Wanita Bertudung Sukar Nak Kekalkan Rambut Sihat? Ini 13 Cara Penjagaan Rambut Yang Betul
Setiap wanita bertudung memiliki cabaran untuk kekalkan rambut yang lebat, hitam, cantik, dan menawan. Iyalah rambut yang ditutup seharian di dalam tudung, tidak bermakna kita perlu membiarkan ia berpanjangan tanpa penjagaan yang rapi. Jom cuma 13 cara penjagaan rambut yang betul ini.
Jenis-jenis rambut perempuan
Manusia bukan sahaja memiliki kepelbagaian dari segi karakter dan perangai tetapi juga jenis rambutnya. Terdapat 4 jenis rambut yang biasa ditemukan seperti:
Rambut beralun
- Bergelombang dan mempunyai tekstur campuran rambut lurus dan kerinting.
- Mudah digayakan.
Rambut lurus
- Rambut yang paling lembut dan kuat di antara jenis-jenis rambut lain.
- Paling sukar untuk rosak.
- Sukar menjadi kerinting tetapi mudah berminyak.
Rambut ikal mayang
- Rambut yang unik dan paling cantik apatah lagi jika wanita yang memilikinya.
- Ada campuran lurus daripada kulit kepala dan kemudian beralun dihujungnya.
Rambut kerinting
- Rambut yang boleh berbentuk huruf “S”, atau “Z”.
- Tebal.
- Apabila tidak dijaga, ciri-ciri kerintingnya akan berkurang.
Cara penjagaan rambut khusus untuk wanita bertudung
Ada banyak sebenarnya cara penjagaan rambut untuk wanita bertudung. Tetapi 13 tips ini adalah yang terbaik untuk anda amalkan.
1. Mencuci rambut
Seberapa kerap perlu cuci rambut? Untuk wanita bertudung seeloknya setiap hari kerana rambut kita selalu dikempam dalam tudung dan anak tudung. Untuk elakkan ia dari berbau, kusut, dan tidak selesa cuci rambut setiap hari adalah pilihan yang bijak.
2. Sikat rambut
Mereka yang bertudung sebenarnya tidak mempunyai masa yang lama dengan rambut. Kerana siap sahaja mandi dan mengeringkan rambut, sudah tergesa-gesa untuk memakai tudung pula. Jika wanita tidak berhijab boleh mengayakan rambut sebaliknya wanita berhijab hanya mempunyai satu pilihan iaitu menyembunyikan rambutnya.
Jadi selepas mandi setiap hari, dan sebelum tidur di waktu malam jangan malas untuk sikat rambut selalu. Gunakan sikat bergigi lebar untuk elakkan rambut mudah gugur.
3. Pilih syampu dan perapi yang sesuai dengan jenis rambut
Pemilihan syampu dan perapi yang sesuai sama pentingnya kerana kedua-dua penting untuk mengekalkan rambut sihat. Elakkan dari guna syampu yang terkandung banyak bahan kimia. Sebaliknya guna saranan khusus untuk syampu bagi individu yang bertudung.
4. Elakkan cuci rambut dengan air panas
Air panas tidak sesuai untuk mencuci rambut kerana ia akan menjadikan rambut mudah kasar, kering, dan sukar untuk diurus.
5. Jangan tingal serum dan tonik
Walaupun serum dan tonik rambut agak mahal tetapi jika boleh jangan sesekali lupakanya. Oleskan sahaja beberapa jam sebelum memakai hijab atau pada waktu malam sebelum tidur.
6. Belai rambut sebelum tidur
Bukan manusia sahaja mahu dibelai, rambut pun sama tau! Lepas ini rajin-rajinlah belai rambut sebab semakin kerap anda tengok rambut anda, semakin cepat ada perhatikan perubahan yang berlaku.
7. Sentiasa jaga pemakanan yang berkhasiat
Aspek pemakanan bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tubuh tetapi juga kesihatan rambut. Makan makanan yang berkhasiat dapat menyumbang kepada kulit kepala yang kuat, rambut yang hitam menawan, dan sihat sekata.
8. Elakkan daripada menyanggul rambut yang basah
Rambut basah disanggul? Memang cari masalah pada rambutlah. Ia boleh menyebabkan masalah kelemumur, rambut menjadi kusut, dan kulit kepala berminyak.
9. Gunakan getah rambut yang sesuai
Ikat rambut biarlah sedikit longgar dan jangan terlalu ketat sampai tegang rasa kulit kepala. Kemudian, jangan lupa juga gunakan getah yang sesuai dari material lembut seperti satin dan baldu.
10. Gunakan jenis anak tudung yang sesuai
Anak tudung yang terlalu ketat memang tidak sesuai untuk rambut anda. Seeloknya pilih kain anak tudung yang diperbuat daripada kain kapas.
11. Pilih tudung material yang nipis dan ringan
Pemilihan fabrik atau material kain tudung yang sesuai boleh memberi rasa selesa dan memudahkan aliran udara ke kepala. Lagi rumit fesyen tudung anda, makin susah rambut untuk bernafas.
12. Pakai tudung berwarna lembut
Tips ini mungkin kedengaran sedikit pelik. Tetapi wanita yang berhijab pasti faham mengapa amat digalakkan untuk pakai tudung berwarna lembut. Ini kerana warna lembut akan membebaskan wap yang terperangkap di kawasan rambut dan kulit kepala sepanjang hari.
13. Manjagakan diri di salon atau spa
Sesekali apa salahnya manjakan diri di spa. Perawatannya lebih lengkap dan kita sendiri boleh bertanyakan tentang penjagaan kecantikan diri dan rambut kepada mereka yang lebih pakar.
Kesimpulan
Menjaga rambut adalah tanggungjawab kita tidak kira lelaki atau wanita. Rambut adalah lambang makhota diri.
Rujukan
- Twitter @TwtKecantikanMy
- 10 Hair Care Tips For Hijabis, Health Taste Vitality (HTV)