Doa Tahlil Rumi Umum

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi mengenai doa tahlil rumi dalam teks arab, teks rumi, berserta terjemahannya juga.

Teks doa tahlil arab

Teks doa tahlil rumi

Allahamdulillah hirab bil a’lamin. Hamdan yu wafi ni ‘amahu wa yukafiu’ mazidah. Ya rabbana lakal hamdu kama yam baghi lija lali wajhika wa ‘azimi sultonik. Allahumma solli wasallim ‘ala sayyidina muhammadin solatan tunjina biha min jami ‘al ahwali wal afat. Wataq dhi lana biha min jami ‘e alhaja ti watu tohhiruna biha min jamil ‘is sayyiat. Watar fi ‘una biha ‘in daka ‘a lad darojat. Watubal lighuna biha aq dol ghoya ti min jami ‘al khoirati fil hayati waba’ dal mamat. Subhanaka la tuh si sana an ‘ala alaika kama as nayta ‘ala nafsika. Falakal hamdu.

Hatta tardho walakal hamdu iza ro dhita walakal hamdu ba’ dar ridho. Allahumma solli wasallim ‘ala sayyidina muhammadin fil awwalin. Wasolli wasallim ‘ala sayyidina muhammadin fil a khirin. Wasolli wasallim ‘ala sayyidina muhammadin fil malail ‘ala ila yaw middin. Wasolli wasallim ‘ala sayyidina muhammadin hatta tarisal ardho wamin ‘alaiha wa anta khorul wa risin. Allahumma aj ‘al waaw sil wata qobbal sawa bama qora’na hu minal qur anil ‘azim. Wama qul na hu min ya Allah. Wama sollayna hu ‘alannabiyyin muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallama fi ha zihissa ‘atil mubarokatihi haziyyatam minna wa silatan warahmatan minka nazilatan wabarokatan syamila.

Waso daqotan mutaqobbalatan nuqoddimuha wanuh diha ila hadroti sayyidina muhammadin rasulillahi sollallahu ‘alai hi wasallam. Summa ila arwahi azwajihi wazurriyyatihi waashabihi wattabi ‘ina wata bi ‘it bi ‘inalahum bihihsa nin ila yaqmiddin. Allahumma aj ‘alhu fika kallahum minnar. Wanaja tallahum minnar. Wasitrallahum minnari wafida an wa’ fu anhum (3 kali). Summa sawa ban misla sawabi zalika ila arwahi walidina wamasya ekhina wawalidihim wamasya ikhihim wajami ‘il muslimina mim masya riqil ardho ila maghoribiha. Allahumma aj ‘alna fi soha ifina wasoha ifi walidina wassa datil ha dhirina wawalidinhim ‘ummal jami’.

Birrahmai warridwan. Wa ad khilna waiyya hum fi fasihil jinan. Ya hannanu yamannanu yabadi ‘ussamawati wal ard. Ya zal jalali wal ikram. Allahumman qul hummin dhiqil qobri wawallahud. Ila jannatika janna til khuludi. Ila zillin mamdud. Wama immas kub. Wafakihatin kasiratin la maq dhu ‘atin wala mamnu ‘ah. Wafurusyim marfu ‘ah Ma ‘allazina an ‘am ta ‘alaihim minnanbiyyina wasiddiqin. Washu hada i wassolihin. Wahasuna ula ika rofiqon ya arhamarrahimin. Wasallahu ‘ala sayyidina muhammadin. Wa’ala alihi wasohbihi wasallam. Walhamdulillahi rabbil ‘alain.

Terjemahan doa tahlil

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.

Wahai Tuhan kami, kepadaMu tertumpu segala pujian sebagaimana layak bagi kebesaran pemerintahanMu. Ya Allah, kami pohonkan selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sebagai selawat yang melepaskan diri kami dari bala bencana, Tunaikanlah ya Allah segala hajat kami, dan selawat itu engkau bersihkan kami dari segala keburukan dan Engkau angkatkan kami disisiMu setinggi darjat dan Engkau sampaikan ke hujung harapan dan cita-cita kami dari segala kebaikan semasa kami hidup dan selepas mati.

Maha suci Engkau ya Allah, kami tidak dapat mengira pujian kami ke atasMu sebagaimana Engkau puji ke atas diriMu, maka kepadaMu segala pujian sehingga Engkau redhai dan untukMu pujian apabila Engkau redha dan untukMu pujian selepas Engkau redha. Ya Allah pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di permulaan dan pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di hari penghabisan dan pohon selawat ke atas Nabi Muhammad setinggi-tingginya sehingga hari kiamat dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sehingga diwarisi bumi dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris.

Ya Allah jadikanlah, sampaikanlah dan terimalah pahala bacaan yang kami baca daripada kitab Al-Quran yang agong, dan pahala bacaan yang kami tahlilkan dari “La ilaha illallah” dan pahala bacaan istighfarnya dan pahala bacaan zikir dari sebutan “Ya Allah” dan pahala selawat dan salam kami ke atas Nabi Muhammad pada

saat yang berkat ini sebagai hadiah dari kami sebagai penghubung dan ia sebagai rahmat dariMu yang turun membawa berkat yang meliputi, juga sebagai sedekah yang diterima, dikemukakan dan dihadiahkan kehadrat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. kemudian kepada roh-roh para isterinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan tabiin, tabi’ tabiin bagi mereka kebaikan hingga hari kiamat.

Ya Allah, jadikan selawat itu pemisah, penyelamat, pendinding dan penebus mereka dari api neraka. Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, sihatkanlah dan maafkanlah mereka. Kemudian berikanlah pahala sedemikian juga kepada roh-roh ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa dan guru-guru kepada ibubapa kami seterusnya sekelian orang Islam dari timur ke barat.

Ya Allah, jadikanlah kami dan rakan-rakan kami dan rakan ibubapa kami juga dengan sekelian yang hadir dan ibubapa mereka semuany berada dalam rahmat dan kasih sayang. Masukkan kami dan mereka ke dalam syurgaMu yang saujana luas, Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, penganugerahan yang mengindahkan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Ya Allah, pohon pindahkan dari mereka kesempitan lubang kubur dan lahad kepada syurga abadiMu, kepada naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk bersama orang-orang yang mendapat nikmat yang terdiri dari para-para Nabi, siddiq, syahid, orang-orang Solih dan Orang-orang yang mendampingi mereka dengan baik, Wahai Tuhan Yang Amat Kasih Sayang.

Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

Kesimpulan

Diharapkan doa tahlil ini dapat memberikan kita semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat khususnya untuk mendoakan mereka yang telah pun meninggal dunia.

Rujukan

  1. Tahlil Ringkas & Doa Tahlil Arwah (Panduan Lengkap Rumi. Aku Islam.com
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113