Ketahui Fungsi Braces & Jenis Gigi Yang Boleh Pakai Braces

Braces atau pendakap gigi adalah merupakan sejenis alat yang digunakan oleh pakar pergigian untuk pesakit yang mempunyai masalah kedudukan atau susunan gigi yang tidak betul. 

Tujuan pemakaian braces adalah untuk membetulkan kedudukan gigi bagi memudahkan proses membersihkan gigi, mengelakkan masalah yang boleh menyebabkan kesukaran makan serta merubah penampilan menjadi lebih baik dan pelbagai lagi. 

Jenis Gigi Yang Boleh Pakai Braces 

 jenis gigi yang boleh pakai braces

Mengenal pasti jenis gigi adalah perkara yang penting untuk memastikan tujuan pemakaian braces tercapai. Biasanya pemakaian pendakap gigi adalah disyorkan bermula sejak kecil. 

Berikut ialah jenis gigi yang boleh pakai braces bahkan digalakkan untuk memakai braces agar gigi dapat berfungsi sebaiknya;-

  • Jenis gigi yang terlalu senget atau rapat.
  • Jenis gigi yang tidak teratur menyebabkan kesukaran untuk memberus atau flos 
  • Individu yang mempunyai masalah selalu tergigit lidah dengan gigi disebabkan aturan gigi yang tidak betul
  • Jenis gigi yang menyebabkan seseorang tidak boleh menutup mulut dengan betul
  • Jenis  gigi yang menyukarkan untuk menyebut perkataan atau bunyi tertentu
  • Jenis gigi yang menyebabkan rahang berbunyi ‘klik’ ketika mengunyah atau semasa bangun tidur dan menimbulkan rasa sakit
 jenis gigi yang boleh pakai braces

Jenis Gigi Yang Tidak Boleh Pakai Braces 

Sebenarnya tidak ada gigi yang tidak sesuai untuk memakai braces. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Contohnya seperti; 

Individu yang mempunyai gigi reput tidak sesuai menggunakan braces kerana akan menyebabkan gigi reput dan rosak dengan lebih cepat. Hal ini kerana, sisa makanan yang tersangkut di kawasan tersebut akan berkumpul dan meningkatkan risiko gigi reput dan penyakit gusi. 

 jenis gigi yang boleh pakai braces

Selain itu, individu yang mempunyai alahan terhadap besi atau getah juga tidak boleh memakai braces kecuali menggunakan bahan yang berbeza. 

Perkara yang paling utama adalah anda perlu lakukan konsulatasi bersama doktor gigi yang bertauliah untuk memastikan anda mendapatkan rawatan dan hasil yang terbaik. 

Jangan terpedaya dengan harga braces yang murah kerana kemungkinan ia dilakukan oleh doktor gigi yang tidak bertauliah. Pemasangan braces yang tidak betul boleh menyebabkan berlakunya masalah yang lebih besar seperti gigi semakin teruk, berlakunya jangkitan dan sebagainya.

Sumber: https://hellodoktor.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161