Fungsi Niacin, Kegunaannya & Kesan Sampingan
Fungsi Niacin
Niacin adalah merupakan sejenis vitamin yang juga dikenali sebagai Vitamin B3.
Fungsi niacin antaranya ialah untuk merendahkan kolesterol, trigliserida (lemak) di dalam darah Dan juga untuk mengelakkan daripada tubuh badan kita kekurangan vitamin B3 semulajadi.
Selain itu, ia turut digunakan untuk membantu mengurangkan risiko serangan jantung terutamanya bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi dan pernah mengalami serangan jantung sebelum ini. Ia juga boleh digunakan untuk merawat penyakit arteri koronari.
Anda boleh mendapatkan kebaikan vitamin b3 ini secara semulajadi melalui pemakanan, contohnya, pengambilan sayur-sayuran & buah-buahan termasuk avocado, kacang tanah, bijirin penuh, cendawan, kacang hijau, kentang dan juga protein seperti daging ayam ikan dan telur.
Untuk mengetahui lebih banyak fungsi niacin bagi membantu merawat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan, anda boleh rujuk mana-mana pakar perubatan.
Kebaikan Niacin
Berikut ialah beberapa kebaikan pengambilan vitamin b3 (niacin);
- Meningkatkan kolesterol HDL (baik) anda
- Mengurangkan kolesterol LDL (buruk) LDL anda
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu merawat diabetes jenis 1
- Meningkatkan fungsi otak
- Meningkatkan kesihatan kulit
Gejala Kekurangan Niacin (Vitamin B3) Dalam Tubuh
Ini adalah beberapa gejala yang menunjukkan bahawa tubuh anda kekurangan vitamin ini, antaranya ialah:-
- Ruam kulit atau perubahan warna
- Warna lidah kelihatan merah terang
- Muntah-muntah
- Sembelit atau cirit-birit
- Kemurungan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Hilang ingatan
- Hilang selera makan
Cara Pengambilan Niacin
Terdapat dua cara pengambilan vitamin ini iaitu melalui tablet/kapsul/pil dan cecair.
Untuk niacin dalam bentuk tablet/kapsul/pil, masukkan ke dalam mulut seperti pengambilan pil yang lain. Elakkan untuk menghancurkan pil tersebut. Minum air untuk membantu pengambilan pil tersebut.
Niacin dalam bentuk cecair pula boleh diambil menggunakan sudu pengukur berlabel atau penutup botol yang berlabel untuk mengukur sukatan yang betul.
Kesan Sampingan
Terdapat beberapa kesan sampingan pengambilan vitamin B3 ini bergantung pada tahap ketahanan tubuh seseorang.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti dibawah, sila pastikan anda segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran anda. Namun, tidak semua individu akan mengalami simptom yang sama.
Simptom-simptom yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Pening sehingga rasa nak pitam
- Cirit birit
- Batuk semakin teruk
- Degupan jantung yang laju
- Loya, muntah, sakit di bahagian kanan atas perut
- Keletihan melampau seperti kekurangan tenaga
- Kencing berwarna gelap, najis berwarna cerah
- Pendarahan luar biasa atau lebam-lebam
- Hilang selera makan
- Kekuningan di bahagian kulit atau mata
- Simptom seperti flu
- Gatal-gatal, ruam, rasa tergaru-garu
- Kesukaran bernafas atau menelan
- Bengkak di bahagian muka, tekak, lidah, bibir, mata, tangan, kaki, tumit, atau bahagian bawah kaki.
- Kekeringan tekak
- Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan, lembut, atau lemah
Kemungkinan ada juga yang mengalami kesan sampingan yang tidak dinyatakan di atas. Apa-apapun pastikan anda segera berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami sebarang simptom selepas pengambilan vitamin ini.
Sumber: https://hellodoktor.com/