Gagap: Kenali Gejala, Punca Dan Cara Merawatnya

MAKSUD GAGAP, PUNCA DAN CARA MERAWATNYA

Adakah anda atau anak anda sering tersekat-sekat semasa bercakap atau anak anda kerap mengulangi suku kata dan perkataan yang sama semasa bercakap?

Jika ya, seringkah anda tertanya-tanya sama ada ini merupakan simptom kegagapan?

Gagap ialah keadaan di mana pertuturan menjadi tidak lancar atau tersekat-sekat.

Kebiasaannya, kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun mengalami tempoh kegagapan dalam proses perkembangan bahasa mereka. Semasa bercakap mereka sering tersekat-sekat, mengulangi suku kata, perkataan atau ayat, pemanjangan sesuatu bunyi perkataan atau berhenti ketika bercakap. Ini bukanlah fenomena luar biasa. Hampir 5% kanak-kanak mengalami kegagapan normal pada usia ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kondisi ini.

Maksud

Gagap merupakan tingkah laku atau cara percakapan yang tidak normal.

Seseorang yang mengalami gagap akan sering berhenti bercakap di antara suku kata , rasa sukar untuk mengeluarkan kata-kata dan sentiasa mengulangi perkataan yang ditutur.

Mereka sering kehilangan kata-kata ketika sedang berbual.

Orang yang memiliki gangguan gagap pertuturan akan mengalami kesulitan bertutur yang disertai dengan gerakan fizikal seperti sukar untuk bernafas, mata berkedip-kedip, mulut bergetar dan ekspresi wajah yang kurang selesa untuk berbicara.

Diagnosis

Penyakit gagap dikelasifikasikan di bawah gangguan komunikasi. Ini termasuk pola waktu pertuturan yang tidak sesuai untuk usia penghidap yang memiliki ciri-ciri berikut: pengulangan bunyi yang sama, bunyi “aaaaa” yang berpanjangan , terhenti ketika berkata-kata ,dan sentiasa merasa resah untuk mengeluarkan kata-kata kerana bimbang akan kelihatan tidak normal di hadapan orang lain.

Ada beberapa keadaan gangguan gagap yang memerlukan bantuan Speech-language pathologist (SLP) yang tersertifikasi untuk mendiagnosis gangguan gagap terhadap seseorang.

Kriteria diagnosis orang yang memiliki penyakit gagap adalah:

  1. Gangguan kefasihan dan pola waktu pertuturan (tidak sesuai mengikut usia individu), atau sering terjadi satu tanda-tanda berikut:
    • Pengulangan bunyi atau suku kata
    • Bunyi “aaa” yang berpanjangan
    • Sering mencelah perbualan orang lain
    • Pemutusan kata (contohnya tiba-tiba terdiam ketika sedang berbicara )
    • Perbualan yang tidak jelas. Kadangkala bertutur dengan kuat, kadangkala bertutur dengan nada yang perlahan.
    • Circumlocutions (Sentiasa mengelak untuk menyebut perkataan yang sukar)
    • Kata-kata yang ditutur dalam keadaan yang tidak tenang dan resah.
    • Pengulangan seluruh kata satu suku kata
  2. Gangguan kefasihan dalam pertuturan akan mengganggu pencapaian akademik pekerjaan, atau komunikasi sosial.
  3. Terdapat penurunan fungsi saraf motorik atau sensorik dalam berbicara.
Gagap

Gejala

Seseorang yang mempunyai gangguan gagap akan bertutur secara tersekat-sekat dan sering berhenti atau mengulangi suku kata. Orang yang memiliki gangguan gagap juga sering melakukan pelbagai gerakan fizikal yang menunjukkan usahanya untuk berbicara.

Kecemasan dan keresahan adalah kondisi psikologi yang cukup umum untuk dikaitkan dengan dengan orang yang mengalami gangguan gagap. Oleh kerana itu, orang yang memiliki gangguan gagap akan sentiasa mendiamkan diri kerana merasa mereka akan kelihatan pelik apabila mengeluarkan kata-kata. Mereka berasa takut menerima respon yang negatif daripada orang lain. Kebanyakan orang yang gagap juga merupakan seorang yang pendiam.

Cara Mengatasi Gagap

Terapi perilaku merupakan salah satu terapi untuk mengatasi permasalahan gagap.

Jika kita bertemu dengan mereka, yakinkan mereka bahawa penyakit yang mereka hadapi itu adalah perkara yang boleh diubah.

Yakinkan mereka supaya mereka tidak berasa rendah diri dan malu dengan diri sendiri. Terapi pertuturan juga boleh dilakukan untuk membantu kecepatan bicara.

Apa yang penting, mereka perlu melatih diri dengan bercakap seorang diri di hadapan cermin dan di hadapan rakan-rakan yang memahami permasalahan mereka.

Cara Mencegah Gagap

Hingga saat ini masih belum diketahui punca yang menyebabkan seseorang menjadi gagap. Orang yang memiliki masalah ini hanya memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang sekeliling untuk mleatih diri mereka menjadi normal.

Jangan sesekali menjadikan keadaaan mereka sebagai ‘bahan’ untuk anda mengeji atau mengetawakan mereka.

Sekiranya keadaaan terlalu serius, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar psikologi untuk mengetahui tahap permasalahan gagap anda.

Sumber: Alodokter

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: