Hindari Makanan Ini Jika Anda Mengalami Vertigo

Vertigo adalah rasa pening dan kepala berasa berputar yang berlaku secara mendadak. Keadaan ini menyebabkan diri anda atau keadaan sekeliling terasa berputar.

Jika anda merasai vertigo yang berat, hal ini akan membuatkan anda kehilangan keseimbangan hingga terjatuh. Situasi ini sudah tentu merbahayakan khususnya bagi golongan warga emas.

Untuk mengatasi masalah vertigo ini, anda disarankan untuk menghindari beberapa jenis makanan tertentu. 

Memang tidak semua jenis vertigo berpunca dengan pemakanan. Ada beberapa sahaja jenis penyakit =Vertigo yang berpunca adripada pemkanan yang kita ambil. Misalnya, vertigo akibat penyakit Meniere (gangguan pada telinga bagian dalam) dan vertigo yang berpunca daripada migrain migrain.

Untuk dua jenis Vertigo tersebut, anda perlu mengehadkan atau menghindari makanan tertentu yang mungkin boleh membantu mencegah daripada berlakunya situasi ini. Berikut merupkan beberapa makanan penyebab vertigo yang perlu Anda ketahui:


1. Makanan dan Minuman Yang Tinggi Gula

Pilihan jenis karbohidrat yang sebaiknya diambil adalah yang bersifat karbohidrat kompleks. Contohnya seperti gandum, nasi perang , dan brokoli.

Sebaiknya hindari makanan yang mengandungi gula sederhana dan terlalu manis. Contohnya seperti roti,gula-gula, dan sirap fruktosa.


2. Makanan Tinggi Garam

Makanan yang mempunyai garam yang tinggi boleh menjadi penyebab vertigo anda berulang. Contoh makanannya adalah pizza, sandwich, puding instan, keju cottage, dan salad dressing. 

Hal ini kerana, garam dapat memengaruhi kadar air dalam tubuh serta pengaturannya. Oleh kerana itu, anda perlu mengurangi pengambilan garam untuk mengurangi frekuensi serangan vertigo anda.  


3. Kafein

Cuba kurangkan pengambilan kafein, seperti kopi dan teh. Kafein merupakan salah satu stimulan yang bisa memicu dengung yang lebih besar di telinga.

Selain daripada itu, kafein memiliki sifat diuretik dan akan mengakibatkan tubuh akan kehilangan banyak cairan melalui urine.


4. Alkohol

Jika nnda menghidapi vertigo, sebaiknya anda perlu mengurangkan pengambilan minuman beralkohol. Hal ini kerana dengan pengambilan alkohol yang berlebihan, dapat memengaruhi gubahan cairan di telinga dalam. 

Lebih membimbangkan, hal tersebut dapat menyebabkan telinga mengirimkan signal yang bertentangan ke otak. Kesannya, vertigo anda akan berulang dah sukar untuk dikawal.


5. Makanan yang Mengandung Tiramin

Salah satu makanan yang tidak boleh diambil oleh pesakit vertigo adalah makanan yang mengandung tiramin.

Tiramin mengandungi asam amino yang boleh mengakibatkan migrain, serta keadaan lain yang dapat menyebabkan anda menjadi pening dan vertigo.

Contoh makanan yang mengandungi tiramin adalah anggur merah, hati ayam, serta daging asap.


6. Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng memang sedap, tetapi makanan ini juga yang harus anda hindari nagi pesakit vertigo. 

Beberapa makanan yang digoreng dapat menyebabkan reaksi radangan, dan mengganggu telinga dalam dan mencetuskan vertigo. Contohnya kentang goreng, tahu goreng, dan lain-lain.


7. Makanan Olahan

Makanan olahan dapat mengakibatkan reaksi radangan. Oleh kerana itu ianya termasuk dalam makanan yang menjadi penyebab vertigo. 

Selain daripada makanan yang dinyatakan di atas, ada juga makanan yang boleh membantu mengurangi gejala Vrtigo. Antaranya adalah:

  • Ginkgo Biloba

Ginkgo biloba adalah jenis herbal asal Tiongkok yang telah terbukti dapat membantu mengurangkan gejala vertigo.

Tumbuhan ini boleh melancarkan sirkulasi darah ke otak, sehingga membantu mengurangi rasa pening dan gangguan keseimbangan.

  • Halia

Penelitian yang dilakukan menerusi  Journal of Acupuncture and Tuina Science, halia dapat mengurangkan kesakitan yang timbul akibat vertigo. 

  • Kacang Almond

Meskipun mekanismenya masih belum jelas, penelitian mengatakan bahawa dengan makan kacang almond dalam jumlah yang cukup setiap hari dapat membantu mengatasi gejala vertigo.

Kandungan vitamin A, B, dan E yang tinggi pada kacang almond mampu membantu mengurangi gejala Vertigo.

Umumnya, setiap orang memiliki kecenderungan pencetus makanan yang berbeza. Oleh itu, ada baiknya anda membuat sebuah catatan tentang makanan yang dapat menyebabkan terjadinya vertigo.

Anda diingatkan untuk menghindari makanan yang boleh menjadi punca berlakunya Vertigo.Jika keadaan semakin pencetus hanytidak dapat dikawal, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published.