7 Sebab Mengapa Anda Perlu Bertukar Kepada Gula Perang
Kebelakangan ini, makanan yang berwarna ‘perang’ telah mendapat popularitinya yang tersendiri. Sebagai contoh, beras perang dan roti perang kini lebih digemari, terutamanya oleh mereka yang ingin bertukar kepada makanan yang lebih sihat. Sama jugalah dengan gula perang yang semakin mendapat tempat dalam hati pengguna.
Gula perang merupakan alternatif gula putih yang lebih sihat. Penulis pasti, semua orang tahu kepentingan gula dalam kehidupan seharian. Tanpanya, makanan rasa ‘kosong’ dan tidak menyelerakan. Walau bagaimanapun, gula juga mempunyai kesan tersendiri terhadap kesihatan.
Terlalu banyak gula boleh membawa mudarat kepada kesihatan diri. Malah, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit, salah satunya ialah kencing manis. Jika anda kerap mengambil makanan manis, anda pasti tahu bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan.
Bukan itu sahaja, gula putih juga boleh menambah pengambilan kalori harian. Walaupun anda akan rasa kenyang selepas mengambil makanan atau minuman yang manis, ia tidak akan membuatkan perut anda penuh untuk masa yang lama.
Nasib baiklah, ada solusi untuk mengatasi masalah yang berpunca daripada gula putih, salah satunya adalah dengan menggantikannya dengan gula perang.
Sebenarnya, kalori dalam gula perang dan gula putih hampir sama. Namun, gula ini kaya dengan pelbagai mikronutrien seperti zink, zat besi, kalsium, potassium, fosforus dan vitamin B6.
Tetapi, ia mempunyai banyak lagi kebaikan lain yang mungkin anda tidak tahu. Jadi, jom ikuti kupasan kami dalam artikel kali ini!
Gula perang dan kegunaan hariannya
Gula perang dan gula biasa tidak jauh bezanya. Walau bagaimanapun, gula ini mampu memberikan rasa yang lebih sedap, terutamanya kepada makanan yang dibakar seperti kek dan manisan.
Selain itu, gula ini juga mengandungi molases, sejenis bahan yang berwarna gelap dan mempunyai konsistensi seperti sirap.
Molases terbentuk daripada proses pengekstrakan tebu dan bit. Disebabkan molases boleh menyerap air, kek dan roti yang diperbuat daripada gula ini mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kelembapan.
Selain kek dan roti, gula ini juga digunakan untuk membuat sos dan juga sirap. Malah, ramai yang menambah gula perang dalam makanan supaya ia lebih sedap dan manis.
Bukan itu sahaja, penggunaannya juga mendapat tempat dalam industri kecantikan, lebih-lebih lagi sebagai skrub badan.
7 Kebaikan utama gula perang untuk kesihatan
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ada banyak kebaikan gula perang kepada kesihatan. Antaranya ialah:
1. Dapat mengurangkan period cramp
Mungkin sebab itulah, kaum Hawa kebanyakkannya suka minum benda-benda yang manis ketika haid!
Dalam perubatan tradisional, gula perang yang dicampur dengan halia boleh mengurangkan sakit perut yang disebabkan oleh haid. Jika tak percaya, cubalah!
2. Mungkin dapat membuatkan kulit lebih sihat
Gula sudah lama digunakan sebagai skrub untuk melembutkan badan.
Malah, teksturnya yang kasar juga sangat sesuai untuk membuang semua sel mati, peluh dan kotoran yang melekat pada badan.
3. Boleh meningkatkan tenaga
Sama seperti karbohidrat yang lain, gula perang sememangnya dapat meningkatkan tenaga anda. Sebab itulah ramai orang akan menambah gula perang ke dalam kopi untuk lebih umph!
Molases yang terkandung dalam gula perang juga dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara mengurangkan selera makan.
Walau bagaimanapun, ingat ya, jangan makan terlalu banyak gula! Kalau tidak, berat badan anda bukannya akan berkurang tapi bertambah!
5. Gula perang bantu ibu mengandung sembuh
Siapa sangka, gula ini dapat membantu ibu hamil sembuh dengan lebih cepat? Malah, pengambilan gula ini juga dapat mengurangkan kekejangan yang berlaku ketika kehamilan!
6. Dapat mengurangkan masalah angin
Molases yang tekandung di dalam gula ini juga dapat menyelesaikan masalah angin dalam badan. Jadi, kalau anda asyik sendawa dan kentut sepanjang masa, mungkin sudah sampai masanya untuk anda tambah sesudu teh gula ini ke dalam kopi.
7. Mungkin dapat merawat asma
Menurut Very Well Fit, gula perang telah digunakan sebagai satu ikhtiar untuk merawat asma secara turun-temurun. Caranya mudah sahaja, cuma campurkan sesudu gula di dalam air hangat dan minum dengan perlahan-lahan.
Simptom asma pasti akan berkurang. Kalau tidak percaya, cubalah!