Gangguan Skizofernia Kanak-Kanak, Adakah Penyakit Keturunan?

Gangguan Skizofernia, Adakah Penyakit Keturunan?

Skizofrenia merupakan gangguan kesihatan mental yang cukup serius. Kondisi ini memiliki gejala, seperti delusi, halusinasi, dan perilaku yang tidak nomal. Keadaan ini akan mengganggu aktiviti harian, bahkan akan menyebabkan masalah dari segi sosial.

Oleh kerana penyakit ini berhubungkait dengan kesihatan fungsi otak, ramai yang beranggapan bahawa Skizofrenia merupakan penyakit yang datang daripada keturunan.

Ini bermakna, jika Anda berkahwin dengan penghidap penyakit tersebut, zuriat akan berisiko mengalami kondisi yang serupa.

Benarkah demikian? Apa kata pakar mengenai  skizofrenia akan turun kepada keturunan? Mari kita ketahui faktanya!

Baca juga: Jenis Gangguan Mental OCD yang Perlu Anda Tahu

Adakah Skizofrenia Akan Menurun kepada anak kita?

Menurut dr. Muhammad Iqbal Ramadhan menerusi laman Aldokter, ada beberapa faktor yang boleh mengakibatkan seseorang memiliki gangguan mental skizofrenia. Salah satunya adalah faktor genetik iaitu keturunan.

“Faktor berlakunya skizofrenia boleh berlaku menerusi kondisi genetik,” jelas dr. M. Iqbal.

Menerusi  Healthline, keluarga utama seperti ibubapa atau adik-beradik kandung yang mengalami skizofrenia berisiko 10 peratus lebih tinggi untuk memiliki anak yang memiliki kondisi yang sama.

Risiko melahirkan anak dengan skizofrenia boleh melonjak sehingga 50% jika kedua ibubapa didiagnosis mengalami kondisi tersebut. 

Risiko ini boleh berubah menjadi purata 40–65 peratus jika anda berkahwin dengan kembar identik yang telah didiagnosis dengan kondisi skizofrenia.

Untuk lebih jelas, faktor genetik terbukti telah dapat menjadi salah satu perkara yang meningkatkan risiko skizofrenia. Namun demikian, ibubapa yang tidak memiliki sejarah skizofrenia pula tidak mustahil melahirkan anak dengan gangguan mental tersebut. 

Diagnosis dan Rawatan Skizofrenia kepada kanak-kanak

Seorang anak yang memiliki gejala skizofrenia perlu mendapatkan rawatan kesihatan mental dan rawatan ubat secara menyeluruh. 

Seorang psikitari atau doktor pakar mental boleh mendiagnosis skizofrenia kepada kanak-kanak mahuupun remaja. 

Tenaga profesional tersebut akan melakukan evaluasi kesihatan mental dengan memberikan rawatan yang tepat kepada anak yang mengalami kondisi tersebut.

Rawatan yang perlu dilakukan bergantung kepada gejala, usia, dan kondisi kesihatan anak secara umum. 

Dalam beberapa kes, rawatan skizofrenia kepada anak juga perlu diatasi dengan terapi kombinasi untuk meredakan gejalanya. Beberapa terapi yang dimaksudkan adalah:

  • Ubat

Ubat-ubatan yang diberikan bertujuan untuk mengurangkan delusi dan halusinasi (antipsikotik). Ubat khusus ini hanya bertujuan untuk mengurangkan keadaan gejala, namun tidak boleh menyembuhkan skizofrenia secara penuh.

Doktor atau psikitari biasanya akan memberikan ubat yang boleh membuatkan  mood menjadi  stabil, seperti lithium dan  valproat, terutamanya pada tahap awal penyakit tersebut.

  • Terapi Individu dan Keluarga

Terapi ini sangat diperlukan untuk kanak-kanak yang memiliki gangguan mental, termasuk skizofrenia. 

Terapi perlu dilakukan agar anak anda berasa sentiasa mendapat sokongan untuk perkembangan pemikiran dan perilaku ke arah yang lebih positif. 

  • Program Pendidikan atau Terstruktur Khusus 

Kanak-kanak yang mengalami skizofrenia mungkin berasa sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah. 

Oleh kerana itu, mereka mungkin memerlukan sekolah khusus yang boleh memberi fokus kepada latihan keterampilan sosial serta terapi berbicara mahupun bahasa.

Jangan ambil mudah sekiranya anak anda mengalami gejala yang terarah kepada penyakit mental. Segera dapatkan rawatan pakar supaya kesihatan mental dan kesejeahteraan mereka terjamin.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: