Dah Ready Untuk Kurus? Jom Cuba 10 Cara Nak Kurus Secara Sihat!
Sedang mencari cara nak kurus tapi tak pasti hendak mula dari mana? Jangan risau, dalam artikel kali ini, kami akan terangkan 10 cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk menurunkan berat badan.
Nak tahu bagaimana? Jom, teruskan membaca!
10 Cara nak kurus secara sihat!
1. Pastikan anda sudah bersedia
Menguruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memakan banyak masa dan juga tenaga.
Malah, anda perlu berdiet dan bersenam – kedua-dua aktiviti ini memerlukan komitmen dan disiplin yang sangat tinggi.
Jika anda tidak bersedia, besar kemungkinan anda akan terus melakukan tabiat lama. Jadi, sebelum anda mula menguruskan badan – tanya diri sendiri. Adakah anda sudah bersedia?
2. Jangan lupa makan sarapan
Satu tabiat yang diamalkan oleh mereka yang berjaya menurunkan berat badan ialah mengambil sarapan setiap hari.
Ramai orang yang tidak bersarapan kerana mereka anggap ia merupakan cara yang paling mudah untuk mengurangkan pengambilan kalori.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan, individu yang bersarapan setiap hari mempunyai BMI yang lebih rendah. Mereka juga dapat fokus lebih baik di tempat kerja atau semasa belajar.
3. Jangan makan pada waktu malam
Tentukan waktu terakhir makan malam. Selepas waktu tersebut, jangan makan apa-apa sehinggalah keesokan hari.
Mereka yang sering snacking pada waktu malam selalunya mempunyai berat badan berlebihan.
Jika anda ingin makan, cuba makan sebiji gula-gula atau semangkuk kecil aiskrim. Kemudian, berus gigi supaya anda tidak akan makan atau minum sebelum tidur.
4. Cara nak kurus yang terbaik, tinggalkan minuman manis
Minuman yang manis bukan sahaja tidak mengenyangkan, ia juga tidak dapat meredakan kelaparan seperi makanan lain. Tukar minuman yang manis kepada air kosong atau susu rendah lemak.
Anda juga boleh buat smoothies sayur-sayuran atau buah-buahan untuk mengisi perut jika anda rasa lapar di antara waktu makan.
5. Makan lebih banyak sayur dan buah
Jika anda ingin kurus, anda perlu ‘paksa diri’ untuk makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Menurut Garis Panduan Pemakanan 2005 Amerika Syarikat, orang dewasa perlulah mengambil 7 hingga 13 cawan sayur atau buah setiap hari.
Oleh sebab itu, pastikan diet anda kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pelbagaikan warnanya supaya anda boleh mendapatkan sebanyak mungkin vitamin, mineral dan serat daripada semua makanan ini.
6. Kurangkan saiz hidangan
Jika anda kurangkan saiz hidangan sebanyak 10 hingga 20%, anda pasti akan dapat turunkan berat badan.
Ini merupakan salah satu cara nak kurus yang terbukti berkesan dan lebih mudah dari apa yang anda jangkakan.
Cara nak kurus 7: Elakkan stress eating
Pernah dengar apa itu ‘stress eating’? Kebanyakan orang makan bukan sekadar untuk mengisi perut. Ada juga yang makan disebabkan stres, bosan atau sunyi.
Anda suka makan depan TV selepas balik dari kerja? Anda suka mengunyah bila bosan? Semua ini merupakan tanda stress eating.
Jika anda mempunyai masalah ini, anda perlu cari jalan untuk menenangkan diri anda secara sihat. Cuba lakukan yoga, meditasi atau mandi air hangat selepas seharian stress di tempat kerja.
Malah, anda juga boleh dengar lagu, atau lakukan apa sahaja asalkan anda tidak makan secara berlebihan!
8. Cara nak kurus yang lebih mudah, banyakkan berjalan!
Inilah masanya untuk anda gunakan teknologi yang ada! Tahukah anda, anda boleh muat turun ‘pedometer’, satu aplikasi yang boleh mengira jumlah langkah yang diambil setiap hari.
Cuba tetapkan target sebanyak 10,000 langkah setiap hari. Ini dapat menggalakkan anda untuk menjadi lebih aktif.
Keluar berjalan pada waktu petang atau window shopping di pusat membeli belah. Semua ini dapat membantu anda mencapai target 10,000 langkah.
9. Lebihkan protein dalam makanan
Protein merupakan salah satu komponen yang sangat penting. Ia bukan sahaja boleh buatkan kita rasa lebih kenyang, protein juga boleh memberikan kita ‘kepuasan’ selepas makan.
Cuba makan yogurt rendah lemak, kekacang, telur atau daging pejal. Semua makanan ini kaya dengan protein dan akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.
10. Tetapkan target yang realistik
Akhir sekali, pastikan anda tetapkan target yang realistik. Jangan terlalu gopoh semasa menurunkan berat badan.
Benar, kita semua ingin turun berat badan yang banyak dalam tempoh masa yang pendek.
Namun, penurunan berat badan yang drastik selalunya tidak baik untuk kesihatan. Malah, besar kemungkinan anda akan kembali gemuk pada masa hadapan.
Menurut Mayo Clinic, penurunan sebanyak 500 gram hingga 1 kilogram seminggu adalah paling ideal. Untuk mencapai target 1 kilogram seminggu, anda perlu bakar 500 hingga 1000 kalori sehari.
Jadi, jika anda sedang mencari cara nak kurus, pastikan anda lakukannya dengan sihat. Elakkan berlapar semata-mata untuk menurunkan berat badan. Siapa tahu apa bahaya yang bakal menimpa di kemudian hari.