Gula Perang VS Gula Putih, Mana Lebih Baik Untuk Kesihatan?
Gula perang merupakan sejenis manisan yang digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis masakan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, gula ini juga mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan!
Tetapi, mengapakah gula ini dikenali sebagai gula perang atau brown sugar? Brown sugar mengandungi sukrosa yang mempunyai molases. Secara puratanya, gula ini mengandungi 5% molases setiap kilogram.
Walaupun gula perang lebih sihat berbanding gula putih disebabkan kandungan molasesnya, gula ini mengandungi nutrisi yang lebih rendah. Namun, kandungan kalorinya juga lebih rendah berbanding gula putih di pasaran.
Tambahan lagi, ia mempunyai pelbagai mikronutrien seperti zat besi, kalsium, potassium, zink, dan vitamin B6 yang sangat penting untuk badan.
Dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan perbezaan gula biasa dan gula perang serta manfaatnya terhadap kesihatan.
Beza gula perang dan gula putih
Gula perang digunakan secara meluas untuk penghasilan kek, sos, gula-gula dan sebagainya disebabkan sifatnya yang lebih ringan dan berwarna keemasan.
Manakala, gula putih pula digunakan untuk masakan, pemanis minuman dan juga kegunaan harian.
Pemilihan antara dua jenis gula ini bergantung kepada citarasa anda. Kedua-dua jenis gula ini cuma mempunyai beza dari segi rasa dan warna. Malah, kandungan nutrisinya juga tidak jauh beza.
Tidak dinafikan, gula merupakan punca utama masalah obesiti, sakit jantung dan juga diabetes.
Oleh sebab itu, pastikan anda tidak mengambil gula lebih daripada 5-10% daripada pengambilan kalori harian. Semakin sikit gula yang anda ambil, semakin baiklah untuk kesihatan anda.
Kebaikan gula perang untuk kesihatan
Sebenarnya, ada banyak manfaat gula perang kepada kesihatan kita.
Di samping dapat membuatkan makanan rasa sedap dan lebih menyelerakan, pengambilan gula ini juga mungkin dapat meningkatkan tenaga, mengelakkan perut kembung dan membantu penurunan berat badan.
Walau bagaimanapun, jangan lupa, gula tetap gula. Pengambilan makanan yang manis perlulah dikurangkan supaya kita menjadi lebih sihat dan bebas penyakit!
1. Gula perang dapat membantu melegakan senggugut
Dalam perubatan tradisional, gula perang telah digunakan secara turun temurun untuk mengurangkan senggugut.
Malah, ada juga yang mencampurkan gula ini bersama halia ke dalam teh untuk menghilangkan sebarang kesakitan disebabkan haid.2.
2. Baik untuk kesihatan kulit
Selain itu, gula perang juga mungkin dapat membantu membuatkan kulit tampak lebih sihat dan bermaya.
Anda boleh gunakan skrub gula untuk menghilangkan segala sel-sel kulit mati pada kulit badan. Walau bagaimanapun, elakkan menggunakan skrub ini pada kawasan wajah.
Kulit wajah kita lebih sensitif dan mudah terluka. Tekstur gula pula mungkin terlalu kasar pada kulit wajah dan ia boleh membuatkan kulit wajah makin kusam dan berjerawat!
3. Gula perang untuk tingkatkan tenaga badan
Gula perang merupakan sejenis karbohidrat yang dapat membekalkan tenaga pada badan. Oleh sebab itu, ia boleh membekalkan kalori untuk pastikan badan dapat bekerja dengan baik sepanjang hari.
Jika anda selalu gunakan gula putih untuk bancuh kopi pada waktu pagi, cuba tukarkannya dengan gula perang. Rasanya bukan sahaja akan menjadi lebih sedap, ia juga dapat menjadikan kopi ‘lebih kick’!
Bagi mereka yang ingin kurus, penambahan gula dalam makanan bukanlah satu idea yang bijak. Walau bagaimanapun, molases dalam gula dapat meningkatkan metabolisme badan dan dapat membantu pembakaran lemak.
Namun, ingat ya, jangan ambil terlalu banyak gula jika ingin berdiet! Sebagai panduan, anda boleh baca artikel kami mengenai makanan dan minuman terbaik untuk mereka yang ingin berdiet.
Anda mungkin berminat:
5. Baik untuk wanita hamil
Wanita hamil yang sering mengambil gula perang didapati lebih mudah sembuh selepas melahirkan anak.
Malah, menurut dapatan di dalam Journal of Obstetric, Gynecologic & Neonatal Nursing, ia juga didapati dapat mengurangkan kekejangan dan ketidakselesaan ketika hamil.
Dapat melegakan masalah perut kembung
Beberapa kajian juga mendapati pengambilan brown sugar dapat mengurangkan masalah perut kembung. Masalah gas merupakan sesuatu yang tidak berbahaya, tetapi memalukan!
Jadi, untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini pada masa hadapan, cubalah tambah gula perang dalam diet harian!