Gusi Bengkak, Apakah Cara Yang Boleh Membantu Mengurangkannya?

Gusi bengkak boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Sekiranya anda mengalaminya, jangan risau. Anda boleh dapatkan rawatan untuk gusi anda dengan mudah. 

Sebelum itu, mari ketahui serba sedikit info mengenai gusi bengkak yang dikongsikan dibawah untuk menambah pengetahuan anda.

Tanda-Tanda Gusi Bengkak

Gusi Bengkak
Alona Siniehina/Getty Images

Untuk mengetahui sama ada gusi anda mengalami pembengkakan atau tidak, cuba perhatikan warna gusi anda. Gusi yang bengkak akan berwarna kemerahan, kawasan gusi tersebut lebih besar daripada bahagian gusi yang lain, lembut, dan juga sakit. 

Selain itu, ia juga akan menimbulkan rasa sakit semasa anda memberus gigi, memflos gigi atau makan makanan yang keras/rangup. 

Disamping itu, gusi yang bengkak juga akan menyebabkan nafas anda berbau dan penyusutan gusi. 

Sekiranya mengalami tanda-tanda ini berlanjutan, sila pergi berjumpa dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan rawatan. 

Punca Yang Boleh Menyebabkan Gusi Jadi Bengkak

Untuk pengetahuan anda, punca utama yang boleh menyebabkan pembengkakan gusi ialah disebabkan oleh plak (biofilm). 

Gusi Bengkak

Selain itu, risiko pembengkakan gusi juga berlaku disebabkan oleh penuaan, tekanan/stress, peningkatan berat badan, penggunaan tembakau dan genetik. 

Berikut ialah antara penyebab lain yang boleh menyebabkan gusi anda bengkak. Antaranya ialah:-

  • Gingivitis: Sejenis penyakit gusi yang biasa dan ringan (penyakit periodontal) yang menyebabkan kerengsaan, kemerahan dan bengkak (keradangan) gingiva anda, bahagian gusi anda di sekeliling pangkal gigi anda – (Sumber:Mayo Clinic)
  • Ubat Gigi/Ubat Kumur: Penggunaan ubat gigi/ubat kumur yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan berlakunya pembengkakan gusi.  Sekiranya anda ada menukar  jenama  ubat gigi atau ubat kumur anda kemungkinan besar pembengkakan gusi berlaku disebabkan oleh reaksi terhadap  ubat gigi atau ubat kumur tersebut.
  • Ubat-ubatan: Pengambilan ubat-ubatan yang tertentu juga boleh menyebabkan berlakunya pembengkakan gusi. Hal ini terjadi Mungkin disebabkan oleh kesan sampingan ubat. Sekiranya anda menyedari hal ini, sila berbincang dengan doktor anda. 
  • Makanan tidak seimbang:  Kekurangan vitamin C dalam pemakanan harian juga boleh menyebabkan pembengkakan gusi terjadi.  Oleh itu pastikan anda memasukkan buah-buahan atau sayur-sayuran dalam menu makanan harian anda. 
  • Penggunaan peralatan pergigian:  Penggunaan alatan seperti pendakap gigi, penahan gigi atau gigi palsu juga boleh menyebabkan pembengkakan gusi terjadi. Oleh itu, sila pastikan anda mendapatkan khidmat daripada pakar gigi yang telah diiktiraf untuk mengelakkan masalah kelak. 
  • Ibu hamil:  Kehamilan juga boleh menyebabkan gusi anda bengkak merah dan dan sensitif.  Ini adalah kerana berlakunya perubahan hormon ketika mengandung. 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Dan Perlu Dielakkan

Gusi Bengkak

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

  1. Sila dapatkan rawatan di klinik gigi berhampiran anda.
  2. Pastikan anda memberus dan flos gigi anda dengan kerap untuk meningkatkan tahap kebersihan mulut anda bagi mengelakkan gusi anda bertambah bengkak disebabkan oleh kehadiran bakteria di dalam mulut.
  3. Amalkan pemakanan yang sihat. Sila banyakkan pengambilan buah dan sayuran.  Elakkan juga pengambilan minuman berkafein  dan manis secara kerap. 
  4. Ambil ubat antiradang seperti ibuprofen untuk membantu  mereka sakit dan mengurangkan bengkak.
  5. Makan makanan yang lembut dan sejuk sahaja.
  6. Gunakan produk benzokin.
  7.  Kumur kumur dengan air garam untuk mengurangkan bengkak dan meredakan rasa sakit yang timbul. 

Perkara Yang Perlu Dielakkan:

  1. Mengambil mudah: Jangan pernah ambil mudah masalah gusi bengkak kerana ia boleh berlarutan.
  2. Meneruskan pengambilan ubat gigi atau ubat kumur yang menyebabkan pembengkakan gusi: Hentikan penggunaan ubat gigi atau ubat kumur yang menyebabkan gusi bengkak. Untuk makluman anda ubat gigi atau ubat kumur yang mengandungi alkohol juga boleh menyebabkan keradangan pada gusi anda.
  3. Pengambilan arak dan tembakau: Hentikan pengambilan tembakau dan arak kerana ia boleh menyebabkan pembengkakan gusi bertambah teruk. 

Cara Mencegah

Masalah pembengkakan gusi boleh dielakkan. Caranya ialah, pastikan anda menjaga kebersihan mulut dengan baik.  berus gigi anda dengan kaedah yang betul sekurang-kurangnya dua kali sehari.  Gunakan ubat kumur jika perlu. Amalkan floss gigi  anda setiap hari untuk mengelakkan berlakunya kewujudan plak di antara gigi. 

Selain itu pastikan anda  melakukan pemeriksaan gigi secara berkala iaitu sekurang-kurangnya setahun dua kali. Jangan takut untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana ia boleh menyelamatkan diri anda daripada rosak serta memastikan kesihatan gusi anda dalam keadaan yang baik. 

Kesimpulan

Masalah gusi bengkak tidak boleh  diambil mudah. Anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan sehingga boleh mengganggu aktiviti seharian anda. Gusi yang bengkak boleh mewujudkan rasa sakit dan ketidakselesaan.

Sumber: https://www.colgate.com/ms-my/oral-health/gum-disease/what-to-do-about-gum-swelling

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161