Cara Muka Nampak Runcing Dengan Teknik Shading Yang Betul

Kunci dalam menjayakan teknik adalah menggelapkan sesetengah bahagian muka dan mencerahkan sesetengah bahagian yang dengan menggunakan bedak asas berlainan tona. Paling penting selepas itu anda perlu blend semua sapuan tersebut dengan sebaiknya.

Harus diakui , teknik shading adalah yang yang paling sukar sekali untuk dimahiri. Silap teknik, bimbang muka akan kelihatan seperti hantu pula nanti . Untuk anda yang tidak sukakan mekap yang nampak tebal, teknik ini mungkin tidak berapa sesuai untuk dipraktiskan sebagai mekap harian, namun sekali -sekala ke majlis atau untuk bergambar, apa salahnya bukan?

Secara umum, teknik ini memerlukan anda mengkaji jenis bentuk muka anda terlebih dahulu kerana bahagian yang perlu disapukan bedak asas gelap dan cerah adaah berbeza mengikut bentuk wajah.

1.Bentuk bujur

oval

2. Muka panjang

oblong

3. Bentuk bulat

round

4. Bentuk hati

heart

5. Bentuk berlian

diamond

6. Bentuk pear

7. Bentuk bersegi

square

Gambar : Cosmopolitan

Bahagian yang digelapkan adalah bahagian yang ingin “dikuruskan” manakala bahagian yang di highlight  adalah bahagian yang ingin “ditonjolkan. ” Contohnya untuk hidung yang nampak lebih mancung, highlight diletakkan pada bahagian batang hidung manakala warna lebih gelap disapukan pada bahagian tepi hidung.

Alat mekap yang diperlukan termasuklah :

1. Bedak asas jenis cecair, warna yang sesuai dan sepadan dengan kulit anda ( yang biasa anda gunakan)

2. Concealer atau bedak asas cecair  cerah sedikit daripada warna kulit anda.

3. Concealer atau bedak asas cecair  gelap sedikit daripada warna kulit anda.

4. Bedak translucent . (jenis powder)

5. Berus bedak asas

Tonton video di bawah yang kami kongsikan daripada Youtube untuk mengetahui langkah teknik ini dengan lebih jelas. Selamat mencuba !

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: