Halia Hitam Vs Kunyit Hitam

Halia hitam mempunyai rupa fizikal yang hampir sama dengan kunyit hitam. Ini menyebabkan ramai yang sering keliru di antara kedua tanaman ini.

Lebih-lebih lagi sekiranya anda baru pertama kali hendak mengenali tanaman bermanfaat ini. Jadi, apakah perbezaan mereka? 

Mari teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan di antara dua herba ini.

Halia Hitam Vs Kunyit Hitam

halia hitam

Terdapat beberapa ciri-ciri yang anda boleh kenal pasti bagi membezakan di antara halia hitam dan juga kunyit hitam. Sebelum itu mari kita kenali terlebih dahulu kedua-dua tanaman ini.

Halia hitam adalah merupakan salah satu tanaman yang cukup terkenal dengan manfaat serta kebaikannya untuk kesihatan tubuh badan. Ia juga dikenali sebagai Kaempferia parviflora (nama saintifiknya) dan beberapa nama lain seperti Thai Ginseng, Thai Black Ginger, Krachai Dum dan sebagainya. 

Kunyit hitam juga tidak kurang hebatnya. Ia juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan yang telah dibuktikan melalui kajian mahupun tidak. Nama saintifiknya ialah Curcuma Caesia. Kunyit hitam juga dikenali sebagai Black Zedoary, Black Turmeric, Kali Haldi dan sebagainya. 

Perbezaan Halia Hitam & Kunyit Hitam. 

1. RIZOM:

  • Halia hitam mempunyai rizom (isi) yang berwarna merah gelap + keungguan atau ungu seperti ubi keledek apabila sudah matang, dan berwarna merah jambu ketika belum matang. 
  • Kunyit hitam pula mempunyai rizom (isi) yang berwarna ungu gelap kebiru-biruan. Namun, disesetengah tempat, ia berwarna kehijauan. 

2. BAU:

  • Halia hitam dan kunyit hitam memiliki bau mereka tersendiri. Bau halia hitam sama seperti halia biasa. Manakala bau kunyit hitam juga sama seperti kunyit biasa. 

3. DAUN:

  • Halia hitam memiliki daun yang hampir sama dengan kunyit hitam. Kedua-duanya mempunyai daun berwarna hijau dan lebar. Perbezaannya adalah, daun kunyit hitam mempunyai jalur atau garisan gelap di bahagian tengah-tengahnya. 

4. TEMPAT ASAL:

  • Halia hitam berasal dari Vietnam, Burma dan Thailand. Kunyit hitam pula berasal dari Timur Tengah, India dan juga China. 

5. KEGUNAAN:

  • Halia hitam banyak digunakan untuk pengeluaran produk kesihatan, kosmetik, makanan tambahan dan perubatan. Manakala kunyit hitam sering digunakan untuk memberi warna kepada masakan dan juga menjadi agen pengawet.

Khasiat Utama

Halia hitam didapati sangat bermanfaat untuk merawat sakit sendi lutut. Hal ini kerana, ia mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membantu melegakan keradangan lutut yang menyebabkan rasa sakit. 

Selain itu, ekstraknya juga dapat meningkatkan kadar penggunaan tenaga melalui pengaktifan tisu adipos perang atau juga dikenali sebagai lemak perang. Secara tidak langsung, ia membantu untuk menurunkan berat badan anda.

Di samping itu, ia juga bersifat antimikrobial. Ini dapat membantu merencatkan tindak balas bakteria dan pembentukan jerawat dengan berkesan.

Khasiat kunyit hitam juga sangat banyak antaranya ialah, membantu untuk merawat penyakit asma. Ekstrak kunyit hitam didapati boleh membantu melonggarkan saluran pernafasan yang sempit dan membantu otot-otot yang terlibat untuk lebih rileks.

Ini akan membantu memberi kelegaan kepada pesakit asma agar boleh bernafas secara normal. 

Tambahan lagi, ekstrak kunyit hitam jugak boleh membantu mencegah ulser perut dan sangat bermanfaat untuk melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti strok, serangan jantung dan sebagainya kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. 

Sumber: http://www.sentiasapanas.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161