Hadiah Untuk Ayah, Simple Tapi Bermakna!

Tahukah anda, pada setiap minggu ketiga bulan Jun, sambutan Hari Bapa diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan bapa-bapa sedunia. Sambutan ini amat bermakna bagi seorang ayah lebih-lebih sekiranya menerima hadiah daripada insan yang dikasihinya. 

Pada tahun ini (2022), kita akan menyambut Hari Bapa pada 19 Jun 2022. Dah ada hadiah untuk ayah ke tu? Kalau belum, apa kata jom kita tengok senarai hadiah yang sesuai untuk ayah dibawah. 

Mari baca!

Hadiah Untuk Ayah, Teristimewa Hari Bapa 2022

  1. Set  Pakaian Kerja

Kadang kala, ayah-ayah ni tak perasan baju kerja diorang dah lusuh dan kusam sebab pakai selalu. Inilah masanya untuk anda belikan sepasang baju dan seluar untuk ayah pakai bekerja. 

Pilih warna baju yang ayah suka dan pastikan saiznya bersesuaiannya ya. Atau, anda boleh bawa ayah pergi ke pusat beli belah dan pilih baju yang beliau suka!

  1. Penjagaan Kesihatan

Penjagaan kesihatan adalah amat penting seiring bertambahnya usia. Terdapat beberapa jenis barangan yang anda boleh beri sebagai hadiah untuk ayah, antaranya ialah;

  • Mesin urut kaki & badan
  • Fitness tracker
  • Alat senaman
  • Mesin periksa kadar gula & tekanan darah tinggi
  • Kacamata baru untuk penglihatan lebih jelas
  • Suplemen yang selamat dan diiktiraf
  • Botol air untuk galakkan ayah minum banyak air
  • Alat sokongan tulang belakang
  • Dan macam-macam lagi!
  1. Penggantung Kunci 

Walaupun kelihatan simple, tapi ianya sangat berguna. Penggantung kunci boleh dijadikan sebagai hiasan ataupun tempat menggantungkan gugusan kunci agar tidak mudah hilang. 

Pilih penggantung kunci yang kreatif atau boleh diukir dengan nama ayah anda atau apa-apa perkataan yang bermakna. Jadi, setiap kali melihat penggantung kunci tersebut, ayah pasti akan mengingat siapa pemberinya. Harganya pun sudah pasti murah tetapi berbaloi!

  1. Kerusi Malas

Kalau ayah-ayah mesti suka nonton televisyen kan? Kalau tak pun, baca surat khabar sambil baring. Hah, kalau ada kerusi malas mesti diorang suka sangat!

Dapatlah nonton televisyen atau baca surat khabar sambil rehat-rehat. Selesa pun selesa juga. Harga pun taklah mahal sangat, yang penting pandai cari. 

  1. Tiket Percutian / Umrah

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, apa kata hadiahkan ayah anda tiket percutian ke dalam ataupun luar negara. Pasti beliau tersenyum lebar!

Atau, belanja ayah menunaikan umrah bersama ahli keluarga yang lain. Percayalah, masa berkualiti bersama keluarga sambil beribadah itu pasti sangat diingini oleh seorang ayah. 

Namun, sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang banyak, bawalah ayah ke lokasi percutian terdekat seperti di tepi pantai berhampiran rumah dan luangkan masa berkualiti bersamanya. Beliau pasti sangat menghargainya. Cubalah!

  1. Hobi

Ayah anda tengah minat buat sesuatu? Contohnya seperti; bertukang, memancing, membuat kuih, bersenam, bercucuk tanam ataupun pasal kereta / motor dan sebagainya. 

Bolehlah tunjukkan tanda sokongan kepada hobi dan minat beliau dengan memberikan barangan berkaitan hobi beliau. Pastikan anda tanya dulu apa yang beliau inginkan agar tidaklah membazir kelak. 

Kalau nak buat kejutan, sebulan dua sebelum tarikh kejadian bolehlah perhatikan dulu ayah minat apa dan teringin nak beli apa okay!

  1. Surat

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Jangan anggap bagi surat dah tak ‘class’ tau. Bahkan kini, ada individu yang mengambil upah untuk menulis surat. 

Sekiranya anda risau tulisan kurang cantik, boleh taip menggunakan komputer riba. Atau, upah orang yang membuat servis menulis surat. Memang berbaloi!

  1. Tunaikan Hasrat 

Sekiranya ayah anda mempunyai hasrat atau keinginan tertentu, inilah masanya untuk anda tunaikan. Tanya ayah apa yang beliau inginkan dan berusahalah untuk tunaikan. Jadikan ia sebagai hadiah yang teristimewa untuk ayah anda. 

hadiah untuk ayah

Kesimpulan

Mahal ataupun tidak sesuatu hadiah itu bukanlah ukuran. Apa yang penting ialah keikhlasan dan tanda ingatan kepada ayah sebagai sosok penting dalam hidup anak-anak. 

Pemberian hadiah untuk ayah bukan pada Hari Bapa sahaja, tetapi pada hari-hari yang anda rasakan istimewa. Bahkan setiap hari pun boleh okay!

Hargailah ayah anda sementara beliau masih ada dan sentiasa kenang beliau dalam ingatan apabila sudah meninggal dunia. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161