Cat Rumah Sendiri? Ikuti Teknik Ini Untuk Hasil Yang Memukau!

Mengecat rumah tidak semudah yang sangka. Ia memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Nak upah orang, sudah pasti kos yang dikeluarkan akan berganda. Jadi pilihan yang ada ialah, anda kena juga belajar teknik yang betul bagi memastikan hasil cat rumah anda memuaskan hati!

Mari baca satu perkongsian daripada bekas pengedar cat dan pekerja hardware mengenai tips dan langkah-langkah mengecat rumah yang betul. 

Tips & Teknik Untuk Menghasil Cat Rumah Yang Memuaskan Hati

Ramai yang menganggap mengecat rumah adalah pekerjaan yang mudah; hanya golek-golek roller atas dinding, siap. Tapi hakikatnya, teknik mengecat yang salah akan menyebabkan cat tidak sekata, bercapuk dan lain-lain. 

Azlan Mohamad (bekas pengedar cat dan pekerja hardware) berkongsi tips dan teknik yang betul untuk mengecat rumah seperti di bawah: 

  1. Warna Cat Pilihan 

Pilih warna cat yang anda inginkan. Pastikan anda telah membuat carian mengenai warna cat yang sesuai untuk kediaman anda. Dapatkan template warna pilihan cat yang anda daripada pekerja kedai. 

  1. Tentukan Jenis Cat (Untuk cat bahagian luar atau dalam rumah)

Terdapat dua jenis cat, untuk bahagian dalam dan luar rumah. Cat untuk bahagian luar rumah biasanya lebih tahan lasak, sesuai untuk cuaca panas dan hujan. Manakala, cat untuk bahagian dalam rumah juga mempunyai ciri-ciri khasnya sendiri seperti mesra kanak-kanak, dan sebagainya. 

Pemilihan jenis cat yang betul amat penting agar anda tidak mengeluarkan kos untuk mengecat berkali-kali. Cat pun tahan lama dan tidak mudah rosak. 

  1. Jenis & Pilihan Cat

Anda juga perlu ambil tahu jenis dan pilihan cat yang sesuai dengan kediaman anda. Cat mempunyai pelbagai jenis dan gred. Ada cat yang kurang bau, berkilat, berbau wangi dan sebagainya bergantung pada kualitinya. 

  1. Jenama Cat 

Selain jenis dan warna, cat juga mempunyai pelbagai jenama. Antaranya ialah, Jotun, Nippon Paint, Seamaster dan sebagainya. Kebanyakan jenama cat mengeluarkan cat yang berasaskan air (water based); lebih mesra alam sekitar, senang tanggal, dll. 

Untuk memilih jenama cat yang terbaik, anda perlu baca banyak review dan minta pandangan orang yang berpengalaman. 

  1. Sealer/Primer (Cat Alas)

Ini adalah bahagian yang paling utama dalam proses mengecat untuk memastikan cat pilihan anda mempunyai tona yang sama seperti yang anda impikan. 

Sebelum mula mengecat, anda perlu tahu samada ruangan tersebut perlukan sealer/primer ataupun tidak. 

Selalunya, cat alas diperlukan apabila pertama kali hendak mengecat dinding tersebut atau re-paint cat dinding yang dah tertanggal & menggelembung teruk. Pastikan anda kikis dan buang semua cat yang lama barulah guna cat alas. 

Kebaikan cat alas adalah melindungi cat dari kelembapan dinding dan membuatkan cat anda melekat pada dinding lebih kuat serta membuatkan warna tona cat semakin cantik. 

  1. Cat Putih Bukan Cat Alas (sealer/primer)

Walaupun cat alas mempunyai warna putih namun ia tidak sama dengan cat putih yang biasa. Fungsi cat alas adalah untuk melindungi cat warna pilihan anda. Biasanya cat alas ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk kering. 

Sekiranya anda menggunakan cat putih sebagai cat alas, ia akan menyebabkan cat warna pilihan anda bertompok putih dan tidak mempunyai tona warna seperti yang anda inginkan. 

  1. Kacau Cat Sebelum Mula

Apabila cat alas dah kering, bolehlah mula mengecat menggunakan warna pilihan anda. Pastikan anda kacau dahulu cat tersebut sebelum mula untuk memastikan warna cat sekata dan memudahkan proses mengecat. Anda boleh gunakan kayu yang panjang untuk mengacaunya. 

Adalah disyorkan untuk  menggunakan ‘teknik bancuhan teh tarik’ untuk memastikan cat benar-benar bercampur. 

  1. Guna Teknik Mengecat M atau W
cat rumah

Gelekkan roller mengikut bentuk M atau W. Jangan panik sekiranya anda melihat lapisan cat yang pertama tidak rata. Tunggu lapisan yang pertama kering baru mulakan lapisan kedua. 

Kesimpulan

Teknik yang betul dalam mengecat dapat menjimatkan kos dan juga masa anda. Ia memerlukan latihan berkali-kali sebelum mahir. 

Selamat Mencuba!

Sumber: vanillakismis.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161