Diet Atkins : Pemakanan Sihat Untuk Berat Badan Ideal

Pernah dengar tentang diet Atkins untuk turunkan berat badan?

Diet ini disarankan bagi mendapatkan berat badan yang diingini dengan mengamalkan diet rendah karbohidrat. 

Pelbagai kajian telah menunjukkan keberkesanan diet ini dalam menurunkan berat badan tanpa memerlukan seseorang untuk mengira kalori dan di samping mampu memberikan manfaat pada kesihatan. 

Kredit Foto : verywellfit.com

Baca Juga : Nak Kekal Slim? Ini 8 Cara Kempiskan Perut Yang PASTI Berkesan!

Apa itu Diet Atkins ?

Diet Atkins merupakan corak pemakanan yang diillhamkan oleh Dr Robert C. Atkins bagi membantu individu yang ingin mengurangkan berat badan dengan membakar karbohidrat dan lemak di dalam badan.

 Konsep pemakanan yang juga dikenali sebagai “Atkins Nutritional Approach” ini juga tidak hanya fokus pada pengurangan berat badan semata-mata.

Ia turut menyediakan panduan kepada pengamal untuk melakukan peralihan secara beransur-ansur kepada penyelenggaraan seumur hidup agar tubuh kekal sihat dan langsing.


Kelebihan Diet Atkins

Berbanding pelan diet lain yang memaksa kita untuk berlapar, diet ini tidak memerlukan seseorang untuk mengikat perut sepanjang tempoh diet.

Menurut DoctorOnCall, diet yang mengelakkan pengambilan gula dan karbohidrat ini juga mampu memenuhi keperluan nutrisi seseorang di samping menjadikan badan lebih bertenaga.

Dengan mengikuti panduan diet atkins secara berdisiplin, kita akan mendapatkan tiga kelebihan berikut :

  • Berat badan akan turun
  • Berat badan ideal dapat dikekalkan
  • Kesihatan akan bertambah baik
diet atkins
Kredit Foto : zenfoods.com


4 Fasa Diet Atkins

Bagi mendapatkan berat badan ideal, Atkins Nutritional Approach menggariskan 4 fasa sebagai panduan pengamal untuk menyesuaikan diri dalam tabiat pemakanan baru iaitu :

Fasa 1 : Induksi/ Pengenalan (Induction)

Fasa pertama ini memerlukan pengamal untuk mengehadkan pengambilan karbohidrat sebanyak 20 gram sehari sahaja selama 2 minggu.

Hidangan juga perlulah dilengkapi dengan makanan berprotein dan lemak tinggi, sayur-sayuran dengan karbohidrat rendah seperti sayur berdaun.

Fasa ini akan mencetuskan penurunan berat badan serta membiasakan tubuh untuk berfungsi dengan sumber karbohidrat terhad.

Peraturan Semasa Fasa Induksi :

  • Wajib makan 3 kali sehari dengan sukatan makanan yang biasa atau 4 ke 5 kali dengan sukatan kecil.
  • Dilarang berjaga lebih dari 6 jam tanpa makan. Ini bagi mengelakkan badan berlapar sehingga menyebabkan metabolisma menurun dan menyukarkan proses membakar lemak.
  • Pastikan makanan lengkap dengan nutrisi yang digariskan dalam diet Atkins.

Fasa 2 : Proses penyusutan berat badan yang berterusan (Ongoing Weight Loss/Balancing)

Dalam fasa ini, anda boleh tambahkan makanan lain dalam diet seperti kekacang, buah-buahan rendah karbohidrat, yogurt, keju segar, tomato & limau nipis.

 Pengambilan karbohidrat pula boleh ditingkatkan sedikit iaitu ditambah 5 gram seminggu. ( 25 gram, 30 gram) bagi melatih toleransi badan.

Fasa 2 ini perlulah diteruskan sehingga anda berjaya mengurangkan berat badan mencecah 4.5kg daripada berat idaman.

Contoh : Berat idaman : 65 kg

 Fasa 2 berakhir apabila berat badan mencapai 65 kg + 4.5 kg = 69.5 kg.

Fasa 3 : Pra-penyelenggaraan (Pre-maintenance/ Fine Tuning )

Bila badan anda sudah menghampiri berat badan target, anda boleh tambahkan sedikit karbohidrat di dalam sesetengah makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sekiranya masih terdapat pengurangan berat badan.

Fasa 4 : Penyelenggaraan Seumur Hidup (Lifetime Maintenance)

Bagi yang sudah mencapai fasa ini, anda sudah berjaya mendapatkan berat badan yang diingini.

Badan anda juga sudah dilatih untuk mengambil karbohidrat sedikit mengikut keperluan badan sahaja di samping membanyakkan makanan berkhasiat tinggi.

Bagi yang sedang hamil, anda boleh teruskan diet pada fasa ini dengan kebenaran doktor.

Makanan  & Minuman Yang Boleh Diambil Dalam Diet Atkins

Diet atkins sangat mengutamakan pengambilan makanan bernutrisi. Antara makanan yang boleh diambil dalam diet atkins ialah :

Daging : Daging lembu, ayam, daging kambing, itik

Makanan laut rendah karbohidrat : Salmon, sardin, ikan kembung

Telur

Produk Tenusu : Mentega, keju, yogurt rendah lemak

Kekacang : Almond, walnut, gajus

Lemak Sihat : Minyak zaitun, minyak kelapa.

Minuman : Banyakkan minum air kosong. Boleh minum air kopi dan teh hijau tanpa gula.

diet atkins
Kredit Foto : healthylifetrainer.com

Makanan Yang Dilarang Dalam Diet Atkins

Makanan ini perlulah dielakkan bagi membantu anda untuk melengkapkan 4 fasa diet atkins dan mencapai berat badan target.

Gula : Minuman manis, kuih, aiskrim, kek dan sebagainya.

Bijirin : Nasi, gandum, barli

Minyak sayuran : Minyak jagung, minyak sawit

Sayur tinggi karbohidrat ; ubi, lobak, jagung (ketika Fasa Induksi)

Kredit Foto : eatthis.com

Selain mengamalkan diet Atkins bagi mendapatkan berat badan ideal, anda juga dinasihatkan untuk terapkan gaya hidup aktif dengan beriadah setiap petang.

 Senaman sangat membantu dalam meningkatkan kecergasan serta mengelakkan tubuh daripada penyakit seperi diabetes dan sakit jantung. 

Kebanyakan orang yang amalkan diet Atkins ini juga mengesyorkan cara ini untuk kurangkan berat badan secara berkesan.

Pada dua minggu pertama sahaja kita akan rasa terseksa kerana perlu biasakan diri dengan corak pemakanan yang baru dan kurang karbohidrat.

 Ada yang kata sampai menggigil dan pening kepala disebabkan sebelum ni banyak makan dan minum yang manis dan tak tinggi karbohidrat.

Apabila sudah lengkap 4 fasa ini, anda juga perlu teruskan diet rendah karbohidrat ini agar berat badan kekal dan kesihatan anda pun terjamin.

Sumber :

Impikan Badan Kurus Dan Sihat?Diet Atkins Mampu Merealisasikannya

https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi

The Atkins Diet: Everything You Need to Know

https://www.healthline.com/nutrition/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85