Info Penting Untuk Pesakit Gout – Makanan Yang Dapat Menurunkan Asid Urik

Asid Urik Itu Apa?

Asid urik adalah merupakan ‘bahan buangan’ yang terdapat dalam darah manusia. Asid urik terhasil apabila purin ‘dipecahkan’.

Purin boleh didapati daripada makanan ataupun dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita. Asid urik yang terhasil akan larut ke dalam darah dan masuk melalui buah pinggang seterusnya menjadi air kencing. 

Walaubagaimanapun, sekiranya kandungan asid urik dalam tubuh anda tidak dapat diproses disebabkan oleh masalah tertentu atau terlalu tinggi, asid urik tersebut akan terkumpul di darah dan berpotensi tinggi untuk menyebabkan penyakit gout. Darah dan air kencing anda juga akan mempunyai keasidan yang tinggi. 

Anda perlu memakan makanan yang dapat menurunkan asid urik dan mengelakkan makanan yang mengandungi purin yang tinggi kerana ia akan menyebabkan kandungan asid urik juga tinggi. 

Makanan Yang Dapat Menurunkan Asid Urik

Contoh makanan yang anda perlu elakkan adalah makanan laut seperti ikan salmon, ikan sardin, ikan tongkol, udang, lobster, daging merah, organ dalaman haiwan, organ haiwan, makanan dan minuman yang manis, alkohol dan sebagainya. Anda boleh rujuk di sini: 

Kandungan asid urik yang tinggi menyebabkan hyperuricemia. Keadaan ini boleh mengakibatkan terbentuknya kristal dan menda di bahagian sendi. Kristal inilah yang akan menyebabkan terjadinya gout. 

Bukan itu sahaja, kristal ini juga boleh membentuk batu karang. Apabila tidak dirawat dan pesakit tidak mengamalkan diet yang betul, ia boleh memberi kesan kerosakan kepada sendi, tulang, tisu kekal, penyakit buah pinggang, penyakit hati, diabetes dan jantung. 

Cadangan Makanan Yang Dapat Menurunkan Asid Urik

Pemilihan makanan yang rendah purin dan boleh memberi nutrisi pada tubuh badan adalah amat penting bagi memastikan kesihatan diri kita terjamin. Berikut ialah antara senarai makanan yang dapat menurunkan asid urik yang anda boleh cuba amalkan. 

1. Buah-buahan

  • Ceri: Buah ceri adalah merupakan buah yang sering disyorkan untuk pesakit gout. Hal ini kerana, buah ini mengandungi komponen anti-radang yang dikenali sebagai antosianin. Komponen ini berfungsi untuk mengurangkan tahap asid urik dalam tubuh.  Di samping itu, sifat anti-radang buah ceri juga mampu mencegah asid urik untuk membentuk kristal dan seterusnya memendap di bahagian sendi.
  • Pisang: Pengambilan pisang setiap hari adalah sangat digalakkan bagi menurunkan paras asid urik dalam darah. Pisang mengandungi kandungan purin yang sangat rendah dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan untuk tubuh. 
  • Epal: Kandungan serat epal yang tinggi membantu untuk mengawal paras asid urik. Hal ini kerana, serat berupaya untuk menyerap asid urik yang terdapat dalam darah dan juga membantu menyingkirkan asid urik daripada tubuh anda. Bukan itu sahaja, kandungan asid malik yang terdapat dalam epal juga boleh meneutralkan asid urik. 
  • Sitrus: Buah sitrus (limau, oren dll) mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang tinggi. Kandungan nutirisi yang terdapat di dalam buah ini membantu aktiviti perkumuhan berjalan lancar sekaligus mengawal paras asid urik dalam tubuh agar tidak berlebihan. 

2. Minuman

  • Kopi: Kopi didapati sangat membantu untuk menurunkan asid urik serta mengelakkan hyperuricemia. Namun sekiranya ada mempunyai masalah kesihatan yang lain, sila dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu. 
  • Teh hijau: Terdapat beberapa kajian yang mendapati ekstrak teh hijau berupaya untuk menurunkan asid urik. Ia sesuai diminum oleh pesakit gout bagi mengurangkan kesakitannya dan juga diamalkan oleh individu yang sihat bagi mencegah gout. 

3. Makanan Tinggi Serat

Makanan yang mengandungi serat yang tinggi berupaya untuk menyerap asid urik di dalam darah sekaligus membantu menurunkan asid urik.

Serat juga akan berfungsi untuk melambatkan proses penghadaman fruktosa dan kadar penyerapan semula dalam usus kecil bagi mengawal paras asid urik. 

4. Produk Berasaskan Tenusu 

Pengambilan produk berasaskan tenusi didapati boleh meningkatkan proses perkumuhan asid urik dan menyingkirkan asid urik daripada darah. 

5. Pengambilan Vitamin C

Pengambilan vitamin c juga didapati boleh membantu menurunkan asid urik. Sebelum memulakan pengambilannya, pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu. 

Makanan Yang Dapat Menurunkan Asid Urik

Sumber: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161