Jenis Gangguan Mental OCD yang Perlu Anda Tahu

Obsessive compulsive disorder (OCD) merupakan gangguan kecemasan yang menjadikan seseorang sentiasa memikirkan atau melakukan sesuatu hal secara berulang kali.

Menurut organisasi non-profit  menerusi golongan muda dan kehidupan sosial New York, DoSomething, rata-rata mereka yang didiagnosis OCD kebanyakkannya berusia awal 19 tahun.

Namun OCD sebenarnya boleh dialami oleh seiapa sahaja, termasuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh memiliki gangguan OCD. Gangguan OCD yang berlaku kepada kanak-kanak sama sahaja seperti orang dewasa.

Gangguan OCD memiliki beberapa jenis. Berikut merupakan jenis OCD yang dialami oleh kanak-kanak sehingga orang dewasa, menurut pusat rawatan masalah kesihatan mental di Amerika Syarikat, Northpoint Recovery:

1. Checking

Individu yang memiliki kondisi ini akan mudah berasa cemas dan ingin selalu memeriksa suatu perkara secara kerap. Penderita OCD jenis checking sering menunjukkan sikap kompulsif, seperti mengunci dan membuka pintu ratusan kali, ataupun memeriksa suis sama ada sudah ditutup lampu berulang.

Individu yang memiliki gangguan ini akan sangat terganggu kerana perasaan cemas yang sering dirasakan. Ia juga akan memikirkannya berjam-jam. Akhirnya, keadaan individu tersebut akan bertambah teruk sehingga mengganggu aktiviti harian mereka dan sukar untuk bersosial.

Gangguan OCD jenis ini merupakan berpunca daripada terlalu obses diri dan akhirnya mengganggu fikiran penderita.

2. Contamination

Individu dengan OCD jenis contamination sering memiliki dorongan atau obses untuk sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan yang bersih. Ia memiliki ketakutan yang besar jika berlaku sesuatu penyakit melalui kuman yang mungkin terdapat di permukaan benda.

Individu yang memiliki  jenis OCD contamination  ini akan menghindarkan diri daripada hal-hal seperti ruang terbuka, berhubung dengan orang lain,berkongsi tandas umum, restoran, gagang pintu, dan hospital.

3. Mental Contamination

Mental contamination merupakan subkategori daripada OCD jenis contamination. Apa yang membezakannya adalah, gejala mental contamination muncul daripada fikiran individu itu sendiri.

Individu yang mempunyai OCD jenis ini akan menghabiskan waktu berjam-jam untuk melakukan aktiviti kompulsif ketika merasa dirinya “kotor”, seperti mandi setelah diejek orang lain.

Mental contamination  adalah berdasarkan fikiran individu itu sendiri. Jadi, ada pemikiran irasional yang berpunca akibat kecemasan,” .

“Contohnya,ia merasa dirinya berdosa kerana sudah berhubungan seks seks sebelum berkahwin dan berasa takut jika dosanya tidak diampunkan. Individu tersebut akan melakukan solat berkali-kali melebihi apa yang telah ditentukan dalam ajaran agamanya,”

4. Hoarding

Individu yang memiliki OCD jenis  hoarding  secara umumnya akan memiliki banyak barang tidak berguna. Mereka berasa sukar untuk membuang barang yang mereka miliki.

Meskipun banyak yang disimpan, namun mereka hanya menggunakan sedikit barang sahaja. Jenis OCD ini merupakan salah satu jenis yang paling bahaya kerana, kawasan rumah akan menjadi tidak bersih dan boleh menyebabkan suatu penyakit.

Selain itu, , jika rumah terbakar, sukar bagi mereka untuk menyelamatkan diri kerana terlalu banyak barang di rumah.

5. Ruminations

Individu yang memiliki OCD rumination cenderung untuk terus memikirkan atau merenungkan seuatu perkara. Fikiran mereka akan menjadi terganggu dan tidak produktif.

Ia akan menghabiskan waktu berjam-jam setiap hari untuk “tenggelam” dalam fikirannya , dan terus hanyut tanpa ada rasa untuk menghentikannya.

6. Intrusive Thoughts

Gangguan OCD jenis ini juga akan mengganggu fikiran. Berbeza daripada rumination, jenis intrusive thoughts dipicu oleh hal atau topik yang bervariasi dan muncul secara tiba-tiba.

Hal-hal yang dapat mengganggu fikiran individu di dalam kondisi ini berpunca daripada seksualiti, hubungan asmara, magical thinking, agama, dan kekerasan.

Individu ini juga sangat mengambil berat tentang sensasi atau fungsi tubuh seperti bernafas dan berkedip (bodily sensation), serta terlalu obses dengan kesempurnaan (symmetry and order).

Gangguan OCD dapat disembuhkan dengan rawatan yang menyeluruh. Rawatan ubat dan terapi boleh dilakukan bergantung kepada tahap jenis OCD.

Bagi kes OCD ringan, terapi perilaku kognitif sudah cukup bagi membendung gejala ini. Jika keadaan anda semakin teruk dans ukar dikawal, doktor pakar akan memberikan ubat seperti antidepresan untuk menghilangkan rasa kecemasan yang melampau.

Sekiranya anda memiliki gejala-gejala yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpah dengan doktor pakar untuk mengetahui kondisi anda dengan lebih lanjut.

Jangan berasa malu dengan keadaan diri anda. Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: