Doa Selepas Azan & Iqamat (Dalam Rumi) Ringkas & Mudah Hafal

Setiap kali selepas mendengar azan berkumandang, kita amat digalakkan untuk berdoa.

Bahkan bagi setiap kalimah doa selepas azan mempunyai makna yang tersendiri, dan menunjukkan rasa keagungan umat Islam terhadap Allah SWT.

Amalan doa selepas azan tsabit dengan hadis Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa  Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.” – (Sahih Bukhari: 614)

Apa itu azan dalam Islam?

Dari segi bahasa, azan beerti pemberitahuan atau seruan. Manakala dari segi syarak pula bermaksud adalah seruan atau laungan yang dilafazkan untuk memberitahu umat Islam bahawa sudah masuk waktu solat.

Lafaz azan untuk solat

Allahu akbar
Allahu akbar

Ash hadu alllailaha illallah
Ash hadu alllailaha illallah

Ash hadu anna Muhammadan rasulullah
Ash hadu anna Muhammadan rasulullah

Hayya ‘alas salah
Hayya ‘alas salah

Hayya ‘alal falah
Hayya ‘alal falah

Allahu akbar
Allahu akbar

La ilaha illallah
La ilaha illallah

Maksudnya:Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah. Marilah mendirikan solat. marilah mendirikan solat. Marilah kepada kejayaan. Marilah kepada kejayaan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.”

Bagi azan solat subuh, terdapat sebuah kalimah yang perlu ditambah selepas kalimah “Hayya ‘alal falah”:

“As salatu khayru min an naum”

Maksudnya: “Solat itu lebih baik daripada tidur.”

Bacaan doa selepas azan

“Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqama mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad”

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”

Cara jawab azan

  • Kalimah Hayya ‘alas salah hendaklah dijawab dengan La Haula wala quwwata illa billah yang bermaksud, tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
  • Kalimah Hayya ‘alal falah hendaklah dijawab dengan La Haula wala quwwata illa billah yang bermaksud ,tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
  • Kalimah Assalatu khayru min an naum hendaklah dijawab dengan sodaqta wa bararta yang bermaksud. benar dan Engkau mendapat kebaikan.

Kelebihan melaungan azan

Abu Hurairah RA menyatakan Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung dalam seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan dengan undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari hadis ini, kita dapat lihat bahawa lafaz azan itu mempunyai banyak manfaat, dan kelebihannya. Bahkan kepada yang melaungkan azan juga iaitu muazzin akan mendapat manfaat yang banyak darinya.

1. Untuk mengusir syaitan

Abu Hurairah RA memberitahu Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: “Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil terkentut-kentut sehingga dia tidak mendengar azan lagi. Apabila sudah selesai azan, dia datang semula. Apabila diserukan iqamah, dia melarikan diri, apabila selesai iqamah dia datang kembali untuk mengganggu (membisikkan) bisikan ingatlah itu dan ini. Sehingga seseorang itu tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang mengalami demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) ketika dia masih duduk.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Muazzin sebagai pemimpin pada hari kiamat

Daripada Mu’aqiyah bin Abu Sufyann RA ada mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Perkataan “panjang leher” yang dimaksudkan oleh Ibnu Majah adalah merujuk kepada ketua atau pemimpin.

Kesimpulan

Lazimkan diri untuk menjawab seruan azan, dan berdoa selepasnya. Semoga dengan amalan tersebut dapat menjadikan kita insan yang sentiasa tawaduk dalam melakukan ibadah.

Rujukan

  1. Doa Selepas Azan, Lafaz Azan & Cara Jawab Azan. Nadz.my
  2. Al-Kafi #767: Adakah Anda Doa Selepas Iqamah Sebagaimana Doa Selepas Azan?. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113