Cara Putihkan Gigi Dengan Selamat Untuk Senyuman Menawan

Semua orang inginkan senyuman yang menawan.  

Jika anda ingin putihkan gigi, terdapat beberapa cara putihkan gigi yang selamat untuk dicuba sama ada dari rumah atau melalui rawatan pemutihan di klinik. 

 Anda juga perlu berhati-hati ketika lakukan pemutihan di rumah kerana gigi anda boleh rosak jika anda gunakan produk pemutihan terlalu banyak atau terlalu kerap. 

cara putihkan gigi

Baca Juga : Scaling Gigi : Prosedur Penting Untuk Gusi & Gigi yang Sihat

Kenapa Gigi Jadi Kekuningan ? 

Semakin usia meningkat, gigi boleh menjadi lebih kuning atas dua sebab : 

1. Enamel Gigi Yang Semakin Menipis

Permukaan luar gigi terdiri daripada enamel. Biasanya ia kelihatan putih dan berfungsi untuk melindungi struktur dalaman gigi.

Di bawah lapisan enamel pula terdapat dentin yang berwarna kuning-keperangan. 

Apabila enamel semakin menipis, dentin pula akan lebih terdedah pada permukaan menjadikan rupa gigi lebih kuning. 

Selain faktor usia, enamel juga boleh menjadi semakin nipis akibat penyakit gusi dan pengambilan makanan berasid secara kerap. 

Kredit Foto :medlineplus.gov

2. Kotoran Pada Permukaan Gigi

Sesetengah makanan dan minuman seperti kopi boleh menyebabkan permukaan gigi kotor.

Tabiat merokok serta pengambilan sesetengah jenis antibiotik juga boleh menjadi punca kepada gigi kuning.

Cara Putihkan Gigi Dengan Selamat 

Pelbagai produk yang dijual mungkin tidak dijamin keselamatannya dan dikhuatiri boleh menyebabkan permukaan gigi cepat haus.

Anda boleh cuba beberapa cara putihkan gigi dari rumah. 

Antara kaedah yang boleh dicuba ialah :

Amalkan Kaedah Berus Gigi Dengan Betul 

Memberus gigi dengan betul adalah langkah yang penting lebih-lebih lagi sebaik sahaja anda baru ambil makanan atau minuman yang boleh menyebabkan gigi kekuningan atau kotor. 

Secara amnya, pakar pergigian sering menasihati pengguna untuk berus gigi 30 minit selepas makan.

Hal ini kerana amalan memberus gigi terlalu cepat boleh menyebabkan enamel cepat haus dan boleh menambahkan lagi masalah kekuningan. 

Bagi memastikan gigi diberus bersih, pastikan anda luangkan 2 minit untuk memberus gigi. 

Penggunaan berus gigi yang keras dan memberus terlalu kuat juga boleh menyebabkan gigi cepat haus. 

Oleh itu, pastikan anda memilih berus gigi lembut dan beruslah gigi menggunakan gerakan bulatan untuk berus semua kawasan mulut seperti depan, dalam, belakang dan permukaan gigi. 

cara putihkan gigi
Kredit Foto : dentalcare.com

2. Ubah Corak Pemakanan 

Untuk elakkan gigi cepat kuning, hindari minuman yang boleh mengotorkan gigi seperti teh, minuman berkarbonat dan kopi.

Anda juga boleh gunakan straw untuk minum air sebegini sebagai langkah untuk elakkan gigi cepat bertukar kekuningan. 

Di samping itu, anda juga disarankan untuk jarakkan waktu pengambilan makanan berasid seperti buah-buahan sitrus dan asam.

Bagi mengelakkan gigi kuning, anda boleh berus gigi 30 minit selepas anda ambil makanan masam. 

3. Baking Soda

Anda juga boleh cuba gunakan baking soda untuk menghilangkan kotoran pada permukaan gigi secara lembut.

Sesetengah orang risau untuk gunakan baking soda kerana dikatakan terlalu kasar dan boleh menipiskan permukaan gigi.

Namun, berdasarkan kajian pada 2017, baking soda dikatakan selamat untuk digunakan bagi menghilangkan kotoran pada gigi. 

4. Amalkan Pemakanan Tinggi Kalsium

Di samping melindungi kekuatan tulang, diet tinggi kalsium juga berupaya untuk melindungi lapisan enamel daripada menipis.

Hakisan enamel boleh dielakkan melalui pengambilan sumber makanan kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan brokoli. 

Berdasarkan kajian pada tahun 2018, penggunaan ubat gigi whitening juga didapati berkesan untuk memutihkan gigi. Berbanding ubat gigi biasa, ubat gigi whitening dapat menyental kotoran pada permukaan gigi dengan lembut dan selamat. 

Rawatan Pemutihan Gigi di Klinik

Prosedur pemutihan gigi melibatkan penggunaan hydrogen peroxide sebagai bahan aktif.

Sebagai agen pengoksida yang kuat, ia bertindak dengan melarutkan warna atau kromogen pada permukaan gigi. 

Kadang-kala 10% carbamide peroxide juga turut digunakan dalam rawatan pemutihan gigi. 

Memetik The Malaysian Medical Gazette, terdapat dua prosedur pemutihan gigi yang boleh dilakukan di klinik gigi iaitu : 

Vital Bleaching (VB) 

Prosedur ini dijalankan ke atas permukaan gigi dengan menggunakan ceper.

Ceper yang diisikan dengan bahan pemutih akan diletakkan pada permukaan gigi pesakit dan dibiarkan untuk satu jangka masa tertentu.

Pesakit akan dapati hasil gigi yang lebih putih selepas rawatan .

Non-Vital Bleaching (NVB)

Proses pemutihan ini dilakukan pada gigi yang telah jalani rawatan akar.

Melalui prosedur ini, putik kapas yang mengandungi bahan pemutih akan diletakkan ke dalam gigi.

Ia diikuti dengan tampalan sementara. Pesakit perlu hadir ke temujanji susulan untuk doktor periksa kesan pemutihan pada gigi.

Prosedur ini akan diulang beberapa kali sehingga hasil yang memuaskan tercapai. 

Kaedah rawatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh pegawai pergigian bertauliah.

Jika ia dilakukan dengan cara yang salah, ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti : 

  • Gigi boleh menjadi nipis dan sensitif
  • Resorbsi pada akar gigi
  • Keradangan pada tisu lembut / mukosa

Walaupun prosedur pemutihan gigi dilakukan di klinik, ia tidak digalakkan secara kerap kerana boleh menjejaskan kesihatan gigi.

Pembelian ubat pemutihan gigi di farmasi juga seharusnya dibeli melalui pemberian preskripsi oleh doktor gigi. 

Hal ini kerana konsentrasi bahan aktif dalam ubat-ubat tersebut boleh memberikan kesan sampingan yang memudaratkan kepada pengguna. 

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Bagi mengekalkan keputihan dan kecantikan gigi, anda perlulah elakkan pengambilan kopi, air bergas dan makanan masam.

Berhenti merokok dan rajinkan diri untuk berus gigi 30 minit selepas makan.

Kredit Foto : thejakartapost.com

 Sebagai alternatif, anda juga boleh dapatkan rawatan pemutihan gigi di klinik atau dari rumah.

 Pastikan anda memilih produk pemutihan gigi selepas mendapatkan nasihat doktor untuk elakkan kerosakan gigi. 

Sumber : 

Six natural ways to whiten teeth

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322421#how-to-whiten-teeth-naturally

6 Simple Ways to Naturally Whiten Your Teeth at Home

https://www.healthline.com/nutrition/whiten-teeth-naturally

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85