Jangan Minum Air Teh Ketika Haid, Ini Penjelasannya

Apa kesan minum teh ketika haid?

Seperti yang kita sudah sedia tahu, selain daripada nikmat, minum teh dengan portion yang betul juga boleh memberi banyak faedah dari aspek kesihatan.

Namun sayangnya, wanita yang sedang datang bulan atau haid tidak digalakkan untuk minum teh lebih-lebih lagi dengan jumlah yang berlebihan.

Meminum teh ketika haid boleh meningkatkan pelbagai risiko gangguan kesihatan. Dari aspek medikal, wanita yang sedang haid sangat tidak digalakkan untuk minum teh kerana bimbang akan timbul kesan yang memudaratkan kesihatan.

Mesti anda ingin tahu apa kaitannya haid dengan pengambilan teh kan? Berikut merupakan kesan yang mungkin akan dialami kepada wanita sekiranya meminum teh semasa haid.

Kesan Minum Teh Ketika Haid


1. Anemia

Darah yang keluar ketika haid perlu diganti dan diproduksi ulang oleh tubuh. Ini merupakan satu-satunya cara agar tubuh mampu memproduksi sel darah merah dengan memenuhi tuntutan zat besi harian.

Jika anda meminum teh ketika haid, penyerapan zat besi daripada makanan ke tubuh akan terganggu akibat zat tanin di dalamnya. Kesannya, pembentukan sel darah merah yang baru pun akan turut terganggu. 

Jika anda biarkan, risiko untuk wanita terkena anemia atau kurang darah akan meningkat.


2. Gangguan Suasana Hati

Teh mengandung kafein yang agak tinggi. Terlalu banyak mengambil kafein ketika haid dapat meningkatkan risiko gangguan kecemasan, stres, dan gelisah. 

Dengan kata lain, meminum teh ketika haid akan menjadikan suasana hati atau mood anda semakin berkecamuk. Untuk mengelakkan keadaan ini, sebaiknya jangan minum teh ketika haid ya.


3. Perut Kembung

Kadar hormon yang naik turun ketika haid akan menyebabkan perut menjadi kembung dan mual. 

Hal ini kerana hormon estrogen yang meningkat akan mempengaruhi reseptor estrogen di perut, sehingga menghasilkan banyak gas. Minum teh boleh memburukkan lagi kondisi tersebut. 


4. Mual

Jika anda minum teh ketika haid, kandungan tanin di dalamnya dapat mengiritasi jaringan saluran pencernaan. 

Kesannya adalah anda akan berasa tidak selesa di perut kerana perut akan menjadi kembung. Selain itu, minum teh ketika haid juga boleh menhjadikan anda berasa  mual tau.


5. Hipotensi

Teh memiliki kesan samping menurunkan tekanan darah lebih-lebih lagi jika anda mengambil teh hijau dan hitam.

Dengan kata lain, jika anda minum teh tersebut ketika haid, tekanan darah di dalam tubuh boleh menjadi rendah (hipotensi). Kondisi ini boleh mencetuskan pening, bahkan boleh membuatkan menurunkan tahap kesedaran anda.

Apabila anda memaksakan diri untuk tetap minum teh ketika haid, berikut merupakan beberapa tips yang perlu dilakukan untuk menurunkan risiko bahaya minum teh ketika haid:

  • Mengehadkan jumlah teh hanya 1 atau 2 cangkir (240‒480 mililiter) per hari ketika haid.
  • Jangan minum teh ketika makan makanan yang mengandungi zat besi, seperti sayur-sayuran hijau, daging lembu , hati ayam, dan sebagainya.
  • Elakkan minum teh ketika perut kosong.
  • Elakkan mengambil minuman lain yang mengandungi kafein, seperti kopi, soda, atau alkohol.
  • Lebih baik jika anda mengambil teh dari bunga, seperti chamomile atau chrysanthemum ketika haid agar lebih selesa.

Berikut merupakan beberapa kesan jika anda minum teh ketika haid yang mesti anda berwaspada. Perhatikan hal tersebut dengan saksama, agar kesakitan ketika datang bulan yang anda rasakan tidak semakin teruk.  

Satu hal yang perlu diingatkan, sesetengah orang mungkin akan tidak mengalami kesan sampingan walaupun hanya mengambil sedikit teh ketika haid. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menghindari dan menggantinya dengan air putih. 

Baca juga: Period Tak Teratur? Ketahui 7 Punca Utama Masalah Kecelaruan Haid

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: