Jenis-Jenis Peti Ais 2 Pintu Yang Menjadi Pilihan Di Malaysia 2022

Peti ais adalah merupakan salah satu keperluan utama di setiap rumah. Ia amat penting untuk memastikan makanan anda dapat disimpan dengan baik dan menjamin kesegaran bahan mentah. 

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang besar, maka sudah pasti anda juga memerlukan tempat penyimpanan makanan iaitu peti ais yang bersaiz lebih besar. 

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda senarai & jenis peti ais 2 pintu yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak sebelum membuat pembelian. 

Jenis-Jenis Peti Ais 2 Pintu

  1. Top Freezer Refrigerator
peti ais 2 pintu

Peti ais jenis ini adalah merupakan salah satu peti ais yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu di Malaysia. Rata-rata rumah memiliki peti ais jenis ini. 

Ia mempunyai ruangan pembeku yang lebih kecil di bahagian atas, dan ruangan penyejuk yang lebih luas adalah di bahagian separuh bawah. 

Biasanya ruangan pembeku di atas digunakan untuk membekukan bahan mentah seperti ikan dll. Manakal, ruangan kedua digunakan untuk menyejukkan atau memastikan kesegaran bahan makanan seperti sayur, buah dan sebagainya. 

Antara kelebihannya ialah, mempunyai harga yang mampu milik, saiz yang standard (tidak terlalu besar atau kecil) serta tidak menggunakan tenaga elektrik yang tinggi bergantung kepada penggunaan. Kekurangannya pula, makanan sejuk beku tidak dapat disimpan dengan banyak kerana ruang bahagian atasnya agak kecil. 

  1. Bottom Freezer Refrigerator
peti ais 2 pintu

Kalau yang ini pula, ruangan pembekunya terletak dibahagian bawah. Berbeza dengan peti ais yang dinyatakan diatas. Manakala, dibahagian atasnya ialah ruangan penyejuk. 

Model seperti ini amat sesuai sekiranya anda tidak suka meletakkan makanan sejuk beku anda dibahagian atas kerana perlu diangkat sebelum dimasukkan. Yelah, kadang-kadang kalau berat macam leceh jugakkan nak angkat satu-satu untuk simpan dalam bahagian pembeku tu kan. 

Kelebihan model seperti ini ialah, ruang sejuk beku peti sejuk jenis ini mungkin lebih besar daripada model klasik peti sejuk jenis top freezer, memudahkan orang yang rendah untuk menyimpan makanan sejuk beku yang berat serta memudahkan orang yang lebih tinggi untuk mengambil makanan segar ketika paras mata mereka berada di paras chiller. 

Manakaka kekurangannya pula ialah, untuk mengambil makanan sejuk beku anda perlu tunduk atau membengkokkan badan sedikit. Dari segi harga pula, biasanya ia lebih mahal daripada model top freezer. 

  1. Side By Side Fridge
peti ais 2 pintu

Untuk model yang ini pulak, biasanya ia mempunyai dua pintu yang boleh dibuka seperti almari. Biasanya, ia mempunyai ruangan pembeku di sebelah bahagian, manakala di ruangan penyejuknya di sebelah bahagian yang lain. 

Sekiranya anda sukakan penyimpanan konsep menegak, model ini sesuai untuk anda. Bukan itu sahaja, saiz pintunya lebih kecil daripada peti ais yang lain, maka anda hanya memerlukan sedikit ruang untuk membukanya. Dan, bahagian ruangan pembeku biasanya mempunyai dispenser ais. Jadi tak perlu nak beli ais kiub susah-susah okay.

Walaubagaimanapun, selalunya model jenis ini menggunakan tenaga elektrik lebih banyak daripada model yang lain. Selain itu, ruangan penyimpanannya juga agak terhad melainkan anda membeli model yang benar-benar bersaiz besar dari saiz peti ais standard.

  1. French Door Fridge
peti ais 2 pintu

Untuk sesiapa yang sukakan konsep moden, model ini amat sesuai untuk anda. Ia adalah merupakan peti ais hibrid dimana peti ruangan pembekunya berada di atas atau di bawah. 

Disamping itu, ia mempunyai dua pintu berbanding kebiasaannya hanya satu. Ia juga selalunya mempunyai ciri-ciri moden tambahan.

Peti ais model ini akan membuatkan ruangan dapur anda kelihatan mewah dan moden. Anda hanya perlu membuka salah satu pintu sahaja (iaitu separuh dari peti sejuk) dan bukannya membuka keseluruhan peti sejuk tersebut untuk mengambil sesuatu.

Dari segi harga pula, harganya agak mahal berbanding peti ais biasa. 

Kesimpulan 

Sebelum membuat pembelian, anda perlu memastikan pilihan peti ais anda; muat dan sesuai dengan saiz dapur anda, sesuai dengan kadar kegunaan, mempunyai keupayaan penjimatan tenaga agar bil elektrik anda tidak tinggi melambung, serta mempunyai waranti seandainya berlaku apa-apa masalah dalam tempoh yang ditentukan. 

Sumber: bestbuubudget.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161