Anda Ada Gastrik Teruk? Ketahui Mengapa Ia Berlaku Dan Cara Mengatasinya

Anda mempunyai masalah gastrik teruk? Tidak dinafikan, gastrik boleh menyebabkan kita rasa sakit yang amat sangat, terutamanya jika kita terlepas waktu makan. Gastrik yang teruk juga boleh membuatkan kita tidak berdaya untuk melakukan kerja harian.

Tetapi, mengapakan gastrik berlaku? Menurut WebMD, gastrik sebenarnya adalah sejenis inflamasi, iritasi atau hakisan yang berlaku pada dinding perut. Kondisi ini boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau berpanjangan (kronik).

Mari ikuti artikel kami untuk ketahui punca, simptom dan juga rawatan untuk masalah gastrik teruk.

Mengapa saya mengalami gastrik teruk?

gastrik teruk

Untuk pengetahuan anda, ada banyak penyebab yang boleh menjadi punca gastrik. Membiarkan perut kosong dalam satu tempoh yang lama atau makan terlalu banyak makanan yang pedas boleh menyebabkan anda mengalami gastrik teruk.

Bukan itu sahaja, stres dan masalah kegelisahan (anxiety) juga boleh menjadi punca gasrik. Namun, kadangkala, gastrik juga boleh terjadi disebabkan anda tidak mengunyah makanan dengan baik.

Pengambilan alkohol yang berlebihan, kerap muntah atau pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin boleh menyebabkan anda diserang gastrik.

Namun, bukan itu sahaja yang boleh menyebabkan anda gastrik teruk. Ada lagi punca lain seperti:

  1. Jangkitan bakteria helicobacter pylori. Bakteria ini tinggal pada lapisan mukus yang melapisi perut. Tanpa rawatan, jangkitan ini akan menyebabkan ulser pada perut dan juga pembentukan kanser perut.
  2. Asid refluks. Hempedu masuk ke dalam perut tanpa sengaja juga boleh menyebabkan gastrik.
  3. Jangkitan yang berlaku disebabkan bakteria dan virus.

Jika gastrik tidak dirawat dengan betul, ia boleh menyebabkan kecederaan pada lapisan perut. Malah, pesakit juga boleh kehilangan darah dengan banyak. Jika dibiarkan, ia boleh bertukar menjadi kanser.

Apakah simptom-simptom gastrik?

gastrik teruk

Simptom gastrik berbeza mengikut individu. Malah, ada juga orang yang tidak mengalami simptom.

Walau bagaimanapun, antara simptom-simptom lazim gastrik ialah:

  1. Rasa loya dan sering tidak sedap perut.
  2. Perut kembung.
  3. Sakit perut.
  4. Muntah-muntah.
  5. Ketidakhadaman.
  6. Rasa panas perut pada waktu malam.
  7. Sering tersedu.
  8. Tidak lalu makan.
  9. Muntah darah atau sesuatu yang menyerupai serbuk kopi.
  10. Tinja yang berwarna hitam.

Jika anda mengalami simptom di atas, berjumpalah doktor untuk rawatan lanjut. Doktor boleh menentukan punca penyakit ini serta mencadangkan rawatan yang bersesuaian.

Apakah rawatan untuk gastrik?

Rawatan untuk penyakit gastrik berbeza mengikut individu dan punca yang menyebabkannya. Selalunya, rawatan untuk gastrik ialah:

  1. Pengambilan antasid dan ubat-ubatan lain untuk mengurangkan asid perut.
  2. Elakkan pengambilan makanan panas dan pedas.
  3. Untuk gastrik yang berlaku disebabkan jangkitan H. pylori, doktor akan memberikan antibiotik dan juga ubat untuk pedih ulu hati.
  4. Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan iritasi seperti produk tenusu atau gluten dalam diet seharian
  5. Jika gastrik berlaku disebabkan anemia, doktor mungkin akan memberkan suntikan vitamin B12.
  6. Jika gastrik yang berlaku disebabkan ulser, doktor akan memberikan ubat untuk mengurangkan asid perut.

6 Cara untuk mengelakkan gastrik teruk

gastrik teruk

Ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan simptom gastrik.

Menurut WebMD, perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan yang sihat boleh membuatkan kesakitan yang disebabkan oleh gastrik semakin berkurang. Sebagai contoh, anda boleh:

  1. Makan dengan kerap, tapi dalam jumlah yang sedikit. Jika anda mempunyai masalah pencernaan, pengambilan makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil sebanyak 5 atau 6 kali sekali mungkin dapat membantu.
  2. Jangan tunda waktu makan. Makan pada waktu yang sama setiap hari untuk mengelakkan gastrik teruk.
  3. Kurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan iritasi. Jangan terlalu kerap makan makanan yang pedas, berminyak, masam atau berlemak.
  4. Kurangkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol yang terlalu banyak boleh melemahkan lapisan perlindungan dalam perut. Akibatnya, anda akan lebih berisiko mengalami ulser.
  5. Berhenti merokok. Merokok bukan sahaja boleh menyebabkan kanser, ia juga akan meningkatkan penghasilan asid perut yang akan membuatkan gastrik anda menjadi semakin serius.
  6. Kawal stres dengan lebih baik. Bersenam atau lakukan perkara yang anda sukai pada hujung minggu. Lakukan latihan pernafasan supaya anda lebih tenang dalam menjalani kehidupan seharian.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: