Cyst Ovari : Simptom, Komplikasi dan Kaedah Rawatan

Seperti yang kita tahu, ovari merupakan sistem peranakan wanita yang terletak di bawah abdomen pada kiri dan kanan uterus.

Sepasang ovari ini akan hasilkan hormon estrogen dan progesteron. Kadang kala, ovari juga akan hasilkan kantung berisi air yang dipanggil sista atau cyst.

 Secara purata, wanita akan hasilkan sekurang-kurangnya satu cyst sepanjang hayatnya.

 Dalam kebanyakan kes, cyst tidak memberi kesan atau simptom yang serius pada kesihatan.

Pertumbuhan cyst ovari hanya akan memberi kesan pada wanita jika didapati tumbuh secara tidak normal sehingga mengganggu kesihatan dan kesuburan.

cyst ovari
Kredit Foto : mayoclinic.com

Baca Juga : Cara Kenalpasti Waktu Subur Wanita Untuk Mudah Hamil

Jenis Cyst Ovari

Menurut Healthline.com, terdapat banyak jenis cyst yang boleh tumbuh dari sistem peranakan wanita. Namun, jenis cyst yang sering ditemui ialah jenis folikel (follicle cyst) dan corpus luteum.

Follicle Cyst

Dalam kitaran menstrual wanita, ovum membesar di dalam kantung yang dinamakan folikel.

 Kantung ini terletak di dalam ovari.

 Dalam kebanyakan kes, folikel atau kantung ini akan terbuka bagi membebaskan ovum.

 Namun, jika folikel gagal terbuka, cecair di dalamnya boleh membentuk cyst.

cyst ovari
Kredit Foto : mayoclinic.com

Corpus Luteum Cyst

Selepas ovum dilepaskan, folikel biasanya akan musnah sendiri.

 Namun, jika kantung ini tidak musnah, cecair dari luar boleh masuk melalui bukaannya.

 Cecair yang terkumpul inilah yang membentuk cyst jenis corpus luteum.

cyst ovari
Kredit Foto : inlifehealthcare.com

Terdapat juga jenis cyst lain seperti :

  • Dermoid Cyst : Ketumbuhan berbentuk kantung yang mengandungi rambut, lemak dan tisu lain.
  • Cystadenomas : Ketumbuhan bukan kanser yang boleh berkembang di luar ovari.
  • Endometriomas : Ketumbuhan tisu di dalam uterus yang membesar menjadi sista.

Sesetengah wanita juga boleh didiagnos dengan Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) apabila banyak cyst didapati tumbuh pada bahagian ovari.

Keadaan ini boleh menyebabkan ovari membesar.

 Pesakit juga berisiko pada kemandulan jika tidak mendapatkan rawatan sebaiknya.

Kredit Foto : parkwayeast.com.sg

Simptom Bagi Cyst Ovari

Dalam kebanyakan masa, pertumbuhan sista pada ovari tidak menyebabkan simptom.

Namun, semakin cyst membesar, seseorang boleh merasakan beberapa simptom seperti :

  • Bengkak pada bahagian abdomen
  • Sakit ketika membuang air besar
  • Sakit pada bahagian pelvik ketika datang haid
  • Sakit ketika berhubungan intim
  • Sakit pada bahagian pinggang atau paha
  • Sakit payudara
  • Muntah dan loya

Terdapat juga beberapa simptom yang lebih serius serta perlu diberikan perhatian segera seperti :

  • Rasa sakit yang teruk pada bahagian pelvik
  • Demam
  • Pening kepala atau rasa hendak pitam
  • Pernafasan laju

Komplikasi Cyst Ovari

Simptom-simptom yang lebih teruk ini boleh menjadi tanda bagi pemecahan cyst atau ovari terpusing (ovarian torsion) .

Walaupun jarang berlaku, kedua-dua komplikasi ini boleh menyebabkan masalah yang serius jika tidak dirawat secepatnya.

Pemecahan Cyst (Ruptured Cyst)

Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman serta kesakitan yang terlampau.

 Komplikasi ini juga boleh mendedahkan pesakit kepada risiko jangkitan kuman dan boleh mengancam nyawa jika dibiarkan.

Ovari Terpusing (Ovarian Torsion)

Komplikasi ini terjadi apabila cyst yang besar menyebabkan ovari terpusing daripada posisi asalnya.

 Ini mengakibatkan aliran darah kepada ovari tersekat.

Jika dibiarkan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan atau kematian tisu ovari.

Rawatan Bagi Cyst Ovari

Jika sista didapati tidak hilang sendiri dan semakin membesar, doktor akan menyarankan rawatan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini.

Antara kaedah rawatan yang boleh dilakukan ialah :

Pengambilan Pil Perancang

Sekiranya anda didiagnos dengan pertumbuhan cyst ovari secara berulang, doktor boleh memberikan pil kontraseptif bagi menghalang pembentukan cyst baru.

 Pengambilan pil ini juga akan mengurangkan risiko kanser ovari yang lebih sering terjadi bagi wanita yang sudah menopaus.

Laparoscopy

Jika cyst didapati bersaiz kecil, doktor boleh jalankan laparoscopy bagi membuang cyst melalui pembedahan.

Dalam prosedur ini, doktor akan melakukan potongan kecil pada bahagian pusat.

Kemudian, doktor akan masukkan alatan kecil ke dalam abdomen untuk membuang cyst tersebut.

Laparotomy

Jika cyst yang tumbuh didapati bersaiz besar, doktor akan mengesyorkan pembedahan untuk membuang cyst tersebut melalui abdomen.

Doktor juga akan jalankan biopsy bagi memastikan status cyst yang tumbuh.

 Sekiranya cyst didapati mengandungi sel kanser, doktor akan jalankan prosedur hysterectomy iaitu pembuangan ovari dan uterus.

Cegah Ovarian Cyst Dengan Pemeriksaan Berkala

Pertumbuhan cyst adalah normal dan tidak dapat dielakkan.

Sebagai pencegahan awal, rutin pemeriksaan secara berkala dengan doktor sakit puan adalah sangat digalakkan.

Ini juga dapat membantu para wanita dalam menjaga kesihatan sistem peranakan dengan lebih baik.

Beritahu doktor jika anda alami simptom-simptom seperti :

  • Perubahan kitaran haid
  • Rasa sakit pada pelvik yang berlarutan
  • Hilang selera makan
  • Pengurangan berat badan tanpa sebab nyata
  • Rasa senak pada abdomen

Sumber :

Ovarian Cysts

https://www.healthline.com/health/ovarian-cysts#symptoms

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85