Goodies Kahwin, Exclusive Tapi Murah. Berbaloi Sangat!

Goodies kahwin atau doorgift adalah merupakan salah satu elemen pelengkap majlis. Ia merupakan tanda penghargaan kepada tetamu yang sudi hadir ke majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Walaupun tidak wajib, namun ibarat tak lengkaplah majlis tanpanya. 

Pelbagai jenis goodies yang anda boleh berikan lebih-lebih pada masa kini, semuanya ada dihujung jari. Antara idea goodies yang sering menjadi pilihan pada zaman dahulu ialah telur rebus atau telur pindang. 

Namun, mengikut peredaran masa, biasanya ia diberikan mengikut peringkat umur, jantina, atau kedudukan. Hah, sekiranya anda masih tercari-cari goodies kahwin untuk majlis anda, sila teruskan membaca ya!

Goodies Kahwin, Nampak Exclusive Tapi Murah

  1. Handsanitizer
goodies kahwin

Walaupun sudah berada di fasa endemik, namun penggunaan handsanitizer masih lagi perlu. Dengan harga serendah rm1, anda sudah boleh dapatkannya secara borong di Shopee/Lazada. 

Dengan saiz yang kecil, ia mudah dibawa ke mana-mana dan sudah pasti menjadi kegemaran tetamu kerana boleh digunakan berminggu-minggu mengikut kadar penggunaan. Jimat dan berbaloi sangat!

  1. Tasbih Digital
goodies kahwin

Ini adalah merupakan salah satu idea goodies untuk pahala yang berpanjangan walaupun dah habis majlis. Ada banyak jenis set yang dijual termasuklah dibawah harga RM1, anda hanya perlu memilih dengan bijak mengikut bajet anda. Biasanya sudah datang sekali dengan kotak. Anda hanya perlu tampalkan nama  dan majlis anda di kotak tersebut.

Bayangkan setiap kali tetamu guna tasbih digital tersebut, anda turut mendapat pahala. Seronoknya!

  1. Dompet Duit Syiling
goodies kahwin

Dompet duit syiling juga merupakan salah satu goodies yang popular. Di dalam dompet tersebut boleh diisi dengan gula-gula atau lollipop. Mesti ibu-ibu suka punya!

Boleh dapatkan di Shopee/Lazada dengan harga borong. Murah pun murah. Corak pun banyak yang comel-comel dengan saiz yang pelbagai. Tapi kena beli awal okay supaya taklah lambat sampai atau habis stok nanti. 

  1. Makanan ringan 
goodies kahwin

Selain bunga telur, goodies makanan ringan juga sering dibuat. Anda hanya perlu beli beberapa jenis gula-gula, lollipop, keropok, coklat dan sebagainya. Kemudian, digabungkan menjadi satu goodies. 

Anda juga boleh buat kelainan dengan pemilihan makanan ringan. Contohnya, pilih makanan ringan yang dijual pada zaman sekolah dahulu kala. Pasti tetamu berasa teruja!

Kalau nak jimat, beli borong. Jangan beli sikit-sikit tau!

  1. Set Sudu Garpu
goodies kahwin

Bukan mak-mak sahaja yang suka, orang muda pun mesti suka. Terdapat pelbagai jenis set yang dijual sekarang. Dalam satu set tu biasanya akan dapat sudu, garpu, chopstick dan bekasnya sekali. Menarik kan?

  1. Pisau
goodies kahwin

Hah, jangan terkejut. Pisau pun boleh dijadikan goodies tau. Pisau ini sudah pasti akan digunakan dalam tempoh beberapa lama. Tapi pastikan anda letak pisau tu dalam bekas yang selamat. Kalau terkena orang, lain pula jadinya. 

  1. Pengetip Kuku
goodies kahwin

Pengetip kuku juga merupakan salah satu goodies yang ideal dan berguna. Harga pun murah dan biasanya datang sekali bersama kotak. Pastikan beli pengetip kuku yang berkualiti supaya dapat digunakan dengan baik. 

  1. Maggi cup
goodies kahwin

Kalau anda ada bajet lebih dan nak lain daripada yang lain, boleh jadikan maggi cup sebagai goodies kahwin anda. Mesti semua orang berebut nak. Siapa tahu dapat sponsor daripada Maggi hehe. 

Atau, bagi maggi bungkus pun okay. Letak dalam beg kertas bersama secawan air mineral kecil. Memang padu!

  1. Tuala
goodies kahwin

Sekiranya anda nak goodies anda kelihatan gebu, anda boleh jadikan tuala sebagai goodies. Anda juga boleh sulam tuala tersebut dengan nama anda dan pasangan sebagai tanda kenangan. Barulah nampak exclusive!

  1.  Cawan
goodies kahwin

Cawan dengan motif menarik juga amat exclusive untuk dijadikan goodies. Selain dibuat untuk minum, ia juga boleh dijadikan sebagai hiasan. Boleh juga lengkapkan sekali dengan pinggan macam gambar kat atas. Memang menarik!

Kesimpulan

Akhir kata, pemilihan goodies yang tepat amat penting agar tidak berlakunya pembaziran. Anda boleh bahagikan beberapa jenis mengikut kategori tetamu. 

Jangan lupa survey dahulu sebelum beli ya. Apapun, sebaiknya beli awal-awal supaya memudahkan anda. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161