Awas, Perhatikan Inilah Punca & Tanda Mati Pucuk!

Mati pucuk atau masalah disfungsi erektil adalah merupakan salah satu penyakit yang merisaukan kaum lelaki bahkan boleh menjejaskan hubungan suami isteri. 

Ia dikenali sebagai masalah lemah batin, di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks atau ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.

Tahukah anda, masalah mati pucuk ini berlaku kepada hampir 50% lelaki yang berusia 40 hingga 70 tahun. Walaubagaimanapun, kurang 50 peratus yang berusaha mendapatkan rawatan kerana stigma serta perasaan malu. 

Sebagai lelaki mahupun pasangan, anda perlu mengetahui punca dan tanda mati pucuk agar rawatan dapat diberikan seawal yang mungkin bagi meningkatkan peluang penyembuhan. 

Teruskan membaca. 

Punca & Tanda Mati Pucuk

Tanda Mati Pucuk

Punca berlakunya mati pucuk adalah berbeza untuk setiap individu yang mengalaminya. Ia bergantung pada tahap kesihatan serta gaya hidup seseorang itu. Antara punca mati pucuk adalah berikut:-

  • Masalah kardiovaskular
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Tinggi kolesterol
  • Obesiti
  • Paras testosteron rendah atau masalah ketidakseimbangan hormon yang lain
  • Penyakit buah pinggang
  • Peningkatan usia
  • Stres
  • Keresahan
  • Murung
  • Masalah hubungan romantik
  • Pengambilan preskripsi ubat tertentu seperti ubat tekanan darah tinggi dan kemurungan
  • Masalah tidur
  • Penggunaan dadah terlarang
  • Pengambilan alkohol berlebihan
  • Penggunaan produk tembakau
  • Mengalami masalah kesihatan tertentu seperti sklerosis berbilang dan penyakit Parkinson
  • Kawasan pelvik mengalami kecederaan
  • Penyakit Peyronie
  • Kerap beronani secara ekstrim

Adakalanya, ia disebabkan oleh punca yang sama tapi mempunyai tanda atau simptom berbeza yang dialami setiap individu.

Ada lelaki yang tidak boleh mendapatkan ereksi langsung. Manakala, ada juga lelaki yang boleh mengalami ereksi, namun tidak dapat mengekalkannya dalam satu tempoh masa yang panjang.

Biasanya, tanda mati pucuk yang sering dialami adalah:

1. Kesukaran Untuk Mendapatkan Ereksi

Antara tanda mati pucuk yang utama adalah kesukaran untuk mendapatkan ereksi. 

Ereksi adalah keadaan dimana saiz penis akan membesar, mengeras, dan menegang. Hal ini terjadi apabila berlakunya perubahan otot, saraf, dan pembuluh darah dalam struktur anatomi penis akibat rangsangan seksual. 

Ini menyebabkan aliran darah ke dalam penis meningkat. Apabila ruangan yang berada di dalam penis sudah penuh, ia akan menyebabkan penis menegang dan memanjang.

Kesukaran untuk mendapatkan ereksi akan menyebabkan zakar sukar mengeras dan menegang. Ini boleh mengganggu dan menjejaskan hubungan suami isteri dan memerlukan lebih lama masa untuk merangsang zakar. 

2. Susah Mengekalkan Ereksi

Apabila sukar mengekalkan ereksi iaitu zakar cepat ‘layu’ juga adalah merupakan tanda utama mati pucuk.Ini boleh menyebabkan hubungan seks anda hambar dan dikhuatiri tidak dapat memuaskan pasangan anda kerana zakar anda tidak dapat kekal lama menegang. 

Semakin bertambah usia, masalah ini sebenarnya kerap berlaku. Oleh itu, sila dapatkan nasihat doktor sekiranya anda menyedari masalah ini berlaku. 

3. Zakar Tidak Boleh Tegang Atau Tidak Boleh Mendapatkan Ereksi

Ini adalah merupakan tanda mati pucuk yang paling jelas sekali. Sekiranya berhadapan dengan masalah ini, anda perlu segera berjumpa doktor. 

Masalah ini boleh mengganggu hubungan suami isteri serta menimbulkan perasaan tidak percaya diri dan stress dalam diri suami. 

4. Masalah Ejakulasi 

Ejakulasi adalah proses pengeluaran air mani apabila (biasanya mengandung sperma) dari saluran reproduksi pria sebagai tanda berlakunya orgasme. Apabila berlakunya masalah mati pucuk, biasanya ia akan menyebabkan:-

  • Ejakulasi pramatang: Berlaku apabila lelaki mengalami ejakulasi yang lebih awal daripada biasa.
  • Ejakulasi terlambat: Keadaan yang membuatkan lelaki mengambil masa yang terlalu lama untuk klimaks
  • Tidak boleh ejakulasi: Tidak dapat merasai klimaks dan mengeluarkan air mani. 

5. Kurang Keinginan Untuk Melakukan Seks

Salah satu tanda mati pucuk juga adalah kurang keinginan untuk melakukan seks. Masalah libido yang rendah dalam kalangan lelaki berpunca daripada pelbagai faktor. Ia mungkin berlaku disebabkan ubat-ubatan ataupun penyakit.

5. Masalah pada kawasan lantai pelvis

Lelaki yang mempunyai masalah pada kawasan lantai pelvis bukan sahaja berhadapan dengan masalah mati pucuk, mereka juga akan mengalami masalah sembelit, sukar untuk membuang air besar dan perlu membuang air kecil dengan kerap.

Kesimpulan

Tanda Mati Pucuk

Mati pucuk tidak merujuk kepada keadaan mandul namun ia berkait rapat dengan keadaan tersebut. 

Sekiranya anda mengalami simptom atau tanda mati pucuk, sila dapatkan rawatan dan jangan malu. Masalah ini boleh dirawat dan disembuhkan sekiranya mendapat rawatan awal. 

Sumber: https://hellodoktor.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161