Doa Belajar, Penerang Hati & Adab Dalam Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap umat Islam tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan. Namun begitu sebagai seorang penuntut ilmu, kita haruslah sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT, pemilik segala ilmu yang ada di dunia ini. Artikel akan berkongsi kepada anda koleksi doa belajar untuk dijadikan panduan.

Menunut ilmu dalam perspektif Islam

Allah berfirman di dalam Surah Al-Mujadalah, ayat 11:

Maksudnya: “..nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat..”

Ilmu berasal dari perkataan Arab iaitu “alima” yang bermaksud mengetahui. Kata asal adalah “al-ilm” yang membawa erti “pengetahuan”.

Konsep ilmu dalam Islam adalah berdasarkan sumber rujukan seperti Al-Quran, Sunnah, akal dan pancaindera, fenomena tabii, ilham atau mimpi. Namun begitu, Islam amat menghormati segala keputusan ilmu yang telah sedia ada.

Doa belajar 1 (sebelum mula belajar)

doa belajar

“Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa. Ini rohmatika yaa arhamarraahimiin”

Maksudnya: “Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-hikmah Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Doa belajar 2 (diberikan kefahaman)

“Allahumma la sahla. Illa ma ja ‘altahu sahla. Wa anta taj’ala hazana. Iza shikta sahla”

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada apa yang mudah selain apa yang Kau mudahkan, jika Kau kehendak, Kau boleh memudahkan yang susah.”

Doa belajar 3 (mudah untuk mengingat)

“Solallahu ‘ala Muhammad wa ala Muhammad. Alahumma inni as aluka. Ya muzakkiral khairi. Wafa ‘ilahu wal amira. Bihi zakkirni ma. Ansanihis shaiton”

Maksudnya: “Rahmat Allah ke atas Baginda Nabi Muhammad. Ya Allah, aku memohon kepadaMu yang menyebut akan kebaikan, mewujudkannya, dan memerintahkan kepadanya, agar kau mengingatkan apa yang telah Syaitan lupakan.”

Doa belajar 4 (penerang hati)

doa belajar

“Robbish roh li. Sodri wayassirli amri. Wahlul ‘ukdatan millisani. Yaf qohu qauli”

Maksudnya: “Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkan tugasku, lepaskan simpulan dari lidahku (tidak halang percakapan/gagap), supaya mereka faham perkataanku.”

Doa belajar 5 (kuat ingatan)

doa belajar

“Allahumma inni astaudi’uka ma ‘alimtanih. Fardudhu ilaiya ‘inda hajati ilaihi. Wala tansanihi ya rabbal ‘alamin”

Maksudnya: “Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu atas apa yang telah kau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah ia jika aku memerlukannya, janganlah Engkau membuat aku melupakannya wahai Tuhan Sekalian Alam.”

10 tokoh ilmuan Islam yang boleh dijadikan contoh

Ada ramai tokoh Islam yang membawa panji kebenaran dan ilmunya memenuhi muka bumi diantaranya ialah seperti:

1. Imam Syafi’e

Imam Syafi’e adalah ulama besar yang lahir di Gaza, Palestin. Beliau adalah pendiri Mazhab Syafi’e dan tergolong salah seorang kerabat dari Rasulullah SAW.

Naskah karangannya yang cukup popular adalah “Ar risalah” buku pertama tentang usul fiqh dan kitab “Al Umm” yang berisi mazhab fiqhnya yang baru. Cukup terkenal dalam sebagai mujtahid mutlak, imam fiqh, hadis, dan usul.

2. Imam Ahmad Ibn Hajar Al-Asqalani

Imam Ahmad adalah tokoh hadis yang sangat disegani dan merupakan ulama besar bermazhab Syafi’e. Beliau lahir di pinggiran Sungai Nil, Mesir.

Memiliki sifat yang terpuji untuk diteladani seperti bercita-cita tinggi, cerdas, pintar bersyair, dan menjadi pemimpin agama. 

3. Imam Nawawi

Nama Imam Nawawi sudah tidak asing lagi dalam dunia hadis. Beliau dilahirkan di Damsyik, Syiria.

Terkenal sebagai pengarang kitab-kitab hadis seperti Syarah Sahih Muslim, Syarah Bukhari, Syarah Sunan Abu Daud, Hadis 40, Riyaadhus-Shaalihin dan banyak lagi.

4. Imam Al-Qurtubi

Dikenali sebagai ahli tafsir yang lahir di Cordova (Sepanyol) itulah dia Imam Al-Qurtubi. Ulama yang soleh, warak, arif, dan zuhud.

Menghabiskan sepenuh hidup dalam memberi bimbingan, beribadah, dan menulis. Sumbangan terbesar karangannya untuk dipelajari dan dikaji adalah kitab tafsir al-Jami’ li Ahkami al-Quran.

5. Imam Ibn Hajar Al-Haitami

Ulama yang sangat mahir dalam bidang Fekah beliau adalah Imam Ibn Hajar Al-Haitami. Banyak menghasilkan buah karya seperti kitab al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir. 

Beliau juga banyak merungkai masalah Fekah Mazhab Syafi’e di Nusantara khususnya di Indonesia dan Malaysia.

6. Imam Al-Hujjah Zakariyya Al-Ansari

Imam Al-Hujjah Zakariyya Al-Ansari sangat banyak menghasilkan anak-anak murid yang menjadi tokoh dalam pelbagai bidang. Sejak kecil beliau sudah terdedah dengan ilmu agama, mahir membaca Al-Quran, dan mempelajari pelbagai jenis kitab.

Imam Zakariyya menghabiskan zaman mudanya di Masjid Al-Azhar dan menerjuni lautan ilmu yang luas seperti Akidah, Fekah, usul-fiqh, faraid, hadis, ilmu logika, ilmu akhlak dan banyak lagi.

Berkat kesungguhannya itu, jawatan ketua hakim pada era pemerintahan Dinasti Qaitbay telah disandang oleh beliau.

7. Imam Abu Bakar Baqilani

Imam Abu Bakar Baqilani lahir di Kota Basrah, Iraq. Kerana memiliki kecerdasan, kejeniusan, ketajaman analisis dan keluasan ilmunya, beliau pernah dilantik menjadi al-qadhi (hakim), diutus ke raja Romawi sebagai diplomat, dan pendebat

8. Imam Nasafi

Hampir ke semua bidang ilmu Imam Nafasi mampu kuasi seperti fekah, usul fekah, akidah, teologi, dan tafsir. Beliau cukup terkanals ebagai mufasir atau ahli hadis yang sangat teliti dalam menafsir Al-Quran.

Malah, sebahagian besar karyanya menjadi buku pelajaran wajib di universiti Islam tertua iaitu Universiti al-Azhar, Mesir.

9. Imam Syarbini

Imam Syarbini terkenal di kalangan penuntut ilmu sebagai pengarang kitab Fekah, Al-Iqna’. Mendapat pendidikan awal dalam mempelajari al-Quran, nahu, saraf, fiqh, tauhid, akhlak, sejarah Islam dan lain-lain.

Walaupun sangat mahsyur dengan sikapnya yang warak, zuhud, dan banyak beribadah, beliau tetap beriktikaf di masjid sepanjang Ramadan.

10. Abu Hayyan al-Nahwi

Salah satu ahli tafsir terkemuka adalah Abu Hayyan Al-Nahwi. Lahir di Granada, Sepanyol. Apa yang unik pada Abu Hayyan, sejarah hidupnya masih dikenang sehingga hari ini.

Adab dalam menuntut ilmu

doa belajar
  • Menghormati guru
  • Niat kerana Allah SWT
  • Sentiasa berdoa meminta bantaun dan kemudahan
  • Selalu bersungguh-sungguh
  • Menjauhi maksiat
  • Rendah hati
  • Amalkan ilmu yang dipelajari

Kesimpulan

Diharapkan perkongsiaan mengenai doa belajar ini dapat memberikan manfaat untuk semua pembaca. Semoga Allah SWT memudahkan urusan pembelajaran dan memberikan kemudahan memahami apa yang dipelajari.

Rujukan

  1. Al-Ghazali, I. (2015). RIngkasan Ihya’ Ulumuddin. Batu Caves: Al-Hidayah
  2. Abdullah, W. S. (2019). Khulasah Faham Ilmu: Kitab Al-‘Ilm Imam Al-Ghazali. Kuala Lumpur: Pertubuhan Pendidikan Futuwwah
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113