Cara Menyimpan Seafood Dengan Baik Mengikut Jenis-Jenisnya

TIPS MENYIMPAN SEAFOOD DENGAN BAIK AGAR TAHAN LEBIH LAMA

Makanan laut sememangnya  kaya dengan zat dan gizi. Cara untuk menyimpan makanan laut haruslah dilakukan dengan betul supaya zat dan nutrisinya tidak hilang.

Hal ini kerana, makanan laut senang membusuk dengan cepat sekiranya tidak disimpan dengan cara yang betul. Apabila makanan laut mula membusuk, zat dan nutrisinya akan berkurang serta akan menimbulkan mikro yang bahaya seperti bakteria.

Anda perlu mengetahui cara menyimpan makanan laut dengan baik kerana ianya boleh mencegah risiko keracunan makanan akibat makanan laut sudah mempunyai baketria.

Kali ini kami kan berkongsi kepada anda cara untuk menyimpan makanan laut dengan betul mengikut jenis-jenisnya. Mari kita semak caranya di bawah ini.

Tips & Cara Menyimpan Seafood Agar Tahan Lebih Lama


1. Ikan

Salah satu jenis seafood yang paling mudah didapati adalah ikan.Walaupun begitu, makanan laut atau sungai ini harus disimpan secepat mungkin. 

Hal ini kerana, selepas mati, ikan akan cepat membusuk. Daging ikan yang busuk akan lembik. Kondisi ini akan menyebabkan daging ikan kehilangan banyak cecair yang mengandungi protein dan lemak. 

Anda boleh menyimpan ikan di dalam peti sejuk atau freezer untuk mengelakkan ikan menjadi busuk. Ikan perlu disimpan dengan segera di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selepas dua jam anda membeli ikan tersebut.

Apabila anda hendak memasak ikan setelah hari kedua pembelian, simpan makanan laut ini pada suhu 4 darjah Celcius atau lebih rendah. 

Jika tidak, anda boleh menyimpan ikan di dalam bekas yang kedap atau membungkusnya di dalam plastik sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Ikan segar boleh bertahan di dalam peti sejuk selama dua hari. dan ikan yang matang pula boleh disimpan hingga empat hari. 

Jika ikan segar mengeluarkan bau yang hanyir atau kurang menyenangkan serta terdapat perubahan warna di bahagian tepi, anda perlu segera membuang ikan tersebut. 

2. Udang

Udang merupakan makanan laut yang cukup digemari ramai. Cara menyimpan seafood ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan ikan. Namun anda perlu peka akan beberapa perkara yang perlu dilakukan agar nutrisi udang tidak cepat hilang ketika disimpan. 

Menurut Alabama A&M University, Amerika Syarikat, ketika menyimpan udang, anda perlu mengasingkannya dengan makanan lain. Selepas itu, cuci udang di bawah air mengalir. 

Potong kepala udang kerana bahagian ini mengandungi lebih darida 80 persen bakteria yang mengakibatkan pembusukan. Risiko kerosakan udang tanpa kepala adalah lebih rendah, berbanding udang yang mempunyai kepala. 

Anda tidak perlu mengupas kulit udang ketika disimpan kerana kulit membantu mengurangkan keadaan kekeringan akibat suhu yang dingin (freezer burn). Kulit udang boleh menjaga kelembapan pada kulit udang mahupun tekstur dagingnya.

Penyimpanan udang di freezer boleh bertahan antara 10–12 bulan. Menurut dr. Adeline Jaclyn, udang yang sudah dimasak, boleh disimpan selama 1–2 hari di dalam peti sejuk.


3. Sotong

Cara menyimpan sotong di dalam peti sejuk tidaklah sukar. Selepas anda membelinya, simpan dan tutup rapat sotong segar di bahagian pembeku peti sejuk atau freezer

Umumnya, sotong harus dimasak dalam masa dua hari untuk menjaga kualiti sotong.

Untuk menjaga kesegaran sotong, anda disarankan untuk tidak menyimpan kembali sotong beku di freezer. Sotong yang pernah dibekukan sebaiknya perlu terus dimasak. 

Sotong yang segar boleh dibersihkan dan dibekukan untuk digunakan kemudian. Sotong segar yang dibekukan boleh bertahan sehingga dua bulan jika cara penyimpanannya dilakukan secara tepat. Caranya adalah dengan memasukkan sotong ke dalam plastik, keluarkan udara di dalamnya, dan simpan di dalam freezer

Sementara itu, sotong yang sudah dimasak dapat disejukkan dalam keadaan tertutup rapat selama 2-3 hari dan dibekukan selama dua bulan. 

Baca juga: Tak Perlu Beli Ikan Mahal, Makan Sahaja Ikan Kembung!


4. Ketam

Cara menyimpan ketam sebenarnya tidaklah jauh berbeza. Anda hanya perlu memastikan makanan laut ini tetap beku. Hal ini kerana untuk ketam kekal segar segar dalam keadaan yang beku. 

Hindari meninggalkan ketam di dalam kereta yang panas, kecuali sudah dimasukkan ke dalam ice box.

Setelah sampai di rumah, cuci tangan dan bersihkan ketam serta bungkus seafood segar ini dengan cling wrap atau simpan dalam bekas kedap udara. 

Sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk, tutup bekas dengan kain lembap atau kertas. Selepas itu, masukkan ketam ke dalam peti sejuk atau freezer

Menurut Clemson University, AS, ketam yang segar segar hanya boleh bertahan selama 1-2 hari di dalam peti sejuk dan ketam yang sudah dibekukan boleh bertahan hingga sebulan.


5. Kerang

Kerang sememangnya terkenal sebagai sumber protein dan zat besi. Untuk mendapatkan nutrisi lengkap dari seafood ini, anda perlu tahu cara penyimpanannya. 

Menurut Washington State Department of Health, AS, kerang harus disimpan dalam suhu yang dingin selepas dibeli.

Hal ini kerana, keadaan dan cuaca yang panas boleh mengakibatkan peryumbuhan bakteria pada kerang. Hal ini boleh mengurangkan kualiti kerang dan membuat makanan laut ini tidak baik untuk dimakan.

Anda boleh menyimpan kerang segar menggunakan bekas terbuka di dalam peti sejuk. Letakkan kain atau tisu lembab di atas kerang agar tidak cepat kering. 

Hindari menyimpan kerang di dalam air kerana boleh membuatkan makanan laut ini menjadi rosak. 

Memahami cara menyimpan seafood agar kekal terawet semememangnya penting. Hal ini turut membantu anda mengetahui waktu dan tempioh makanan laut ini untuk dimakan. 

Baca juga: Makanan Kucing Terbaik Di Pasaran, Murah Dan Berbaloi!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: