingga 12 gelas air setiap hari mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi daripada mereka yang minum hanya empat gelas sehari.
3. Tidur Mencukupi
Tidur yang cukup adalah merupakan antara cara yang paling mudah untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Adalah disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 – 8 jam pada setiap hari.
Tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk membakar kalori sekaligus mempengaruhi kadar metabolisme tubuh anda. Walaubagaimanapun, jangan sampai tidur berlebihan ya! Tetapkan waktu tidur anda setiap hari dan patuhi secara konsisten.
4. Dapatkan Cahaya Matahari Secukupnya
Menurut kajian, pendedahan kepada matahari waktu pagi dapat membantu meningkatkan metabolisme serta melangsingkan tubuh.
Waktu terbaik yang dicadangkan adalah antara pukul 9 -11 pagi dan 3-5 petang. Lakukan aktiviti ringan seperti berjalan kaki sambil menghirup udara segar.
5. Elakkan Stress
Stress atau tekanan hidup boleh menyebabkan peningkatan berat badan seterusnya menyebabkan kadar metabolisme anda rendah. Ketika dalam keadaan stress, jumlah hormon kortisol di dalam tubuh akan meningkat.
Kortisol adalah merupakan sejenis hormon yang memberi ‘signal’ pada tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya diperlukan tubuh. Oleh itu, jangan stress ya!
Lakukan sesuatu yang menggembirakan dan membuat anda tertawa. Tahukah anda, ketawa merupakan senaman ringan yang boleh membantu anda membakar sekurang-kurangnya 10 ke 20% kalori.
Bukan itu sahaja, ketawa juga sangat baik untuk kesihatan jantung anda.
6. Bersenam
Bersenam adalah merupakan antara cara yang paling berkesan untuk meningkatkan metabolisme.
Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%.
Kesimpulan
Peningkatan kadar metabolisme dalam tubuh membantu untuk menurunkan berat badan anda secara efisien. Pastikan anda jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
Sumber: https://kevinzahri.com/