Persidangan HDCC Terokai Laluan Baharu Dalam Karier Penjagaan Kesihatan

Sebagai doktor, pernahkah anda terfikir….

“Apa lagi yang boleh saya lakukan dengan Ijazah Perubatan yang saya miliki?”

“Saya tak tahu haluan kerjaya saya selain merawat pesakit.”

“Saya masih berminat mempraktikkan bidang perubatan, tapi apa yang perlu dilakukan jika kontrak dengan KKM tamat nanti?”

Berita baik bagi doktor-doktor di Malaysia yang ingin meneroka kepelbagaian dalam bidang penjagaan kesihatan!

Pameran & Persidangan Karier Penjagaan Kesihatan atau ‘Healthcare Diverse Careers Conference‘ (HDCC) bakal berlangsung selama 2 hari di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) pada 19 dan 20 Ogos 2023, Kuala Lumpur.

PERSIDANGAN HDCC JADI LANDASAN MENEROKAI KARIER PENJAGAAN KESIHATAN DI MALAYSIA!

Menyedari isu dan permasalahan yang dihadapi oleh doktor dan industri penjagaan kesihatan di Malaysia, persidangan HDCC ini bertujuan untuk membuka laluan baharu untuk doktor, membolehkan mereka memberi impak yang ketara kepada pesakit penjagaan melalui peranan alternatif dalam industri penjagaan kesihatan.

Dalam persidangan ini, peserta dapat meluaskan potensi mereka dengan mengetahui skop kerjaya yang lebih luas serta peluang-peluang yang ditawarkan kepada pemegang Ijazah Perubatan.

FOKUS & TEMA PERSIDANGAN HDCC 2023

Antara tema yang diangkat dalam forum yang bakal dibincangkan termasuklah “State of Specialization for Doctors in Malaysia: Unraveling the Challenges” ; memfokuskan kesusahan yang dihadapi oleh pakar perubatan di Malaysia di samping meneroka solusi untuk mengatasinya.

Forum “Leadership in Healthcare: Nurturing the Next Generation of Leaders” pula akan membicarakan isu pembangunan kemahiran kepimpinan dalam membimbing rakan sekerja mereka, khususnya doktor-doktor muda dengan berkesan.

Persidangan ini akan menjadi satu platform untuk diskusi yang bermanfaat,
di mana doktor boleh mendapatkan perspektif yang lebih luas dan berharga daripada ahli-ahli profesional yang berpengalaman serta peluang menerokai kerjaya dalam bidang tersebut dengan cara yang inovatif untuk menyumbang kepada industri penjagaan kesihatan.

Lebih menarik, acara pameran kerjaya dan persidangan ini bakal mengumpulkan kira-kira 500 orang profesional dalam bidang penjagaan kesihatan, sekaligus memacu peluang untuk menjalin usaha sama serta kolaborasi – selari dengan tujuan HDCC iaitu membuka laluan kerjaya alternatif untuk doktor dan doktor gigi bagi menghubungkan mereka dengan majikan di pelbagai industri.

Anda juga dapat menimba ilmu melalui pengalaman dan pendekatan penyelesaian masalah yang inovatif oleh usahawan dalam bidang penjagaan kesihatan.

Tentunya banyak cetusan idea yang akan dibincangkan dengan menampilkan panel dan tokoh dalam sebilangan industri yang terkemuka seperti ; Dr Zuhairi Zainuddin, Dr Izzhar Putra, Dr Suraj Wilson, Prof Leong Chee On, Capt Ariva Muniandy dan ramai lagi.

JOM HADIR KE SIDANG KEMUNCAK HDCC 2023!

Jadi, buat para doktor, doktor gigi dan pemain industri penjagaan kesihatan, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Sidang Kemuncak HDCC 2023 kali ini. Mungkin ini peluang anda untuk memanfaatkan dan membina prospek inovasi di peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan Medic Footprints Malaysia Dr. Selina Chew berkata, “Ramai rakan kongsi industri telah tampil ke hadapan untuk menyokong visi MFM untuk mendapatkan doktor, doktor gigi, dan ahli farmasi untuk menjadi produktif dalam pelbagai peranan dalam industri dan terus menyumbang kepada penjagaan kesihatan. Kami amat teruja untuk menerima sokongan teknologi kesihatan, swasta hospital, farmaseutikal, pendidikan, insurans, pengurusan perundingan, dan banyak lagi sektor dalam usaha ini.

Ramai juga telah tampil menawarkan pekerjaan dan bimbingan kerjaya yang berkaitan kepada profesional penjagaan kesihatan ini. HDCC ini adalah’game-changer’ untuk kerjaya profesional ini dan untuk penjagaan kesihatan secara amnya, terutamanya dengan sokongan ramai daripada industri!” kata beliau dalam kenyataan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Pameran & Persidangan Karier Penjagaan Kesihatan ‘Healthcare Diverse Careers Conference’ (HDCC), sila layari https://medicfootprints.com.my/hdcc-2023/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazurah Hassan
Nazurah Hassan

Berpengalaman sebagai pegawai penyelidik, kini mengurus keluarga sambil menulis artikel online. Hasil penulisan pernah diterbitkan di portal online TheAsianParent.com, PantangPlus.com, TZKRH, Majalah Labur dan SirapLimau.

Articles: 10