Jenis-Jenis Dulang Hantaran Yang Menarik Dan Eksklusif!

Hantaran adalah merupakan salah satu elemen penting sama ada dalam majlis pertunangan atau perkahwinan. Ia telah menjadi adat dan tradisi orang melayu sejak turun temurun lagi bagi melengkapkan majlis yang diadakan. 

Hantaran yang telah digubah semestinya memerlukan bekas tapak atau juga dikenali sebagai dulang hantaran bagi meletakkan barang hantaran. Terdapat pelbagai jenis dulang hantaran yang anda boleh dapati di pasaran atau, anda juga boleh DIY dulang hantaran anda sendiri mengikut kreativiti masing-masing. 

Kebiasaannya dulang hantaran ini dibuat mengikut tema atau kesesuaian sesuatu majlis pertunangan/perkahwinan itu. Pasangan pengantin biasanya akan memilih mengikut tema yang telah mereka rancang serta mengikut warna dan saiz hantaran yang bersesuaian dengan dulang tersebut.

Mari kita baca satu persatu jenis-jenis dulang hantaran yang popular dan sesuai untuk pelbagai jenis tema. 

dulang hantaran

Jenis-Jenis Dulang Hantaran Yang Menarik

Secara ringkasnya, pada artikel kali ini, kami akan kongsikan 7 jenis dulang hantaran yang popular iaitu:

1. Tradisional

2. Moden (Terrarium)

3. Hidden Hantaran

4. Kotak Kayu/Pallet

5. Tray

6. Dulang Bakul Rotan

7. Box Kaca

  • Tradisional

Konsep tradisional adalah antara salah satu kegemaran ramai. Konsep ini biasanya menonjolkan keaslian, kemelayuan dan tradisi sebagai orang melayu. Biasanya, konsep ini menggunakan warna dan tema emas diraja, ungu atau hijau gelap. 

Justeru itu, anda perlu memilih dulang hantaran bagi menyesuaikan dengan konsep tradisional ini, contohnya dulang yang berbentuk seperti penampi.

Dengan menggunakan tampi, penampakannya sangatlah unik lebih-lebih lagi dihiasi bersama bunga ros dan bunga hydrangea di atas dulang, disimpulkan pula dengan reben kecil dan disaluti bunga lavender agar nampak lebih terpesona di pandangan mata orang ramai. 

Untuk menyerikan lagi kemodenan dan keaslian tradisional, hiasan dulang ditambah bersama tepak sirih tradisional dan bunga hidup supaya ia seakan-akan nampak lebih segar.

  • Moden (Terrarium)

Untuk yang sukakan konsep moden, anda boleh cuba konsep moden ala-ala terrarium untuk nampak lebih gah dan eksklusif. Konsep ini biasanya menggunakan banyak bunga yang  berwarna senada contohnya seperti bunga ros, kekwa, lavendar dll. 

  • Hantaran Tertutup (hidden hantaran)

Hantaran tertutup amat popular sejak zaman dahulu lagi terutamanya bagi yang sukakan privasi. Dengan menggunakan hantaran jenis ini, ianya lebih memudahkan kerana anda tidak perlu membuat gubahan yang banyak bagi menghiasnya. Cukup dengan hiasan yang minima, ia sudah kelihatan sangat eksklusif. 

Anda hanya perlukan kotak, kain (biasanya 1 meter untuk 1 kotak), dan juga bunga hiasan. Anda juga boleh menggunakan hiasan tambahan seperti reben, manik dan sebagainya. Konsep hantaran tertutup ini biasanya menggunakan kain satin, chiffon, organza.

Atau, anda juga boleh gunakan pembungkus hadiah yang berkualiti tinggi untuk membuatkannya kelihatan lebih unik. 

Anda boleh gunakan styrofoam sebagai alas kotak hantaran tertutup anda. Pastikan anda pilih styrofoam yang besar sedikit daripada kotak hantaran anda ya. 

  • Kotak Kayu/Pallet

Anda juga boleh gunakan dulang yang diperbuat daripada kayu/pallet yang berbentuk seperti kotak. Letakkan poliform di ruang dalam kotak kayu itu agar barang yang akan dimuat masuk nampak tinggi dan kemas sekali. 

Kayu yang diperbuat daripada pokok juga boleh diadaptasikan sebagai reka bentuk dulang gubahan untuk barang-barang hantaran pengantin.

  • Tray/Talam

Ini adalah merupakan antara pilihan dulang hantaran yang sering digunakan oleh pihak pengantin. 

Terdapat banyak jenis dan bentuk yang anda boleh pilih seperti crystal tray, tray bulat, tray yang berbentuk transparent, tray besi bunga, dulang perak dan macam-macam lagi. 

  • Bakul Rotan

Untuk kelihatan unik, anda boleh gunakan bakul rotan sebagai dulang hantaran anda. Tambahan pula, ia lebih mudah dibawa dan dipegang serta boleh digunakan untuk tempat simpan barang selepas majlis berlangsung. 

Bakul rotan ini lebih cantik dengan disaluti reben-reben pada tangkainya kemudian diletakkan bunga ros dan hydrangea di setiap bakul itu. Ini akan menampakkan manis di pandangan mata orang.

  • Kotak Kaca

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, anda boleh gunakan kotak kaca sebagai dulang hantaran. Walaupun harganya agak mahal berbanding pilihan yang lain, namun tidak dapat dinafikan, ia mempunyai pesona yang tersendiri. 

Kotak kacai ini boleh dihiasi dengan bunga-bunga ros kecil berwarna merah atau ungu tanda cinta berputik pandang pertama.

Kesimpulan

Apa pun pilihan anda, anda perlu tentukan bajet yang anda peruntukkan untuk set dulang hantaran agar tidak berlakunya ‘over spent’. 

Sumber: pengantinbaru.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161