Ibu Ini Kongsikan Cara Merawat HFMD Dari Terus Merebak. Cepat & Berkesan!

Anak anda dijangkiti HFMD?

Apakah cara merawat penyakit tangan, kaki dan mulut itu dari terus merebak?

Bagi anda yang tidak tahu, HFMD sangat mudah berjangkit terutama anak-anak yang berusia 5 tahun ke bawah.

Punca utama penularan penyakit ini disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan sama ada di rumah atau di tempat awam.

HFMD boleh merebak melalui sentuhan cecair hidung, najis dan air liur kanak-kanak yang telah dijangkiti (1).

Selalunya HFMD boleh sembuh dengan sendirinya. Namun terdapat beberapa kes di mana HFMD menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Mengikut data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 33,425 kes HFMD dilaporkan sehingga 18 Julai 2018.

Sebanyak 419 premis ditutup bagi mengelakkan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut itu. Daripada jumlah tersebut, 198 taska, 197 tadika dan 23 sekolah telah ditutup.

Kes terbanyak dilaporkan di Selangor iaitu 9,981 kes.

Cara Merawat HFMD

Jadi apakah cara terbaik untuk merawat HFMD dari terus merebak dan menjangkiti ahli keluarga lain?

Ikuti perkongsian Puan Norkhairunnisah Aziz ini.

Rasa bersalah pulak kalau tak kongsi cara nak kurangkan jangkitan HFMD. Disebabkan ramai tanya, saya kongsi secara umum ja senang.

HFMD sejenis penyakit wabak melalui direct contact, air liur, hingus, najis, apa2 cecair dari orang yang sudah dijangkiti. So kita kadang tak tahu apa yang kita pegang, sentuh, main bekas orang yang dah dijangkiti.

Disebabkan kami anak beranak jenis tak reti duk rumah, iman pun jenis nak main kat taman. Merata-rata jalan, so tak dapat kita nak ngelak. Kalau terkena kita rawat dengan cepat, takkan nak kurung dia kat rumah sampai wabak ni xde, mau setahun tak keluar rumah.

So Anak saya pun antara salah seorang mangsa terkena jangkitan HFMD. Cuma tak pasti kena kat mana sebab kami memang tak de had bagi dia main, main di taman permainan setiap hari. Inspector kesihatan suspect jangkitan terkena samada di taman permainan dia selalu main atau lift yang kami guna untuk hantar dia ke rumah pengasuh. Sebab blok kami pun sebelum tu dah ada 2 orang kanak-kanak dijangkiti HFMD. So mungkin kami kongsi lift dan taman mainan yang sama juga boleh berisiko dijangkiti.

Alhamdulillah kami cepat bertindak ,masa mula-mula ada bintik2 merah kami ingat cuma kena gigit nyamuk. Tapi disebabkan HfMD tengah wabak, kami terus bagi treatment sendiri. Tak susah mudah ja untuk kurangkan dia merebak ke tangan kaki dan mulut. Supaya tak teruk.

1stly kena mandikan dia dengan lifebuoy, saya gosok sental dia dengan lifebuoy sampai berbuih-buih dan biarkan 30saat-1 minit. Lepas tu bilas balik. 1 hari 3-4 kali dia mandi.

2nd cuci rumah dengan dettol, buka semua cadar, sarung bantal, sarung kusyen, carpet, baju semua kami basuh dengan dettol. Setiap pagi sebelum dia bangun kami mop rumah dan lap mainan, sofa, meja makan dengan pencuci dettol.

3rd lepas mandikan dia saya sapukan dia dengan Calamine Zinc Oxide + menthol supaya dia tak rasa gatal-gatal nak garu semua. Ubat ni untuk kurangkan rasa gatal dan rasa dia sejuk-sejuk.

4th masa hari pertama dia kena dalam anak tekak dia ada ulcer tapi tak banyak, kami gunakan Gengigel Spray untuk hilangkan ulcer, 30 minit lepas tu dia dah rasa lega boleh makan minum macam biasa. Boleh juga gunakan AftaMed Spray. Kat sini dah habis, so saya guna Gengigel spray je.

5th jangan lupa bawa ke klinik untuk dapatkan notification dan cuti kuarantin 5 hari.

Senang ja kan, yang penting kita kena hapuskan punca dia dulu baru boleh anak-anak cepat baik dan jangkitan tu terus terbantut nak merebak. Kalau kita sibuk treat anak tapi punca utama dia kita tak hapuskan, dia akan kembali dijangkiti lagi. So rajin dengan tak je nak kena buat semua ni supaya dapat elakkan mereka sengsara.

Leave a Comment